<title>LAGI GAMBAR PEMIMPIN BN DI SIMBAH CAT | DKM SABAH

TERKINI

Home Top Ad

Sitegiant E-Commerce

Post Top Ad

Friday, February 22, 2013

LAGI GAMBAR PEMIMPIN BN DI SIMBAH CAT

Terkini gambar TPM pula disimbah cat hitam oleh pembangkang Tenom yang sememangnya telah sedar sedari awal lagi akan kesukaran untuk menakluki kerusi Parlimen P181 Tenom pada PRU13 nanti. Kerusi Parlimen dijangkakan bakal menghadapi persaingan sengit bukan hanya daripada parti Barisan Nasional (BN) selaku parti penyandang, bahkan juga saingan yang datang daripada parti-parti pembangkang seperti PKR, SAPP/ STAR dan KITA.

PKR terdahulu dikhabarkan telah menoktahkan rundingan dengan SAPP. Konflik berhubung pengagihan kerusi Parlimen dan DUN yang bakal ditandingin oleh calon-calon dalam komponen PR Sabah merupakan isu panas yang melanda PR. Isu yang bertitik tolak daripada tuntutan DAP yang akan bertanding di dua (2) kerusi DUN yang pada mulanya dimiliki oleh SAPP namun kini dimiliki oleh Parti GERAKAN kesan daripada tindakan SAPP yang bertindak keluar daripada BN.

Landskap politik Sabah kini telah menunjukkan perubahan yang ketara, dengan persaingan dilihat semakin terbuka dan blok-blok politik kini terbahagi kepada empat (4). Blok pertama selaku kuasa utama dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) yang membawakan agenda TRANSFORMASI, seterusnya blok ke dua (2) yang dibarisi oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan agenda REFORMASI!, diikuti kuasa ketiga (SAPP, STAR, USNO) yang memperjuangkan AGENDA BORNEO, dan akhir sekali kuasa keempat (4) yang masih dalam proses permohonan untuk didaftarkan dan ada juga yang telah diiktiraf oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai parti politik (PAKAR dan KITA).

Suasana poltik Sabah semakin rancak dengan penglibatan lebih ramai parti politik yang akan bertanding pada PRU13 nanti. 




Pages