TEKS BAJET 2013 NEGERI SABAH (1)

 

UCAPAN BAJET 2012 OLEH;

Y.A.B DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN
(KETUA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN SABAH)


DIPERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
19 OKTOBER 2012 (JUMAAT)

"PENYATUAN USAHA KEARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN"



Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan Bajet Negeri Sabah bagi tahun 2013 untuk kelulusan Dewan yang mulia ini.

Pendahuluan
Alhamdulillah,     sukacita     saya     merafakkan      setinggi-tinggi kesyukuran  ke  hadrat Allah Subhanahu Wa  Ta’ala  kerana  dengan kehendak dan izin-Ny jua, dapatlah  saya  menyempurnakan amanah serta tanggungjawab dalam  membentangkan Bajet Negeri Sabah bagi tahun 2013 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Speaker,
Seperti  yang  kitsedia  maklum,  pembentangan  Bajet  Negara telah   disempurnakan   pada  28  September   2012 Telah   menjadi pengetahuan umum bahawa Bajet Negara 2013 menyediakan pelbagai manfaat kepada semua golongan masyarakat. Tidak ketinggalan, negeri Sabah   juga   telah diberikan   foku melalui   strategi-strategi   dan peruntukan-peruntukan  khusu dalam   usaha meningkatkan    lagi pembangunan  dan  kemajuan  negeri  ini.  Untuk itu,  saya  bagi  pihak Kerajaan Barisan  Nasional  Negeri,  ingin  mengucapkan  terima  kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima  Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang kita kasihi di atas segala  bantuan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Jumlah peruntukan besar yang disediakan untuk negeri Sabah melalui Bajet Negara tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya amat besar ertinya kepada rakyat di negeri ini dalam mana mereka dapat bersama-sama mengecapi nikmat pembangunan berterusan yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Negeri Sabah, bumi bertuah yang kita warisi turun  temurun ini, bukan  sahaja  terkenal dengan kepelbagaian  dan  keharmonian  suku kaum dan etniknya, tetapi juga tersohor dengan kekayaan khazanah alamnya    yang    unik    dan    menarik.        Dengan    keindahan   dan keistimewaannya  yang tersendiri,  Sabah  termasyhur  kerana  puncak Kinabalunya  dan juga  gugusan  pulau-pulaunya  yang indah.    Sabah begitu sinonim dengan kehijauan khazanah hutan tropika  dan kebiruan khazanah samuderanya.   Lebih daripada itu semua, Sabah tersohor kerana  kekayaan  budaya,  adat  resam, keramahan,  perpaduan  dan kemuliaan pekerti rakyatnya.

Keamanan,   keharmonian   dan   sikap   tolerans di    kalangan penduduk  negeri  ini merupakan suatu keunikan  dan  kelebihan  bagi negeri Sabah yang boleh kita banggakan. Faktor-faktor ini juga adalah antara penyumbang kemakmuran  dan kemajuan di negeri ini. Dengan kepesatan  pembangunan yang  telah  dan  sedang  berlaku  sekarang, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan terus menggembleng usaha dan  perancangan  bagi mempertingkatkan  lagi  kemajuan  dan  kualiti hidup rakyat di negeri yang tercinta ini.

Tuan Speaker,
Sesungguhnya,     Kerajaan     Negeri     sentiasa     prihatin     dan mengutamakan kepentingan rakyat semasa menentukan sasaran dalam program-program   pembanguna yang    dirancang.  Pelaksanaan program-program secara telus,  efisie dan yang membawa manfaat kepada  rakyat, adalah agenda utama  Kerajaan  Negeri.    Kekayaan sumber alam semulajadi dimantapkan lagi dengan Dasar Halatuju dan dasar  pembangunan kerajaan yang padu dan jitu, membolehkan kita membuat perancangan yang teratur dan strategik selaras  dengan  visi dan misi kerajaan negeri.  Dengan Akaun Hasil Disatukan yang kukuh melebihi RM3 bilion, ditambah pula  dengan   rekod hasil negeri yang tertinggi dalam tahun 2011  sebanyak RM4.369 bilion serta disokong oleh jentera  pentadbiran awam yang cekap, membolehkan kita untuk meningkatka tahap   pembangunan      secara   berterusan Kapasiti Kerajaan Negeri  untuk  membelanjakan  peruntukan  yang  disediakan memberi jaminan bahawa setiap program dan  projek yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan  demi kebaikan dan faedah kepada rakyat. Ini telah terbukti melalui pencapaian pada tahun 2011 di mana Kerajaan Negeri telah merekodkan  perbelanjaan  mengurus  tertinggi berjumlah  RM4.4bilion. Inilah prestasi cemerlang dan komitmen tinggi Kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan Rakyat  Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Justeru dengan    berlatar   belakangkan keistimewaan, keunikan dan kemakmuran bumi bertuah ini, bajet yang akan saya bentangkan ini adalah  untuk memastikan kesinambungan kemakmuran  dan  kesejahteraan  hidup  yang  kita  nikmati  selama  ini, insyaAllah.


