DULU AMAH.... KINI PERMAISURI

Jenguk-jenguk akhbar hari ni... terkejut juga bila pagi tadi terdengar berita dekat Sinar FM yang memaklumkan amah indon kini dibayar gaji RM700. Bukan soal gaji yang menjadikan pengarang terkejut, tapi apa yang mengejutkan pengarang adalah, amah indon kini hanya mengkhusus satu kerja untuk upah RM700. So kalau tuan rumah bayar 700 untuk jaga anak, so amah indon ni akan jaga hal2 berkaitan anak ja.... kalau kerja rumah, kerja rumah ja la dia buat... 

Tapi pengarang tertanya2 juga, bagaimana pula bayaran untuk tuan rumah yang anak mereka dibelasah amah indon ala2 gusti ek... apa pula hukuman untuk amah indon yang bawa jantan masuk rumah tuannya ketika tuannya tiada dirumah, dan bagaimana pula bentuk hukuman terhadap amah indon yang melarikan diri daripada tuannya bersama dengan harta benda tuannya?????... adeh... menggaji pun salah, tidak menggaji pun salah






 Dipetik: Kosmo

Amah Indonesia dapat gaji RM700

JAKARTA - Indonesia semalam mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia di mana mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas-tugas berkaitan tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi.
Itulah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini semalam.
Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman berkata, JTF mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment