(PSC); COOLING PERIOD SELEPAS PRU.... ADA RELEVANNYA





1.         Cooling Period selepas kerajaan baru dibentuk
-     PERKEMAS mencadangkan agar SPR mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan tempoh bertenang (Cooling Period) selama tiga (3) tahun kepada semua parti politik samada di pihak parti kerajaan mahupun parti pembangkang untuk bersama-sama membantu membangunkan dan mengambil berat soal kebajikan rakyat selepas PRU.
-     Tempoh bertenang selama tiga (3) tahun ini adalah untuk memastikan calon yang dipilih oleh rakyat turun padang dan menunaikan segala janji PRU yang telah ditaburkan kepada rakyat.

2.         Wujudkan Kod Etika kepada parti yang bertanding
-          SPR digesa untuk mewujudkan suatu kod etika atau hukuman kepada mana-mana parti politik yang mewujudkan kekecohan akibat perasaan tidak puas hati selepas keputusan PRU diumumkan (merujuk kepada parti yang kalah).

3.         Kerusi DUN yang kosong tidak perlu adakan pilihanraya kecil (PRK)
-       Parlimen atau DUN yang kosong akibat kematian calon, tidak perlu diadakan pilihanraya kecil (PRK) kerana ianya akan mengakibatkan pembaziran. Parti yang memenangi kawasan Parlimen dan DUN yang kosong, boleh secara automatik meletakkan calon pilihan mereka sendiri tanpa perlu diadakan satu siri PRK.
-    Cadangan ini adalah terpakai bagi calon parti yang memenangi PRU sebelumnya dengan perbezaan undi majoriti yang besar. Jika perbezaan majoriti undi adalah kecil (mengikut ketetapan SPR setelah diperhalusi), maka SPR boleh mempertimbangkan samada untuk mengadakan PRK kecil untuk memilih calon baru atau sebaliknya.

MP Rasah (DAP): bagaimana pula dengan kes-kes sebelum ini yang mana terdapat calon politik yang melompat parti. Cadangan alternatif MP Rasah (DAP) agar SPR membiarkan sahaja kawasan berkenaan kosong sehingga PRU akan datang.

4.         MP atau YB yang letak jawatan atau melompat parti tanpa alasan munasabah dikenakan hukuman setimpal
-          Cadangan PERKEMAS Sabah agar MP atau YB yang telah dipilih rakyat dan meletak jawatan atau melompat parti agar nama mereka disenarai hitamkan sepanjang hayat dan tidak lagi boleh bertanding. Hukuman ini juga jika diluluskan hendaklah terpakai kepada ahli keluarga kandung yang terdekat kepada calon berkenaan.


5.         Penggunaan dakwat kekal
-          SPR hendaklah memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penipuan atau manipulasi undi oleh pihak tertentu dalam penggunaan dakwat kekal.

6.         Seimbangkan agihan kerusi Parlimen dan DUN
-     PERKEMAS Sabah barharap agar SPR memperhalusi cadangan pertambahan kawasan Parlimen dan DUN yang baru di Sabah

7.         Peraturan mewajibkan rakyat berumur 21 tahun ke atas untuk mengundi
-     PERKEMAS Sabah mencadangkan agar SPR memperkenalkan suatu peraturan baru yang mewajibkan warganegara berumur 21 tahun ke atas untuk keluar mengundi. SPR juga hendaklah mengenakan hukuman tegas ke atas mana-mana ahli atau wakil politik yang cuba menghalang pengundi daripada keluar mengundi.

8.         Tindakan tegas kapada penyebar fitnah
-     PERKEMAS Sabah juga menyarankan agar SPR memperkenalkan suatu hukuman dan peraturan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat berunsur fitnah atau hasutan di mana-mana blog atau laman web.
-    SPR tidak seharusnya dipandang sebagai agensi yang mengendalikan urus tandir PRU semata-mata, tetapi juga bertanggungjawab untuk mendidik rakyat berpolitik secara matang.

9.         Pengundi oversea
-     Peratus rakyat Malaysia yang berada di luar negara adalah kecil berbanding dengan pengundi domestik. PAS Sabah mencadangkan agar SPR memberikan fokus yang lebih kepada pengundi domestik, terutama sekali rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung dan begitu juga rakyat Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Sabah.

10.     Tempoh berkempen selama 21 hari
-         PERKEMAS Sabah tidak bersetuju dengan tempoh kempen selama 21 hari yang dicadangkan oleh aktivis BERSIH 2.0 untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Namun, tempoh berkempen selama 21 hari berkenaan mungkin boleh diterima pakai untuk negeri Sabah dan Sarawak berdasarkan kepada faktor geografi.

No comments:

Post a Comment