Tuan Speaker,

Ekonomi Dunia


Kadar pertumbuhan ekonomi dunia dijangka meningkat  daripada 3.5 peratus pada tahun 2012 kepada 3.9 peratus pada tahun 2013. Ekonomi Amerika Syarikat dijangka berkembang pada 2.3 peratus pada tahun 2013 berbanding dengan 2 peratus pada tahun 2012. Disebabkan krisis hutang di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU), kadar pertumbuhan ekonomi di negara-negara berkenaan secara keseluruhannya diramal  agak  lembab  bagi  sebahagian  besar  tahun 2012 dan mungkin hanya meningkat 0.7 peratus pada tahun 2013.

Pertumbuhan ekonomi Jepun dijangka berkembang  sederhana pada kadar  1.5 peratus untuk tahun 2013 berbanding 2.4 peratus pada tahun  2012.  Secara  keseluruhannya ekonom negara-negara  maju dijangka meningkat daripada 1.4 peratus pada tahun 2012 kepada 1.9 peratus  pada  tahun  2013. Pertumbuhan  ini  adalah  disebabkan  oleh dasar-dasar  kewangan    yang liberal (liberal monetary policies) dan langkah-langkah   pelonggara kuantitatiyang   dilaksanakan    oleh beberapa negara. Negara-negara ekonomi baru muncul dijangka berkembang pada kadar 5.9 peratus pada tahun 2013, berbanding 5.6 peratus pada tahun 2012.  Dalam  kes  negara  China,  ekonominya  diunjurkan meningkat daripada  peratus pada tahun 2012  kepada 8.5 peratus pada tahun 2013.  Sementara itu, kadar   pertumbuhan  ekonomi  India  dijangka meningkat daripada 6.1  peratus pada tahun 2012 kepada 6.5 peratus pada   tahun   2013 Pertumbuha ekonom ASEA  (Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam) diunjurkan pada 6.1 peratus dalam tahun 2013, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2012.

Tuan Speaker,


Ekonomi Malaysia

Malaysia sebagai sebuah negara dengan ekonomi terbuka adalah dipengaruhi oleh keadaan pasaran yang tidak menentu dan berhadapan dengan cabaran ekonomi global. Namun, Malaysia  mampu mencapai kemajuan seterusnya ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.        InsyaAllah, pertumbuhan    ekonomi    Malaysia    dijangka berkembang pada   kadar  4.5  hingga  5  peratus pada tahun  2012. Peningkatan ini disebabkan oleh prestasi yang stabil bagi semua sektor kecuali sektor pertanian. Sektor pembinaan merupakan sektor utama yang memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini  dengan kadar pertumbuhan 15.5 peratus, diikuti dengan sektor  perkhidmatan pada kadar 5.5  peratus  dan 4.2  peratus  untuk  sektor  pembuatan. Pencapaian ini telah meningkatkan  keyakinan  pelabur asing terhadap Malaysia dengan kemasukan pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment ) berjumlah RM13.6 bilion pada suku pertama tahun ini.

Ekonomi negara dijangka kukuh dengan unjuran  pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2013. Pertumbuhan ekonomi negara didorong oleh peningkatan pelaburan swasta sebanyak 13.3 peratus dan penggunaan swasta dengan kadar 5.7 peratus. Kadar pengangguran juga dijangka menurun daripada 3.1 peratus pada tahun 2012   kepada 3 peratus pada tahun 2013. Penekanan akan diberikan kepada  beberapa  usaha,  termasuk  meningkatkan  aktiviti  pelaburan, menggiatkan inovasi dan produktiviti, memajukan pendidikan dan latihan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Tuan Speaker,

Ekonomi Negeri Sabah

Ekonom negeri   Sabah   berorientasikan   perdagangan    yang didorong oleh eksport komoditi khususnya minyak sawit dan petroleum mentah.  Bagi    sektor  makanan  dan  tenaga pula, permintaan untuk kedua-du komoditi ini dijangka akan  kekal stabil walaupun ekonomi global  adalah   lembab. Pertumbuhan   ekonom bag rakan-rakan perdagangan eksport  terbesar Sabah iaitu China, Australia dan India juga diramal akan kekal stabil. Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun  ini, eksport negeri  terus  berkembang  pada kadar  7.2  peratus dengan  nilai  mencecah RM20.7  bilion, manakala import  pula  telah meningka pada kadar 30 peratus dengan  jumlah mencecah RM16 bilion. Import bagi jentera serta kelengkapan pengangkutan dan barang- barang keluaran kilang, masing-masing telah berkembang sebanyak 45 peratus  dan 65  peratus. Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan  besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suk tahun pertama  tahun  ini  yang mana ianya  juga   merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia. Jumlah  pelaburan yang diluluskan di bawah sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama pada tahun ini ialah sebanyak  RM5.7  bilion. Sebahagian besar daripada jumlah pelaburan   ini   disumbangkan oleh  Petronas  melalui  projek Ammonia   Dan Urea Sabah (SAMUR). Pelaburan dalam Koridor Pembangunan  Sabah  juga  semakin aktif dengan  jumlah pelaburan terkumpul  direalisasikan (cummulative  realized   investment) melalui Projek-projek Permulaan (Entry-Point Projects) setakat bulan Julai 2012 sebanyak RM9.43 bilion.

