Rakyat Sabah kata..... "TATAP BN"




Berikut merupakan gambar yang diperolehi oleh pengarang ehsan daripada twitter YB DARD, YB Masidi dan dua (2) orang Sahabat daripada Papar (Maria & Lina) yang sudi kongsi gambar yang diperolehi sepangjang Siri Lawatan PM ke Sabah yang bermula di Beaufort-Papar-Tuaran (14.02.2013). Pengarang yakin dan pasti, barisan kepimpinan PR Sabah akan bertambah gentar dan gusar dengan keadaan dan situasi terkini di Sabah yang semakin memihak kepada BN. Dianggarkan lebih 30ribu orang yang terdiri daripada masyarakat dan pengundi sekitar Parlimen Papar hadir pada Majlis tersebut.
Laungan "TATAP BN" berkumandang dan sebagai simbolik daripada rakyat bahawa sokongan padu terhadap Barisan Nasional akan diterjemahkan melalui kemenangan calon-calon yang bertanding pada PRU13 yang semakin menjelang tiba.

Keyakinan PR untuk memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen yang dipertandingkan sebelum ini, kini kelihatan semakin sukar untuk digenggam apatah lagi untuk direalisasikan. Kenyataan ini turut disokong dan diluahkan sendiri oleh DSP Lajim ketika DSAI berada di Keningau. Daripada 13 Kerusi Parlimen yang di perkatakan akan dimenangi oleh PR, kini telah berkurangan menjadi tiga (3) Kerusi Parlimen sahaja. 


Jika situasi sebegini berterusan, kebarangkalian bahawa DSP Lajim akan kembali ke pangkuan BN itu adalah suatu yang pasti. Cuma sukar untuk digambarkan, samada DSP Lajim akan kembali ke panguan BN dalam situasi beliau masih bergelar YB Parlimen yang melompat BN ataupun sebaliknya. Perlu diingat oleh semua, DSP Lajim masih merupakan ahli UMNO (Sila perbetulakan jika fakta salah) dan situasi ini sebenarnya amat ditakuti oleh DSAI.

Antara amanat PM kepada seluruh masyarakat Papar termasuklah:

1. Beluiau menyeru agar rakyat terus memberi sokongan padu kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

2. Produk 1Malaysia akan diteruskan pada masa  akan datang jika BN masih diberi mandat oleh rakyat bagi mentadbir negara.

3. Beliau juga mengingatkan kepada seluruh masyarakat Papar Khasnya dan di seluruh negara amnya agar tidak terpedaya dengan dakyah dan janji-janji manis pembangkang, kerana sememangnya pembangkang hanya pandai berjanji dan payah untuk melunaskannya.

4. Sabah maju dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kesinambungan pembangunan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

5. PM Mengumumkan bahawa, Jalan raya daripada Papar ke Lok Kawi akan dibesarkan.
Dengar-dengar Jimmy Palikat juga turut sama hadir dan menghiburkan hadirin seterusnya memeriahkan lagi Majlis tersebut.

 

Pastinya kenyataan DARD terhadap DSAI, ada kebenarannya. Bagi yang tidak kenal DSAI pastinya akan mengibaratkan DSAI sebagai manusia suci sepertimana yang digambarkan oleh blogger-blogger upahan PR.



Kemeriahan dan sambutan luar jangka daripada masyarakat Papar terhadap kedatangan DS Najib ke Sabah turut di kongsi oleh Datuk Masidi Manjun melalui akaun twitter milik beliau.
 
Lagi gambar Siri Lawatan PM ke Sabah (PAPAR)

2 comments:

  1. TERBAIK!!!

    BLOG TUAN TELAH SAYA LINKKAN. MOHON DI LINK KAN JUA BLOG SAYA. TQ

    http://beliabangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete