(Berita Dari Sabah) PROGRAM UMNO PRIHATIN PARLIMEN SEPANGGAR 27-29 OKTOBER 2011




Sepanggar - Seramai 60 orang keluarga telah menerima sumbangan melalui Program UMNO Prihatin dengan kerjasama Barisan Nasional Bahagian Sepanggar dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah. Ianya adalah satu program dimana pemimpin tempatan turun sendiri melawat rumah-rumah rakyat sambil memberikan sumbangan. Mereka yang menerima sumbangan adalah terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga emas dan juga golongan miskin yang mana melibatkan 4 buah kampung yang terdiri daripada Kg, Tebobon, Kg. Likas, Kg. Rampayan dan Kg Darau.


Semasa program ini berlangsung, Ketua Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris menegaskan bahawa kerajaan akan sentiasa memberikan keutamaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan melalui program seumpama ini. usaha ini adalah bagi memastikan matlamat dan pendekatan kerajaan untuk mendahulukan rakyat khususnya kepada golongan yang memerlukan. Program ini juga dihadiri oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang juga ADUN N12 Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayib, Beliau berharap lebih banyak pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan, badan swasta dan persatuan-persatuan dan juga jabatan kerajaan yang lain dapat mencontohi usaha JASA.

Menurut Penolong Pengarah JASA Sepanggar, En Fareez Adnan, Program seumpama ini adalah suatu program untuk mendekati rakyat melalui program-program jabatan kerajaan sekaligus merapatkan hubungan di antara kerajaan dengan rakyat. "Program akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang bagi mendekati lebih ramai lagi rakyat terutama mereka yang memerlukan" katanya. Turut hadir bersama beliau adalah Wan Maridah Wan Chomar dan Hertiny Laiman yang juga dari JASA Sepanggar. Selain itu, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Ketua Kmpung Tebobon En Laiman Ginturung, Pemaju Masyarakat Inanam En Sabin Guntaliban serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepanggar yang lain.

Sumber: Email Pembaca

No comments:

Post a Comment