Tuan Speaker,
Berdasarkan unjuran, senario ekonomi negeri pada masa hadapan adalah cerah dan mempunyai prospek yang baik di  mana beberapa projek swasta berimpak tinggi yang dibiayai  melalui kerjasama awam dan swasta dijangka akan memainkan peranan dan menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Pada masa ini, terdapat pelbagai  proje berimpak tinggi yang  sedang dilaksanakan yang merangkumi  beberapa  sektor  termasuklah  sektor minyak,  gas dan tenaga, pelancongan, pertanian dan pembangunan hartanah bersepadu berkos tinggi (high end integrated real estate development). Pada masa yang sama,   dengan pelaksanaan  pelbagai program seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP),  Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan mengambil kira pelbagai inisiatif  seperti  yang  telah diumumkan  dalam  BajeNasional  2013, pertumbuhan ekonomi Negeri dijangka akan dapat ditingkatkan lagi.

Walaupun pertumbuhan sektor luaran diramalkan akan  tumbuh sederhana di sebalik cabaran-cabaran ekonomi global, ekonomi negeri Sabah dijangka akan kekal stabil disebabkan  oleh  sokongan daripada pelaburan awam dan swasta serta  penggunaan domestik yang kukuh. Oleh yang demikian, ekonomi negeri diunjurkan berkembang di antara 5 hingga 6 peratus pada tahun 2013.

PRESTASI KEWANGAN NEGERI SABAH

Tuan Speaker,
Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang  ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri ini  sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan  efisien Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri  Sabah  sebagai  salah  sebuah  negeri  yang  mempunyai  rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran”    Clea Bill    yang  menjadikan   penganugeraha ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

Bilangan Jabatan dan Agensi yang mencapai penarafan  empat bintang di bawah Indeks Akauntabiliti telah meningkat  dua  kali ganda untuk    penilaian    tahun    2011.    Ini   menunjukkan    lebih   banyak jabatan/agensi yang telah mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang baik dan  teratur. Sukacita saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa enam (6) jabatan/agensi yang telah berjaya mendapat penarafan empat (4) bintang pada tahun 2011 ialah:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
ii.                    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri;
iii.                   Jabatan Bendahari Negeri Sabah;
iv.                  Jabatan Cetak Kerajaan;
v.                   Lembaga Bandaran Kudat; dan
vi.                  Korporasi Pembangunan Desa.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada jabatan/agensi berkenaan dan sesungguhnya mereka inilah yang akan menjadi role model kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi lain untuk menambahbaik pengurusan kewangan masing-masing.

Sebagaimana  yang  saya  sebutkan  tadi,  negeri    Sabah  adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah  alam. Khazanah itu termasuklah bahan  mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan buday yang   merupakan   asas   atau    tulang   belakang   terhadap pertumbuhan ekonomi negeri  ini.   Dengan  mengambilkira  kekayaan berkenaan serta kedudukan  fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan AAA” ( Triple A kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan  dan proses bajet  negeri  yang  teratur  dan   mematuhi  peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang  mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

Dengan   galakan,   pengiktirafan   da rekod   pencapaian   yang cemerlang  seperti  dinyatakan tadi, kita perlu  terus  berusaha  untuk memacu  ekonomi  negeri  ke  tahap  yang lebih  tinggi  untuk manfaat semua lapisan rakyat tanpa mengira  bangsa, agama, umur, gender, status, kedudukan, sektor dan kawasan.

OBJEKTIF DAN STRATEGI BAJET 2013

Tuan Speaker,
Dalam memastikan matlamat untuk memberi  kesejahteraan  dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri ini  melalui Bajet 2013, saya memint semua   Kementerian   dan   Jabatan  untuk   mengurus dan melaksanakan bajet 2013 demi mencapai objektif utama seperti berikut:

i.             mengukuhkan kedudukan kewangan negeri ;
ii.            menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam;
iii.           mempercepatkan pencapaian halatuju;
iv.          membangunkan belia dan modal insan yang bernilai dan berkualiti tinggi;
v.           membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kualiti hidup rakyat; dan
vi.          mencapai pembangunan wilayah yang seimbang.


HASIL NEGERI

Tuan Speaker,
Hasil  Negeri Sabah  dianggarkan berjumlah  RM3.828 bilion  pada tahun  2013  yang menunjukkan peningkatan  sebanyak  3.73  peratus dibandingkan  dengan  anggaran    asal tahun  ini  berjumlah RM3.690 bilion.  Dengan  mengambilkira bahawa  hasil purata Negeri Sabah bagi tempoh  tiga  tahun yang  lalu   (2009-2011)  yang  berjumlah  dalam lingkungaRM3.8 bilion    setahun, maka Kerajaan Barisan Nasional Negeri yakin bahawa sasaran kutipan hasil yang ditetapkan pada tahun hadapan adalah munasabah. Oleh yang demikian, Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukai baru atau meningkatkan kadar cukai sedia ada.

