Senarai 49 perusuh yang dikehendaki polis

Dipetik: Utusan Online





Berikut adalah gambar 49 individu yang dipercayai boleh membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu.
Pihak polis berharap individu yang gambarnya didedahkan ini menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Perusuh Bersih 3.0 dikehendaki polis

KUALA LUMPUR 3 Mei - Jika semalam amaran dikeluarkan, hari ini, polis mengedarkan 49 keping gambar individu yang boleh membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu. Turut diedarkan, beberapa keping lagi gambar kejadian yang berlaku semasa perhimpunan tersebut termasuk kenderaan polis dipecah dan dirosakkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (gambar) berkata, polis berharap individu yang gambarnya didedahkan itu menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. “Berdasarkan penelitian gambar-gambar tersebut, pihak polis memohon kerjasama daripada individu terlibat untuk hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau mereka yang mengenali individu sebagaimana gambarnya disiarkan tampil memberi maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohmad berkata, pihaknya juga merayu orang ramai yang mempunyai maklumat, menyaksi atau terkilan dengan apa-apa tindakan polis semasa proses penyuraian atau tangkapan semasa perhimpunan itu supaya membuat aduan di mana-mana balai polis.

Kata beliau, mereka juga boleh melaporkan perkara itu dengan menghubungi terus Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A (Samseng dan Kongsi Gelap), Asisten Supritendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau melalui e-mel di azmiaziz@rmp.gov.my.

 


No comments:

Post a Comment