Pertumbuhan Sabah antara terpantas di Malaysia: UOB

Sumber: Daily Express

Kota Kinabalu; Sabah adalah sebuah negeri paling pantas menunjukkan pertumbuhan di Malaysia walaupun KDNK nya pada 2010 hanya merekodkan 2.4 peratus sahaja. Peratusan ini jauh berbeza daripada pertumbuhan KDNK tahun-tahun terdahulu, yang menokok pada 7 peratus pada 2008.
 

Hakikatnya, angka ini adalah yang terendah dalam negara hampir separuh daripada yang kedua terendah, Kelantan dengan 4.1 Peratus. Ketika menyampaikan senario ekonomi bagi Sabah, Ketua Penyelidikan UOB Hay Kian di Malaysia, Vincent Khoo berkata, penyumbang-penyumbang penting dalam ekonomi Sabah terdiri daripada sektor perkhidmatan, perlombongan dan pertanian, dengan industri perkhidmatan menyumbang 50 peratus daripada KDNK.

Sabah merupakan penyumbang keenam terbesar kepada KDNK negara ini, namun KDNK per kapitanya adalah yang kelima terendah selepas Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan. KDNK per kapita Sabah kini berada pada RM17,242, jelas lebih rendah daripada KDNK per kapita negara sebanyak RM27,113.

Khoo berucap di seminar tinjauan Sektor dan Pasaran UOB Kay Hian yang diadakan di Ming Garden Ballroom di sini, Sabtu lalu. Seminar ini, yang bertujuan untuk mendidik klien-klien syarikat broker tersebut, turut memberikan mereka yang hadir strategi-strategi berdagang yang bernilai dan saham pilihan.

"Sabah paling teruk dari segi kemiskinan kerana turut mengambil kira pendatang tanpa izin yang tinggal di dalam negeri. Malangnya, kita semakin menjadi seperti sesetengah negara di mana jurang antara golongan kaya dan miskin menjadi semakin lebar," kata Khoo. Bagaimanapun, Khoo menegaskan bahawa, kerajaan melakukan banyak usaha untuk cuba membasmi kemiskinan dalam negeri dengan Koridor Pembangunan Sabah. Di bawah rancangan itu, kerajaan menggariskan pelbagai strategi untuk menambahkan KDNK per kapita Sabah sebanyak tiga kli ganda dan empat kali ganda KDNK nya menjelang 2025.

Khoo turut membincangkan persoalan hutan negara dan apa maknanya kepada negara keseluruhannya. Membandingkan pengurusan hutan Malaysia dan Amerika, Khoo mengulas bahawa Malaysia tidak perlu melakukan pengurangan kuantitatif seperti AS kerana negara mempunyai lebihan dagangan berjumlah RM80 billion. "Sempadan gentingnya adalah pada 55% KDNK. Buat masa ini, hutang negara kita berada sekitar 53%. Untuk menaikkan had maksimum hutang kita, kelulusan daripada Parlimen diperlukan. Tetapi saya tidak begitu bimbang tentang itu. Ini adalah kerana, walaupun kita mempunyai hutang, KDNK kita turut bertumbuh. Saya sebenarmya menjangkakan kita akan turut berhutang lebih besar disebabkan projek-projek infrastruktur besar seperti projek MRT," kata Khoo.

Khoo sementara itu menyenaraikan lima sektor untuk diperhatikan. Sektor-sektor ini termasuklah, sektor perbankan, pembinaan, pertukaran, penternakan dan perladangan. Beliau turut memberi amaran terhadap syarikat-syarikat berkaitan politik kerana syarikat-syarikat ini mungkin ditangguhkan di pasaran saham atau diletakkan pada jualan dagang.

"Lebih baik mengambil keuntungan daripada GLC dan saham-saham berkaitan politik yang sudah melebihi prestasi YTD nya dan mendorong nilai-nilainya ke paras yang tidak boleh dikekalkan," katanya. Beliau turut memilih syarikat-syarikat telekomunikasi dan sektor penternakan sebagai pemenang-pemenang terbesar untuk separuh tahun kedua 2012.

"Bagaimanapun, bagi bulan Ogos dan September, Klien-klien dinasihatkan untuk berjaga-jaga kerana tempoh ini merekodkan presasi harga negatif dalam tiga daripada lima tahun terakhir dengan purata negatif 3.1 peratus," Kata Khoo. Khoo turut memberikan pandangan umum impak pilihan raya umum ketiga belas yang menjelang tiba ke atas pasaran dan meramalkan pemilihan semula BN. "Bagaimanapun, sekiranya BN kehilangan majoriti mudah, implikasi pasaraya adalah negatif".

Seminar itu dihadiri oleh lebih 250 klien yang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab dengan para penceramah. UOB Kay Hian Security (M) Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai InnoSabah Security Bhd) turut melancarkan portal perdagangan atas talian terbarunya yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti alat-alat pencartaan terbarunya, maklumat lot ganjil dan sejarah harga.

No comments:

Post a Comment