Berdasarkan prestasi kutipan hasil negeri setakat ini,   anggaran hasil disemak bagi tahun 2012 dijangka mencapai  RM4.022 bilion  iaitu meningkat sebanyak  8.97 peratus   berbanding anggaran asal.  Royalti Petroleum yang merupakan salah satu sumber utama hasil negeri telah merekodkan    penerimaan berjumlah    RM941.25   juta    berbanding anggaran asal berjumlah RM774.6 juta.  Dsamping  itu, beberapa sumber  hasil  yang  dijangkakan  dapat menyumbang  lebih  daripada anggaran  asal termasuklah  Cukai  Jualan Hasil   Tanah, Terimaan Daripada  Pejabat-pejabat  Daerah  dan Pemberian daripada  Kerajaan Persekutuan. Sekirany keadaan   seperti  ini  berterusan  ke  tahun hadapan maka kita berkeyakinan penuh bahawa Kerajaan Negeri akan terus  menikmati kutipan hasil negeri pada tahap RM4 bilion.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Hasil   Negeri    Sabah diklasifikasikan    kepada tiga kategori iaitu  Hasil  Cukai,  Hasil  Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil Cukai  dijangka menyumbang sebanyak   RM1.225 bilion   atau   32  peratus Sumber  utama  dalam kategori   ini   ialah   Cukai Jualan atas Minyak Sawit Mentah   yang dijangka  menyumbang   sebanyak    RM1.05 bilion  atau 27.43 peratus daripada   jumla keseluruhan  hasil   negeri pada tahun 2013.   Hasil Bukan  Cukai dianggarkan  berjumlah  sebanyak RM2.26 bilion   atau 59 peratus Dua   penyumbang     utama dalam kategori   ini   ialah Royalti  Petroleum  dengan  anggaran  sebanyak  RM1 bilion  atau  26.2 peratus serta Faedah  da Perolehan   dari   Pelaburan   sebanyak RM691.56 juta atau 18.06 peratus daripada jumlah hasil.  Selebihnya sebanyak    RM343.28 juta    atau  9 peratus lagi adalah  dari kategori Terimaan Bukan    Hasil      yang        sebahagian  besarnya    adalah Pemberian dan Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Tuan Speaker,
Sejak  tahun  2008,    penyumbang  utama  kepada  hasil    negeri Sabah  adalah    Cukai  Jualan atas Minyak  Kelapa  Sawit  dan  Royalti Petroleum  yang  mana  kedua-dua  sumber  ini dijangka menyumbang sebanyak  51.33 peratus  pada  tahun  ini dan  53.63 peratus  daripada jumlah hasil  pada tahun  hadapan.  Usaha  Kerajaan Negeri  memberi lebih  fokus     dala pengurusan     pelaburan  agar tidak     terlalu bergantung    kepada   kedua-dua sumber tersebut, sediki sebanyak telah  membuahkan hasil. Ini terbukti dengan kutipan hasil sebanyak RM928.03 juta pada tahun 2011 melalui  "Faedah dan Perolehan   dari Pelaburan". Untuk  tahun ini pula, hasil melalui sumber ini dijangkakan dalam  lingkungan RM820  juta diikuti  dengan   anggaran  sebanyak RM691.56 juta pada tahun hadapan.

TEMA     BAJET     2013     PENYATUAN     USAHA     KE     ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN

Tuan Speaker,
Hasil kesinambungan usaha pembangunan yang dibuat  melalui Bajet tahun-tahun sudah, negeri Sabah semakin    makmur  dan kualiti kehidupan rakyat kini bertambah baik dan bertambah sejahtera. Dengan unjuran hasi berjumlah RM3.828 bilion bagi tahun 2013 yang merupakan  satu  anggaran  yang  tertinggi dalam  sejarah  penyediaan bajet negeri ditambah lagi dengan kedudukan Akaun Hasil Disatukan negeri yang kukuh melebihi RM3 bilion, maka kita mampu merancang dan menyediakan    satu bajet yang besar demi pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran  berterusan negeri yang dicintai ini. Untuk siapakah semua ini kalau bukan untuk rakyat dan warga Sabah yang kita kasihi !

Tuan Speaker,
Momentum  pembangunan  negeri  ini  bukan  sahaj perlu dikekalkan   mala hendaklah diperhebatkan Sehubungan   itu, Kerajaan Barisan Nasional Negeri  menyediakan peruntukan yang terbesar dan lebih tinggi pada tahun 2013 berbanding Bajet Tahun 2012.   Strategi  Bajet  2013  telah disusun  dan  dirangka  dengan memberi    penekanan   kepadusaha-usah murn yan akan menjamin  kemakmuran  negeri  dan  kesejahteraan  rakyat  yang berterusan.  Maka  dengan  itu  Tuan Speaker,  bertepatan  dengan tema   Bajet       2013  iaitu    PENYATUAN    USAH K ARAH KESEJAHTERAAN  RAKYAT  YANG BERTERUSAN,  izinkan  saya membentangkan Perbelanjaan Perbekalan bagi tahun 2013  yang merupakan  satu  bajet  yang  terbesar  dalam  sejarah   kewangan negeri ini iaitu sebanyak RM4.088 bilion!

