Thursday, August 23, 2012




Emaliza Lizaema

Pelajar yang telah mencetuskan kontroversi dan menjadi buah mulut hangat di kalangan pengunjung laman sosial Facebook menerusi kenyataan beliau "Hai sume...ak nk tnye ni, kt sbh ni ad x lrt? ad x tmpt karaoke? ak jijik ngn tmpt kotor kt sbh ni, yuckss.... ak kne stdy kt sbh bumi pengotor ni... please la.. i x rela u. hidup kt negeri sampah sabah ni, sabah negeri sampah...yuckss..." kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang. 

Datuk James Lagunjang menerusi Daily Express bertarikh 19.08.2012 menyeru kerajaan negeri agar mengisytiharkan seorang pelajar yang menulis kata-kata negatif tentang Sabah dalam Facebook sebagai Persona non Grata (Orang Tidak Dikehendaki). Beliau turut menggesa Ketua Menteri Sabah menggunakan kuasa imigresennya untuk mengisytiharkan pelajar itu, walau siapapun dia, sebagai Personan non Grata. "Pada masa yang sama, gunakan kuasa kerajaan negeri untuk mengusirnya dari Sabah dengan segera kerana memalukan dan menghina rakyat Sabah," Kata beliau. Maka, pengarang beranggapan bahawa, pelajar ini mungkin berhadapan tindakan berat (Buang Universiti) jika apa yang dicadangkan terlaksana.


Isu ini telah menjadi topik hangat di kalangan rakyat Sabah bila mana Rozza Rothman bertindak membuat laporan polis berhubung dengan perkara ini pada 9.08.2012. Memetik kata-kata beliau menerusi Daily Express "Jika penghinaan sebegitu dibiarkan berterusan, ia lambat laun akan menganggu keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum," kata beliau.



Pengarang agak lewat untuk mengulas serba sedikit isu ini, atas sebab kesibukan yang tidak berkesudahan. Melalui pemerhatian yang sempat pengarang lakukan, kini akaun milik pelajar ini telahpun dinyah aktifkan. Kini akaun ini juga telah diplagiat, dan pengarang masih gagal untuk mengesahkan samada kedua-dua akaun ini masih aktif atau telah dinyah aktifkan.


Pengarang turut berusaha menjejaki akaun Twitter Lisa_Rosli93 yang turut mengeluarkan kenyataan yang berbaur penghinaan. Akaun twitter tersebut juga telah dinyah aktifkan seperti mana akaun facebook milik Emaliza Lizaema. 

Twitter: respon daripada rakyat Sabah



Akhirnya usaha pengarang untuk menjejaki akaun terbaru milik pelajar Emaliza Lizaema, telah membuahkan hasil. Namun, akaun tersebut PrincEss DieLa mungkin telah dinyah aktifkan juga seperti mana akaun terdahulu. Sebenarnya pelajar ini telah memohon maaf secara terbuka melalui akaun terbaru beliau sebelum dinyah aktifkan. Berikut merupakan intipati permohonan maaf daripada pelajar tersebut:
Tidak cukup dengan itu, guru kepada pelajar terbabit turut memohon maaf kepada seluruh warga Sabah selaku wakil kepada pelajar tersebut. Beliau mendakwa bahawa akaun facebook milik pelajar ini telah digodam.


Namun timbul persoalan baru daripada pengarang sendiri, Apakah pula bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap beberapa orang individu yang turut memberi ulasan negatif terhadap negeri sabah menerusi status yang didakwa bukan dibuat oleh Emaliza Lizaema. Antaranya termasuklah kenyataan daripada Akmal Akmalisme, Burhan Niza & Eden Firdaus?.



Sebenarnya, isu yang membabitkan penghinaan terhadap negeri Sabah bukanlah yang pertama direkodkan. Namun untuk kes yang membabitkan pelajar Emaliza Lizaema ini, jika tidak silap pengarang adalah merupakan kes pertama di Sabah yang dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan. Menerusi carian yang dilakukan oleh pengarang, pengarang mendapati Luca Lucas merupakan individu pertama yang mengkritik dan mempersendakan negeri Sabah menerusi laman sosial Facebook. Beliau turut dikecam oleh blogger tempatan kerana kenyataan ekstreem terhadap negeri Sabah menerusi akaun facebook beliau sendiri pada September 2010.



Seperti mana pada kebiasaannya, selaku negara yang kaya dengan budi bahasa dan latar belakang sejarah yang diwarnai dengan kepelbagaian suku kaumnya, kenyataan dan permohonan maaf secara ikhlas daripada Luca Lucas (MOHAMMAD SAUFEE B. SEHAT) telah menjernihkan kembali suasana dan keharmonian negeri yang dikritik oleh beliau sendiri.
Link: Kenyataan Maaf Luca Lucas

Secara jujurnya, pengarang amat bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada saudara Ricklee Ricky agar pelajar terbabit tampil dan membuat pengakuan di media massa tempatan dan memohon maaf secara terbuka.. Beliau turut berkata "berani kerana benar, jangan sampai isu ini menjadi parah... ramai yang merantau di Sabah untuk mencari rezeki... adakah anda ingin mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa...?"

Keratan akhbar: Daily Express (19.08.2012)



Isteri Pengarang sendiri berasal daripada Pulau Pinang. Belum pernah lagi wujud tanggapan negatif terhadap negeri Sabah. Apa yang pengarang dengar setiap kali bercakap soal Sabah kepada isteri pengarang adalah, bila lagi nak Honey Moon di Pulau Sipadan, Kundasang, Semporna, mendaki Gunung Kinabalu dan Bla...bla...bla. Jawapan pengarang mudah, ada rezki kita pergila!.... hahahahah.





Share this Article on :

1 comment:

Umrah sabah said...

Salam... tak baik menghina dan merendah-rendahkan orang lain.. boleh jadi yang dihina lebih baik daripada yang menghina..

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.