PRU13 (PART3): PKR SABOTAJ DAP!.. STAR, SAPP MANGSA SETERUSNYA.


Sebelum ini, pada artikel terdahulu (PRU13 (PART 2); AGENDA BORNEO VS ROAD TO PUTRA JAYA (BUKTI PENGKHIANATAN PKR), pengarang ada mendedahkan yang parti-parti pembangkang tempatan (STAR, SAPP, APS, PPS) bakal disabotaj oleh PKR. Ramai yang bersetuju dan ramai juga yang menuduh pengarang hanya mengemukakan persepsi semata-mata tanpa fakta kukuh yang menyokong hujah pengarang.

Akhirnya fakta yang ditunggu-tunggu telah muncul, kebocoran minit mmesyuarat strategi parti (PKR) menghadapi PRU13 tersebar di internet. Berikut merupakan antara intipati penting dalam minit mesyuarat tersebut yang dipetik daripada Agenda Daily :

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)

(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve).

Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).”


Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2
Question
========> What is our strategy in getting more seat from DAP in future?
Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..
===> Bukti pengkhianatan PKR pada rakan pakatan sendiri pada PRU yang akan datang


Orang-orang Pr selalu kata UMNO/BN resis, kenyataan di bawah juga bukti, siapa yang selayaknya dikatakan resis;
Statement:
The watihah will be issue if there is 3-corner fight..
Mansor:
We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
U cannot deny that..he is just like a tokong…Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant.
.Get ourselves stronger..Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang Stock ready candidates for areas nak bertanding i have already asked Lau to identify areas for pkr to stand Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan


Pengajaran buat parti tempatan!
Dari awal lagi pengarang telah meramal dan menduga akan berlaku sabotaj. Banyak program-program PKR yang sepatutnya turut dihadiri oleh DAP, PAS, STAR, SAPP tidak mendapat respon daripada parti tersebut. Pengarang juga pernah menerbitkan artikel bahawa program PKR lebih berbentuk program yang syok sendiri tanpa sokongan daripada rakan pakatan yang lain.

Keraguan pengarang terhadap keengganan PKR menyerahkan kerusi majoriti KDM kepada STAR dan SAPP telah membuktikan bahawa, PKR sememangnya lebih berminat kepada agenda menakluki Putra Jaya berbanding Agenda Borneo. Pertambahan kerusi parlimen akan mengukuhkan kedudukan PKR di mata PR kerana DAP kini dilihat mendominasi PR itu sendiri meskipun PKR memiliki lebihan 3 kerusi berbanding DAP pada PRU12 yang lalu.

Statemen... We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la.. telah menjadi bukti kukuh bahawa, PKR sememangnya tidak percaya pada rakan pakatan. Jika PKR tidak percaya pada DAP dan PAS, sudah tentu STAR dan SAPP juga sukar mendapat kepercayaan PKR. PKR berasa kedudukan mereka sedikit tergugat terutamanya di negeri Sabah bila mana DAP berjaya memenangi 1 Kerusi Parlimen (Kota Kinabalu) dan 1 Kerusi DUN (N57 Sri Tanjong).



Serba sedikit ringkasan PRU12 (2008)
Pada PRU12 yang lalu, BN telah memenangi 24 Kerusi parlimen daripada 25 Kerusi Parlimen yang telah dipertandingkan. 2 daripada kerusi tersebut merekodkan keputusan Menang Tanpa Bertanding (P182 Pensiangan & P191 Kalabakan). P172 Kota Kinabalu telah dimenangi oleh calon daripada parti DAP. 

Persaingan antara parti yang bertanding (penjuru) pula adalah seperti berikut, MTB 2 kawasan, pertandingan 2 penjuru 9 kawasan dan pertandingan 3 penjuru 14 kawasan. Manakala pertandingan yang melibatkan persaingan semasa PR pula melibatkan 4 kawasan (P171 Sepanggar, P172 Kota Kinabalu, P180 Keningau dan P190 Tawau), manakala persaingan 3 penjuru antara rakan pakatan selepas PRU pula hanya melibatkan Parlimen P185 Batu Sapi (BN, PKR & SAPP).