ANGGARAN PERBEKALAN DAN PEMBANGUNAN TAHUN 2013 ANGGARAN PERBEKALAN

Tuan Speaker,
Cadangan Anggaran Emolumen bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM663.17 juta, pertambahan sebanyak RM39.51 juta  atau 6.34 peratus berbanding dengan  anggaran sebanyak RM623.66 juta  dalam tahun 2012.   Peningkatan perbelanjaan  emolumen ini adalah berpunca dari keperluan pelarasan gaji kakitangan kerajaan yang dilaksanakan pada tahun 2012.

Sebanyak RM1,087.93 juta adalah disyorkan untuk Perbelanjaan Berulang bagi tahun 2013. Anggaran Perbelanjaan Berulang bagi tahun hadapan  berkurangan  sebanyak   RM32.92   juta atau  2.94 peratus berbanding  denga anggaran  Perbelanjaan  Berulang  Tahun  2012 sebanyak   RM1,120.85   juta. pengurangan   ini   adalah   disebabkan pendekatan perbelanjaan yang lebih berhemat melalui  pengawalan perbelanjaan yang tegas dan pengurusan perbelanjaan yang cekap.

Bagi  Perbelanjaan  Khas,  sebanyak  RM2,337.38  jut adalah dicadang untuk  dibelanjakan pada tahun 2013. Peningkatan peruntukan bagi Perbelanjaan Khas antaranya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah  Caruman  Wang  Pembangunan  daripada  RM500  juta  dalam tahun  2012  kepada RM800  juta  dalam  tahun  2013.  Ini  merupakan caruman terbesar yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Negeri.


ANGGARAN PEMBANGUNAN

Tuan Speaker,
Seperti  yang  telah  saya  sebutkan  sebentar  tadi momentum pembanguna negeri   ini  bukan sahaja   perlu   dikekalkan   malah hendaklah  terus  diperhebatkan Sehubunga itu, sejumlah RM2.42 bilion adalah disediakan untuk Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2013.   Anggaran   ini   melibatkan sebanyak   RM1bilion   pembiayaan Kerajaan   Negeri  dan RM1.42bilion  adalah  sumbangan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sumbangan     peruntukan     daripada     Kerajaan     Persekutuan melibatkan  Peruntukan  Imbuh  Balik Persekutuan   sebanyak  RM35.4 juta, Pinjaman Persekutuan sebanyak RM186.07 juta dan Pemberian Secara Langsung (Geran) berjumlah RM1.19bilion. Saya, bagi pihak Kerajaan Negeri mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Pusat di atas sumbangan ini.

Tuan Speaker,
Sebahagian besar daripada Anggaran Pembangunan tahun 2013, iaitu sebanyak RM2.07 bilion atau 85.71 peratus adalah diperuntukkan kepada  sektor  ekonomi     yang  mana  di  antaranya  adalah  untuk kemudahan  asas     yang   diperuntukkan  sebanyak  RM988.23 juta, RM763.7 juta untuk infrastruktur dan perhubungan manakala sebanyak RM234.9 juta lagi untuk pertanian dan pembangunan tanah.

Daripada jumlah RM988.23 juta anggaran pembangunan  yang dicadangkan  untuk  kemudahan asas, RM480.67  juta  adalah  untuk program bekalan air, RM400 juta untuk bekalan elektrik luar bandar dan RM95.56 juta untuk projek-projek pembetungan. Sementara  peruntukan sebanyak    RM12    juta adalah untuk    menampung    perbelanjaan Sumbangan  Modal   berkaitan  dengan  projek-projek bekalan  air dan elektrik.

Tuan Speaker,
Pembangunan    infrastruktur    dan    perhubungan     disediakan sebanyak   RM763. juta.  Daripada jumlah   berkenaan,   sebanyak RM742.95 juta adalah untuk jalanraya dan jambatan, RM13.5 juta untuk pelabuhan dan dermaga dan RM7.25 juta untuk perkhidmatan keretapi.

Antara  program  utama  di  bawah  pertanian  dan  pembangunan tanah ialah   program pengairan dan saliran  diperuntukkan sebanyak RM72.72   juta projek-projek pengembangan   pertanian      sebanyak RM42.06 juta dan  program perkhidmatan haiwan sebanyak RM34.87 juta.

Sejumlah  RM291.16  juta  atau  12.03  peratus  daripada  jumlah anggaran pembangunan tahun 2013 adalah diperuntukkan untuk sektor sosial.  Sebanyak  RM181.92  juta  daripada  jumlah berkenaan adalah untu pembangunan   luar   bandar   dan    masyaraka yang   akan dilaksanakan   oleh  Kementerian Pembanguna Luar   Bandar   dan Jabatan  Ketua  Menteri Manakala  sejumlah RM71.66    juta diperuntukkan  untuk    pembinaan    dan   penaiktarafan    bangunan keagamaan, kompleks-kompleks sukan dan pusat-pusat kebudayaan.

