Bertempat di Dewan Kuliah Pusat ke 2 UMS, seawal pukul 8 pagi lagi, telah kelihatan orang ramai berpusu-pusu mendaftar untuk menghadiri seminar ini. Malah kalangan hadiri yang hadir juga tidak hanya daripada kalangan blogger tetapi juga siswa/siswi daripada UMS sendiri selaku tuan rumah. Dikhabarkan juga, seminar ini telah di hebahkan di stesen radio tempatan, dengan tujuan untuk mengajak orang ramai tidak hanya pemimpin politik kerajaan, malahan juga daripada pihak pembangkang.
Apa yang menarik perhatian pihak DKM adalah, apabila Datuk Sairin Karno bangkit dengan meluahkan apa yang terbuku di hati beliau. Beliau hairan, mengapa Adam Adli, kerbau tungganggan PKR dibenarkan datang ke Sabah dan menyerahkan memorandum berhubung dengan isu tanah NCR kepada Ketua Menteri. Siapa adam adli sampai mau mengajar kita (orang Sabah) cara untuk mengurus negeri kita. Bagi pengarang selaku pemerhati, memang pendapat Datuk Sairin ini ada kebenarannya.... Layakkah budak hingusan yang hanya mengutip fakta daripada blogger pro pembangkang tanpa sebarang pengalaman, ada hati mau mengajar orang sabah cara untuk mengurus negeri. Kalau diri sendiri pun sudah tidak betul....... janganlah besar hidung mau mengajar orang Sabah cara untuk mengurus negeri... kalau dah terer sangat, Selesaikan dulu isu tanah adat di Kelantan yang telah lebih 20 tahun di tadbir oleh Tok Guru.
Ada dari kalangan panel juga yang menyelar sikap segelintir ahli politik pembangkang, yang hanya tahu mengutarakan fakta dusta berbanding dengan realiti sebenar. Contohnya, ada segelintir mereka mengambil gambar rumah buruk dan letak dalam FB dan mengatakan kepada umum, rumah usang bukti kerajaan menganak tirikan Sabah.... Tapi tidak pula ahli politik pembangkang ini kemukakan fakta kepada umum, tentang jumla sebenar rakyat sabah yang telah mendapat PPR dan berapa pula jumlah rumah PPRT yang telah dibina oleh kerajaan untuk rakyat......
Di sini, pengarang turut ingin menambah satu soalan, sehingga kehari ini, berapa banyak rumah PPRT yang telah dibina oleh kerajaan PR di negeri-negeri yang kini ditadbir oleh pembangkang.... Sory to Say laaaa!!! yang pengarang perhatikan, hanya rumah untuk golongan berpendapatan tinggi sahaja yang banyak dibina berbanding untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah......
Ingatlah ...... MENGATA LEBIH MUDAH DARIPADA MELAKSANA
Ingatlah ...... MENGATA LEBIH MUDAH DARIPADA MELAKSANA
0 Comments