<title>Brendan Gan Sertai Sabah | DKM SABAH

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Thursday, November 17, 2011

Brendan Gan Sertai Sabah



Dipetik: Sangkunang
Pemain muda Australia berdarah Nogori Semilan yang pernah mencetus prospek menyarung jersi Harimau Malaya dari Australia, Brendan Gan kini sah kembali ke Malaysia setelah menandatangani kontrak menyertai pasukan Sabah untuk Liga Super Malaysia 2012.

Brendan tiba ke Kota Kinabalu bersama rakan senegara, Michael Baird untuk menggalas tugas sebagai pemain import sekaligus membawa harapan besar SAFA dan seluruh warga Sabahawks untuk mengembalikan era kegemilangan Sabah seperti satu ketika dahulu.
 
Sebut era kegemilangan Sabah dulu kala, negeri di bawah bayu ini boleh dikatakan antara pasukan gergasi dalam saingan liga kita. Merupakan pencabar utama dalam beberapa edisi Piala Malaysia, hampir-hampir menumbangkan Selangor dalam final 96 dimana tahun adalah tahun Sabah menjuarai Liga Perdana 1 (liga tertinggi ketika itu).

Zaman emas Sabah sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sentuhan Australia. Ingat lagi beberapa nama pemain kebangsaan Australia yang pernah menjadi tunjang kekuatan Sang Badak ini. Scott Ollerenshaw misalnya yang sememangnya sehingga kini masih menjadi lagenda buat peminat-peminat tegar Sang Badak. Robbie Mark Gaspar juga tidak terkecuali disamping sentuhan jurulatih dari Australia, Ron Smith yang mengemudi Sabah menjulang kejuaraan liga tahun 1996.

Jadi, tidak hairanlah kedatangan dua awang import dari Australia untuk musim akan datang menjadi cerminan aspirasi pihak SAFA membentuk skuad mantap dan kembali mengungguli saingan liga domestik.

Selamat Maju Jaya buat Sabahawks !!!
 




Post Bottom Ad

Pages