Kejayaan Pakatan: Selangor Jadi Negeri Sampah

Peh.... hari-hari tengok berita, ada ja masalah sampah di Selangor. Naik meluat nak dengan masalah sampah, sampah, sampah... YB Yahudi ni tido ka sebab dah kenyang makan duit rakyat Selangor.




SEJAK kerajaan Selangor menamatkan kontrak perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dari menguruskan perhidmatan pengutipan dan pembuangan sampah di negeri tersebut, semakin banyak rungutan yang diterima dari masyarakat setempat seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati.
Difahamkan masalah ini adalah disebabkan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu seperti mana disebut dalam kenyataan Menteri Besar tapi penulis tidak rasa rakyat peduli dengan soal tersebut, yang mereka tahu sampah perlu dikutip secara berjadual seperti mana sebelumnya.
Walaupun ada talian panas (hotline) yang disediakan kerajaan negeri tapi penulis difahamkan bahawa ia hanya untuk kawasan sekitar Shah Alam sahaja, manakala kawasan-kawasan lain seolahnya terbiar tanpa pembelaan.
Penulis berpendapat jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera, ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seterusnya menjejaskan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kuasa di Selangor.  Tanda-tanda kearah itu sudah semakin banyak dilihat berlaku disana sini sehingga ke tahap mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.
Ini tidak sukar difahami kerana memang rakyat membayar cukai pintu dengan harapan masalah sampah mereka diurus dengan baik.  Kegagalan menguruskannya boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti bau busuk dan masalah kesihatan lain yang mendatangkan rasa tidak selesa oleh rakyat.
Anak syarikat kerajaan negeri Worldwide Holding Bhd yang ditugaskan untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal dari Alam Flora ini dilihat gagal berfungsi seperti mana yang diharapkan.  Memang ketika dibawah pengurusan Alam Flora, pelbagai masalah diutarakan penduduk dan kerajaan negeri sendiri tapi tidaklah sampai ke tahap sekarang.
Keadaan sekarang ini begitu buruk dengan sampah sahaja tidak dikutip sehingga berbulan-bulan!!
Itu baru bercakap masalah sampah, belum lagi masalah longkang dan pembersihan lain seperti pemotongan rumput dan sebagainya.  Salah satu punca banjir kilat melanda Kajang beberapa bulan lepas juga dikaitkan dengan sistem perparitan yang tidak sempurna oleh kontraktor terlibat.
Satu perkara yang TS Khalid dan pengurusan Worldwide perlu faham, selain sebagai sebuah negeri termaju dan terbesar di Semenanjung, Selangor juga adalah negeri yang unik dari segi geopolitiknya.
Masing-masing (Pakatan Rakyat dan BN) berharap untuk mengekalkan/merampas negeri tersebut dari pihak yang satu lagi.  Justeru, Selangor meriah dengan pelbagai aktiviti politik oleh kedua belah pihak hampir setiap malam.
Keadaan ini menyumbang kepada pertambahan bilangan sampah, selain sampah domestik sedia ada.
Rakyat juga membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain dimana Alam Flora dipertanggungjawab untuk menguruskan sisa domestiknya.  Memang ada masalah disana sini tapi tidaklah sampai tidak berkutip langsung.
Ini menunjukkan keputusan kerajaan negeri menghentikan perkhidmatan Alam Flora adalah satu kesilapan dalam membuat keputusan penting mengenai  kesejahteraan rakyat.
Tambah memburukkan keadaan bila UMNO/BN mengambil kesempatan daripada masalah ini untuk memburukkan imej kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di mata rakyat.  Sedang Pakatan Rakyat sibuk menjaja soal rasuah dan penyelewengan sana sini yang belum terbukti benar, masalah sampah di negeri sendiri yang menjejaskan rakyat secara langsung pun tidak boleh diselesaikan, kata mereka.
Penulis berharap TS Khalid mengambil serius masalah ini dan mencari jalan penyelesaian yang sepatutnya sebelum ia menjadi barah yang merosakkan pentadbiran kerajaan negeri.  Kita mungkin berbangga dengan segala macam pencapaian sepanjang mengambil alih kerajaan negeri dari 2008, tapi apalah makna semua itu kalau masalah sampah ini pun tidak boleh ditangani.

No comments:

Post a Comment