Sektor  Pentadbiran  Am  diperuntukkan  sebanyak  RM29.75  juta atau 1.23 peratus untuk pembiayaan projek-projek  yang dilaksanakan oleh  Jabatan  Tanah  &  Ukur  dan   pembinaan bangunan-bangunan kerajaan.

Selaras  dengan  peranan,  tanggungjawab  dan  fungsi   masing- masing sebagai agensi pelaksana utama Kerajaan,  agihan peruntukan Perbekalan  dan  Pembangunan  2013  yang  dicadangkan  mengikut Kementerian adalah seperti berikut:

PERUNTUKAN MENGIKUT SEKTOR

Tuan Speaker,
Bajet  2013  akan  terus  memberi  penekanan  dan   keutamaan kepada program-program   yang bertujuan  memakmurkan negeri dan mengukuhkan lagi kesejahteraan  rakyat. Program-program berkenaan termasuklah pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas, program- program dalam  sektor Halatuju Negeri yang meliputi sektor pertanian, pelancongan  dan  pembuatan,  program  pembangunan luar  bandar (membasmi  kemiskinan),  program  pembangunan  modal  insan  serta program-program sosial dan kebajikan am.

Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

Tuan Speaker,
Peruntukan  sebanyak  RM1.412  bilion  adalah  disediakan  pada tahun  hadapan  untuk  membiayai pelbagai  program   pembangunan infrastruktur   dan   kemudahan   awam   yang   akan   memberi  impak maksima ke arah meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat, khasnya para penduduk di luar bandar. Ini juga sekaligus membantu merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar.

Program   pembangunan   infrastruktur   dan   kemudahan   awam termasuk  projek-projek  jalanraya untuk  memberi   kemudahan  asas kepada   kawasan-kawasan   yang    dikenalpasti    boleh  merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi di samping memperluaskan lagi aksesibiliti ke  kawasan-kawasan  terpencil. Prasarana  bekalan  air  pula  akan dipertingkatkan untuk menampung peningkatan keperluan bekalan air di samping mengatasi masalah-masalah bekalan air di beberapa kawasan di  negeri  ini.  Usaha  juga  akan diambil  untuk  meningkatkan pembangunan infrastruktur maritim, baik dalam penyediaan kemudahan maritim awam mahupun  kemudahan pemunggahan kargo yang lengkap di pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah. Fokus ini adalah sejajar dengan hasrat untuk membolehkan pelabuhan-pelabuhan di negeri ini berdaya saing di kalangan pelabuhan-pelabuhan di rantau Asia. Perkhidmatan  keretapi  sebagai  pengangkutan  alternatif yang  moden dan selesa juga akan terus dipertingkatkan.

Pembangunan Sektor Pembuatan

Tuan Speaker,
Bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sebanyak RM97.27 juta untuk membiayai usaha-usaha yang akan memacu  pertumbuhan sektor pembuatan negeri. Usaha-usaha ini  termasuklah pelaksanaan projek- projek  sokongan  sektor  pembuatan  seperti  penyediaan  infrastruktur asas pembuatan di  kawasan-kawasan perindustrian sedia ada seperti Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Lahad Datu dan Sandakan, serta Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP).    Sukacita  saya  memaklumkan  bahawa  dari  bulan  Januari hingga Jun 2012,   24   syarikat perkilangan telah  diluluskan dengan jumlah  pelaburan  sebanyak  RM4.86  bilion  dan  kesan  daripada ini, sebanyak 1,765 peluang pekerjaan dapat diwujudkan.  Daripada jumlah pelaburan ini, RM4.69 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan RM177.44 juta adalah daripada pelaburan asing.

Pembangunan Sektor Pertanian

Tuan Speaker,
Kerajaan    Barisan    Nasional    Negeri    amat    komited    untuk memantapkan  sektor  pertanian negeri.  Kementerian   Pertanian  dan Industri   Makanan   selaku   pemangkin   dalam   pembangunan sektor pertanian   memikul  tanggungjawab   yang   besar   untuk   memastikan kelangsungan projek pembangunan  pertanian yang dilaksanakan oleh kementerian  itu  dan  yang  dilaksanakan  oleh  jabatan dan  agensi  di bawahnya.

Pelaksanaan program pembangunan pertanian yang akan  dapat meningkatkan produktiviti komoditi pertanian, meningkatkan tahap sara diri komoditi makanan dan perluasan syer pasaran   produk di pasaran domestik dan antarabangsa akan diteruskan.   Ini termasuklah program pertanian yang  dapat meningkatkan  keluaran  produk  pertanian yang ditambah   nilai;   pengeluaran   produk-produk pertanian   yang   baru; meningkatkan  eksport   produk-produk  pertanian  dan  mengurangkan import terutamanya produk makanan;      meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan kemahiran para petani; serta meningkatkan  program inovasi  dan pemprosesan produk. Pada masa yang sama juga, adalah dijangkakan   program   pertanian   yang    dilaksanakan   akan   dapat memberikan galakan terhadap  penyertaan sektor swasta dalam aktiviti pertanian dan  diharapkan  lebih ramai lagi usahawan sektor pertanian yang mempunyai daya saing di peringkat global dapat diwujudkan.