PR yakin takluki 13 kerusi Parlimen? 
Untuk pengetahuan semua, program dan ceramah PKR kini diselangi dengan kenyataan yang berbaur perkauman @ anti etnik terutama di kawasan-kawasan KDM. PKR dan PR kini dilihat semakin terdesak untuk menang pada PRU13 hingga sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terutamanya di program-program ceramah PKR/PR. PR tempatan turut menyuarakan keyakinan untuk menawan 10 kerusi Parlimen tidak termasuk 3 kerusi kawasan majoriti Cina yang didakwa tidak akan mengundi BN (P172 Kota Kinabalu, P186 Sandakan dan P190 Tawau).

10 kerusi parlimen yang diramal oleh PR termasuklah, P168 Kota Marudu, P169 Kota Belud, P170 Tuaran, P171 Sepanggar, P174 Penampang, P177 Beaufort, P179 Ranau, P181 Tenom, P182 Pensiangan dan P183 Beluran. 7 daripada kerusi parlimen yang diramal merupakan kawasan majoriti KDM, yang kini bakal menyaksikan tentangan dan bantahan daripada parti-parti tempatan yang mendokong Aspirasi Borneonisasi  (STAR dan SAPP).
 
Selaku 2 (dua) ikon tempatan yang banyak menyuarakan hak-hak dan kepentingan rakyat Sabah, STAR dan SAPP tidak seharusnya membiarkan parti tempatan dieksploitasi dan diperkudakan seperti PAS. Jika benar PKR/PR ikhlas untuk merealisasikan Agenda Borneo, PKR/PR seharusnya memberikan kesemua kerusi parlimen kepada parti tempatan.

Keengganan untuk tunduk pada parti daripada Malaya seperti mana yang dibuktikan oleh SAPP pada PRK P185 Batu Sapi perlu dikekalkan. Baik STAR mahupun SAPP, kedua-dua parti ini berlu lebih tegas dan berpendirian dalam merealisasikan Agenda Borneo dan tidak hanya membiarkan diri di perlakukan seperti Keldai yang tidak ubah seperti PAS.

Kecelaruan PKR/PR dalam pengagihan kerusi parlimen dilihat semakin parah. Terbaru kenyataan Lajim yang dipetik menerusi Daily Express bertarikh 28.08.2012, PPS akan bertanding disemua kerusi UMNO di Sabah. Ini bermakna PPS akan bertanding di 13 Kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh UMNO. Persoalan kini, bagai mana pula dengan kedudukan PKR yang juga bertanding hampir di keseluruhan kawasan PAR pada PRU12 lalu. Itu belum mengambil kira, kedudukan parti-parti komponen PR yang lain.

Perlu diingat, lompatan Lajim dan Bumburing bukanlah sesuatu yang berorientasikan lompatan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah, tapi lebih kepada nama dan kedudukan. Jika 13 Kerusi diberi kepada PPS, berapa pula agihan untuk PKR, SAPP dan PAS yang juga memiliki calon Melayu. Bagaimana pula mekanisme agihan kerusi untuk kawasan-kawasan majoriti KDM dan Cina yang pastinya bakal mewujudkan konflik tersembunyi. Ibarat "Manis diluar tapi saling berbunuhan di dalamnya".

Kini tembelang PKR telah terbongkar, parti tempatan tunggu apa lagi, KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI, KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI..... INI KALI LA!!    ;P

Jangan cakap saja lebih, buktikan lah yang parti pembangkang tempatan mempunyai pendirian dan prinsip dan tidak hanya diperlembukan leperti PAS. 1215 hanya omong kosong, tambah lagi PKR sudah mula meletakkan calon-calon hantu dikawasan tertentu.Itu belum termasuk pengundi hantu PKR. 

Nah! kau Rasak Laaaa!!!!

No comments:

Post a Comment