PROGRAM NURUL IZZAH DI SABAH: PENGAKUAN IZZAH DAN KONFLIK PR SABAH TERBONGKAR


PROGRAM NURUL IZZAH
Tempat: Cottage Hotel (Hotel Koh Yee) Kundasabg Ranau, Sabah
Tarikh: 02/12/2012
Masa: 1:00ptg

Berikut merupakan SMS yang dihantarkan oleh AJK PKR Ranau kepada pengundi-pengudi sekita ranau:

"Tn/PN dijemput ke Ceramah Puteri Reformasi M'sia Yb Nurul Izzah Anwar di Cottage Hotel (Hotel Koh Yee) Kundasang, Ranau, Sabah (1km dari pekan Kundasang, Jln ke Masilau) pada ahad minggu ini 02/12/2012. Program bermula jam 1ptg. Sebar2kan. ,T/kasih banyak di atas kehadiran Tn/Pn.

Namun bukan program Izzah di Ranau yang menjadi tumpuan pengarang, sebaliknya perjumpaan tertutup beliau di Yaho Hotel Sembulan Baru, yang mana kehadiran hanya terhad kepada ahli-ahli dalam Pakatan sahaja. Maklumat yang pihak pengarang perolehi agak lambat, namum syukurlah sahabat pengarang sempat juga sampai ke lokasi sebelum Izzah memberikan ucapan sekaligus merekodkan beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Izzah.
Pengarang berpendapat bahawa program ini adalah perjumpaan sulit, kerana berdasarkan carian pengarang di Twitter, FB dan Blog Nurul Izzah, tiada satu media sosialpun yang beliau gunakan untuk memaklumkan pergerakan dan kehadiran beliau di Sabah. Berikut merupakan dua (2) pendedahan penting yang diperolehi melalui perjumpaan tersebut;

1) Nurul Izzah mengakui kenyataan tidak sengaja beliau tentang isu kebebasan beragama pada 03/11/2012. Beliau berusaha untuk meyakinkan hadiri yang beliau tidak salah dan mengulangi yang kenyataan beliau sengaja disensasikan oleh pihak tertentu.


 


2) Pada sesi soal jawab, terdedah pula satu isu berkaitan kepincangan sebenar PR Sabah jika pemimpin tertinggi PR Semenanjung tidak mengambil tindakan segera. Ada dari kalangan hadirin mencadangkan agar Pemimpin tertinggi PR Semenanjung turun ke Sabah bagi menyelesaikan isu calon PRU13. Permasalahan PR Sabah dikhabarkan semakin tenat kerana terlalu ramai ahli-ahli PR yang melobi untuk menjadi calon. Malah didedahkan juga, berkemungkinan ada daripada kalangan ahli yang melobi untuk menjadi calon PR pada PRU13 nanti akan bertindak keluar parti jika tidak dicalonkan.

Maka jelaslah bahawa, Tsunami politik yang melanda semenanjung telah reda di Laut Cina Selatan sebelum sempat sampai ke negeri Sabah. Kini Tsunami tersebut dibentuk sendiri oleh ahli-ahli parti PR yang kini gila untuk menjadi calon pada PRU akan datang. Kesannya, Sabah akan kekal bersama Barisan Nasional



2 comments:

  1. Tunggu dan lihat saja bro kesannya belum dapat dipastikan :)

    ReplyDelete
  2. PKR memang pincang bagai OKU di Sabah...Hanya mengharap simpati Anwar dan penghulur.

    ReplyDelete