Sebanyak  RM375.58  juta  diperuntukkan  untuk   pembangunan sektor  pertanian  yang  meliputi perikanan,  haiwan  dan  pengairan. Daripada jumlah tersebut, RM185.91  juta adalah untuk perbelanjaan mengurus    dan    RM189.67     juta     untuk    pembiayaan    program pembangunan. Dengan      peruntukan      yang      disediakan      dan penggemblengan  usaha  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan jabatan/agensi di bawahnya, kerajaan yakin sektor pertanian negeri akan terus agresif, berorientasikan komersial, berdaya saing dan dapat menjamin kelestarian bekalan makanan negeri. Usaha ini dimantapkan lagi dengan program-program yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan seperti pewujudan ‘jelapang padi’ di Kota Belud yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Bajet Negara baru-baru ini.

Pembangunan Sektor Pelancongan

Tuan Speaker,
Sektor  pelancongan  akan  terus  memainkan  peranan   penting sebagai salah satu penyumbang utama kepada  pendapatan ekonomi negeri.  Bagi  tahun  2012,  Sabah   menyasarkan  seramai  2.93 juta ketibaan  pelawat  dengan  anggaran  pendapatan  sejumlah  RM  5.191 bilion. Jumlah ketibaan pelawat ke Sabah untuk tempoh Januari hingga Jun    2012 adalah seramai 1,372,525 orang. Jumlah tersebut mencatatkan  pertumbuhan  positif  sebanyak  1.7  peratus  berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya dengan anggaran terimaan daripada  sektor  pelancongan  sebanyak   RM   1.088 bilion. Dengan pertumbuhan yang memberangsangkan ini, kita yakin sasaran ketibaan pelancong tahun ini akan tercapai.

Bagi tahun 2013, Sabah menyasarkan seramai 3.105 juta ketibaan pelawat dengan anggaran pendapatan berjumlah  RM5.51 bilion. Bagi mencapai sasaran ini, kerajaan  akan terus berusaha dalam meyakinkan syarikat  penerbangan  untuk  meningkatkan  jaringan  aksesibiliti  udara dengan menambah penerbangan antarabangsa ke negeri Sabah sama ada  penerbangan terus (direct flights), penerbangan terus sewa  khas berjadual  (Scheduled  chartered  flights)  mahupun  penerbangan  terus sewa khas (chartered flights).

Hasil   daripada   usaha   yang   berterusan   melalui    Lembaga Pelancongan Sabah,  Sabah kini mempunyai  116  penerbangan terus antarabangsa  dengan  16,210  kapasiti  tempat  duduk  seminggu yang menghubungkan Sabah dengan  destinasi seperti Brunei, Hong Kong, Shenzhen, Jakarta, Manila, Clark, Singapura, Seoul, Taipei dan Tarakan yang dikendalikan  oleh syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Royal Brunei Airlines, Dragon Air, Silk Air, Cebu Pacific, Eastar Jet, Aseana, Korean Air, Tiger Air dan MASwings.

Pemeliharaan Alam Sekitar

Tuan Speaker,
Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, kita harus peka dan  prihatin  terhadap  perlindungan alam sekitar  dan   memastikan dimensi  alam  sekitar  disepadukan  sepenuhnya  dalam  perancangan pembangunan   dan   eksploitasi   sumber-sumber   semulajadi   selaras dengan prinsip  pembangunan lestari. Ini penting kerana alam sekitar bukan sahaja merupakan aset utama kepada sektor pelancongan negeri tetapi ianya juga mendukung sektor ekonomi lain seperti pertanian dan pembuatan dalam mencapai kestabilan dan kemajuan yang berterusan di Sabah. Kerajaan juga akan terus berusaha bagi memantapkan lagi langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang wajar dalam melindungi kelestarian alam sekitar dan sumber-sumber asli di Sabah. Usaha murni kerajaan ini dalam memelihara dan melindungi keindahan khazanah hutan dan alam sekitar, telah menarik ramai pelancong dan para penyelidik dari dalam dan luar negara. Ini termasuklah kunjungan daripada pasangan diraja Britain, Duke and Duchess of Cambridge iaitu Putera  William  dan  isterinya  Kate  Middleton.  Tujuan  mereka mengunjungi Sabah semata-mata hendak melihat sendiri dan menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Lembah Danum dalam daerah Lahad Datu. Pasangan diraja berkenaan telah terpegun dan memuji usaha-usaha konservasi hutan hujan tropika yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Royal Society of London, United Kingdom. Sesungguhnya, lawatan diraja tersebut telah memperkukuhkan lagi posisi negeri Sabah di persada antarabangsa sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia.

