Dipetik: New Sabah Times
KOTA KINABALU: Lem- baga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan pera- kuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:
“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).
“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Berkenaan dengan cadangan Adun Balung agar kemen- terian mengekalkan dasar 30 peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan swasta, beliau berkata: “Saya telah mengkaji dan sedang men- yediakan kertas cadangan kepada kerajaan dengan mengambil kira pandangan daripada Unit Perancang Ekonomi dengan (UPEN) dan Sabah Housing Real Estate Development Association (SHAREDA) supaya setiap pembangunan perumahan swasta diperuntukkan 30 peratus rumah mampu milik.
“Sekiranya diluluskan oleh kerajaan, dasar ini akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah di kawasan yang dimajukan oleh pemaju swasta di kawasan bandar kelak,” katanya.
18 Comments
Lepas ni batalkan juga siapa2 yang memiliki sijil Anak Negeri tetapi sebenarnya tidak layak untuk mendapatkan status itu.
ReplyDeletemacam mana la si Jimmy ni boleh dapat sijil anak negeri?? patut kena siasat tu..
ReplyDeleteMungkin ada lagi kes pemberian sijil Anak Negeri yang lain tapi masih belum terdedah. Inilah juga salah satu penyebab hak2 bumiputera Sabah semakin terhakis.
ReplyDeleteSince both Jimmy Wong's parents are Chinese and he has not got a drop of Kadazan blood in him, his Anak Negeri Cert should be revoked. Hope that this decision is agreeable with him.
ReplyDeleteI do wonder how Jimmy Wong managed to get the native certificate the first place, maybe he should step up and explain this issue further.
ReplyDeletemmg patut dibatalkan jika tidak sah, tapi kena siasat bagaimana ia boleh memilikinya.
ReplyDeleteBetul kata ferlo itu..Kalau tidak sah buat apa kita luluskan. Seharusnya dibatalkan.
ReplyDeletePerkara yang apa dikatakan ini sememangnya perlu disiasat oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteWow, this is a revelation.
ReplyDeleteNampaknya Jimmy Wong bukan anak jati Sino.Tapi dia tetap dengan pendiriannya.
ReplyDeleteHe will sue the government on this matter. I don't know why.
ReplyDeleteYeah, he seemed eager to take legal action upon this.
ReplyDeleteJimmy Wong should just stop.
ReplyDeleteBagaimana dengan Sino Kadazan/Dusun yg tulin? Memandangkan permohonan utk Sijil Anak Negeri telah dibekukan sejak 1980an, ramai keturunan Sino KDM tidak dapat buat pendaftaran. Ini amat menyusahkan mereka yang ingin tukar milik hak tanah kepada anak anak mereka kerana ada ramai yg masih ada 'siang' dan jabatan tanah perlukan surat anak negeri sebelum dapat mendaftarkan transfer tersebut.
ReplyDeleteBaru tau ini Jimmy Wong
ReplyDeleteBaru tau ini Jimmy Wong
ReplyDeleteMinta anak2 PATI yg dapat sijil lahir sabah pun ditarik balik sijil trsebut sebab kedua2 ibubapa mereka banyak berasal dari selatan flipina sarang pengganas
ReplyDeleteMinta anak2 PATI yg dapat sijil lahir sabah pun ditarik balik sijil trsebut sebab kedua2 ibubapa mereka banyak berasal dari selatan flipina sarang pengganas
ReplyDelete