BILA PUAK2 PR KURANG BERZIKIR, INILAH JADINYA



Nampaknya budaya politik negatif daripada PR Semenanjung kini telah menular masuk ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PKR Sabah. Jarang sekali kejadian sebegini berlaku dalam budaya dan landskap politik Sabah. Terbaru, poster yang terpampang gambar Arifin Arif dan YB Anifah Aman telah disimbah dengan cat merah. Untuk pengetahuan umum, Parlimen P176 Pensiangan kini dilobi oleh calon daripada parti PPPS pimpinan DSP Lajim Ukin.

Jika budaya sebegini telah menular ke dalam minda dan gerak kerja parti lawan, pastinya PRU13 yang bakal menjelang tiba akan diwarnai dengan tindakan-tindakan agresif. Ini bukanlah budaya rakyat Sabah!

PR khususnya PPPS pimpinan DSP Lajim mungkin telah sedar akan situasi getir yang bakal ditempuhi oleh calon-calon PPPS yang bakal bertanding di kerusi Parlimen P176 Kimanis. PPPS dilihat hanya memainkan isu tempatan dan isu-isu berulang setiap kali mengadakan ceramah di kawasan Kimanis. Sabotaj daripada calon-calon PPPS yang bertindak melobi untuk menjadi calon namun tidak terpilih kini menjadi duri dalam daging yang pastinya menjejaskan majoriti yang bakal diperolehi oleh PPPS kelak.

Jika budaya sebegini dibiarkan, pengarang tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa, PRU yang bakal menjelang tiba, bakal menjadi pentas perebutan kuasa paling ekstrim dan kotor dalam sejarah politik Sabah.

2 comments:

  1. DULU KEPALE BABI DLM MESJID..SKUNK BALING CAT LA PLAK..LEPAS NI APE LG DIORANG NAK BALING..ADOIYAIII

    ReplyDelete
  2. Tu la, budaya politik ekstrim drpd PR dah mula menular kt pengundi2 dan penyokong PR.. hamPAS tul la

    ReplyDelete