Perkembangan Kebudayaan

Kebudayaan merupakan satu komponen penting bukan  sahaja sebagai pembentuk sahsiah diri dan tamadun suatu  kaum  tetapi juga berperanan untuk membentuk jati diri serta mendorong ke arah bangsa yang bersatu padu, cintakan seni  budaya  serta menghargai warisan bangsa. Justeru, usaha pemeliharaan dan memperkasakan khazanah warisan budaya  akan dimantapkan lagi. Dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar  bersama- sama  jabatan dan agensinya,  iaitu  Jabatan   Muzium   Sabah  dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan meneruskan usaha mempertahan,  mengekalkan  dan  memelihara  khazanah  warisan budaya, sejarah dan tamadun negeri Sabah serta menerapkan nilai-nilai murni budaya etnik Sabah kepada masyarakat umum, terutamanya generasi muda.

Bagi     memantapkan     sektor     pelancongan,     perkembangan kebudayaan  dan  pemeliharaan alam sekitar,      Bajet   tahun  2013 menyediakan   peruntukan   sebanyak   RM159.13   juta   yang   meliputi RM141.6   juta   perbelanjaan    mengurus   dan   RM17.53   juta   bagi pembiayaan         program pembangunan    berkaitan    pelancongan, kebudayaan   dan    alam    sekitar       yang   akan  diagihkan kepada Kementerian  Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta enam (6) agensi di bawahnya dan juga kepada Jabatan Perhutanan  serta Pusat Biodiversiti Sabah.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Luar Bandar Dan Membasmi Kemiskinan Tegar

Tuan Speaker,
Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10. Dalam Bajet 2013, peruntukan sebanyak RM202.12   juta   disediakan   untuk    pelaksanaan   program-program pembasmian kemiskinan dengan  matlamat sasaran pensifaran miskin tegar dan pengurangan miskin relatif.

Sukacita    saya    menekankan    bahawa          program-program pembasmian kemiskinan tegar seperti program  Mini   Estet Sejahtera (MESEJ)  yang  dilaksanakan  oleh  Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Ladang-Ladang  PPRT, satu program usahasama kerajaan negeri dengan  Kumpulan Sawit Kinabalu  yang  diperkenalkan  sejak beberapa tahun yang lalu telah menampakkan impak yang ketara dan kini sedang mengeluarkan hasil.

Peserta-peserta   Ladang   PPRT   Tongod   dan   Ladang   PPRT Kalabakan terdiri daripada 1,167 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) kini sedang menerima  dividen masing masing bernilai RM400 sebulan yang   merupakan   tambahan   kepada   pendapatan   bulanan   mereka sekaligus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan tegar.

MESEJ Sungai Laba, Pulau Sebatik di daerah Tawau dan MESEJ Bunang 1 di daerah Keningau sudah mengeluarkan  hasil  sejak akhir tahun  2011. MESEJ Bunang 2 (Liawan)  di Keningau; MESEJ Labang di   Nabawan   dan   MESEJ   Balat   di   Kinabatangan   dijangka   akan mengeluarkan hasil   di dalam masa     terdekat.     Memandangkan keberkesanan       MESEJ      sebagai      mekanisme pembangunan kesejahteraan   rakyat   khususnya   Ketua   Isi   Rumah  Miskin   Tegar, kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada program tersebut. Pada  tahun  2013,    4  buah  MESEJ  baru masing-masing  di daerah Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut akan dilaksanakan sebagai tambahan kepada 44 buah MESEJ yang sedia ada di seluruh negeri Sabah.

Selain  program-program  pembasmian  kemiskinan  yang   saya sebutkan   tadi,   kerajaan   melalui  Yayasan   Usaha    Maju    (YUM), menyediakan  kemudahan  pinjaman  kepada  golongan  miskin, mudah miskin   dan   miskin   tegar   yang   sebahagian   besarnya   melibatkan golongan wanita. Kemudahan  pinjaman  diberikan untuk  menjalankan aktiviti keusahawanan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan, perniagaan  jual  beli,  pemprosesan,  pertukangan,  jahit  menjahit  dan perkhidmatan. Sehingga   kini,   YUM   telah   mengeluarkan   pinjaman kepada seramai 22,861 orang peminjam  wanita termasuk ibu tunggal yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM149 juta dengan kadar bayaran balik  pinjaman melebihi 95%. Syabas saya ucapkan kepada golongan peminjam wanita ini. YUM akan terus membantu  usahawan wanita dengan menyasarkan penyerahan pinjaman berjumlah RM40 juta pada tahun  hadapan  yang  bakal  dimanfaatkan  oleh  hampir  10,000 orang    peminjam. Untuk membolehkan    YUM    memperluaskan operasinya,  maka dalam Bajet 2013, pemberian  sebanyak RM7.5 juta dicadangkan kepada YUM.

Kerajaan    yakin    dengan    pelaksanaan    pelbagai     program pembasmian kemiskinan ini dan disokong lagi oleh  program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini, masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment