(Berita Dari Sabah) Akhirnya PAS Seaktif yang dijangkakan?


Seperti yang pengarang katakan sebelum ini, Puak2 Pakatan Rakyat hanya aktif menjelang PRU, dan sekarang sudah terbukti melalui beberapa aktiviti puak2 pakatan yang disebarkan melalui Sabahkini dan wkikisabah.

TUN JUHAR, ‘RAJA SABAH’ TANPA DAULAT?




Oleh : MEDIA PAS BATU SAPI
PAS mengingatkan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin supaya menjadi Ketua Negeri yang mempunyai watak dan akhlak professional yang tunduk patuh hanya kepada kehendak Penciptanya iaitu Allah s.w.t. dan membebaskan dirinya dari tanggapan konservatif yang TYT hanya sekadar memberi gelaran bintang kebesaran, menghadiri upacara rasmi dengan disajikan tarian oleh Dayang-Dayang sebagaimana yang dipertontonkan dalam drama dan wayang gambar Melayu.
Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah menekankan bahawa penyempurnaan rukun Islam ke-5 iaitu melaksanakan ibadah haji yang telah selamat dilakukan TYT hendaklah membawa perubahan fundamental kerana perkara-perkara dan perlakuan yang ditegah semasa berada di Mekah mempunyai kesinambungannya di tanah air sendiri. 

“Itulah asas kepada tanda-tanda bahawa fardhu haji seseorang itu diterima Allah s.w.t. Kalaulah seseorang jemaah haji yang balik ke tanah air selepas menunaikan rukun islam ke-5 ini masih dengan perangai lamanya,” kata Haji Hamzah lagi yang kesal dengan perlakuan TYT yang tidak Islamik.

Hamzah dengan tegas menegur amalan songsang TYT yang masih bersalaman tanpa lapik dengan bukan muhrim; masih membiarkan masjid berdindingkan angin; tetap kekal dengan pemberian gelaran bintang kebesaran berdasarkan kepentingan tertentu; membiarkan masjid-masjid dikawal oleh puak sekular yang menghalang tersebarnya dakwah di rumah-rumah Allah; membiarkan pembaziran kekayaan yang diperolehi MUIS hanya dimonopli untuk puak-puak tertentu sahaja.

Sambungan: Klik Di sini








PAS SAMBUT BAIK PEMANSUHAN PPSMI


Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, langkah pemansuhan tersebut dianggap wajar apabila memperlihatkan keadaan masyarakat luar bandar terutama kawasan pedalaman Sabah yang begitu daif dari struktur bahasa dan kemudahan yang banyak mempengaruhi potensi penggunaan PPSMI tersebut

“Keadaan di Sabah terutamanya, boleh dinilai secara mudah. Bagaimana kita mahu meneruskan PPSMI ini sedangkan pelajar-pelajar luar bandar masih lemah penguasaan bahasa Inggeris dan kepakaran guru-guru menguasai PPSMI pun dilihat kurang.

“Lihat sahaja di kawasan pedalaman Sabah yang mana bukan sahaja keadaan sekolah yang usang, malah kemiskinan juga menghantui proses PPSMI tersebut,” katanya.

Sambungan: Klik Di Sini




PAS AGIH DAGING KORBAN DI BATU SAPI
Oleh : KRANGKANG BATRUSI
SERAMAI lebih 50 keluarga di Lupak Meluas, Sandakan telah menerima sumbangan daging korban daripada PAS Batu Sapi yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Haji Hamzah Abdullah sempena Aidil Adha kali ini.
Sumbangan itu merupakan julung kali diterima oleh mereka memandangkan tiada satu pihak pun yang tampil sebelum ini untuk mengambil inisiatif yang sama.
Berucap sebelum menyampaikan sumbangan, Hamzah menegaskan bahawa PAS bersama-sama penduduk kampung hendaklah sentiasa sanggup berkorban untuk sama-sama berjuang mempertahankan kampung daripada dirobohkan; kerana bumi ini adalah milik Allah, bukan pemimpin. Pemimpin sepatutnya membela rakyat dan bukannya menyalahgunakan amanah yang diberi oleh Allah itu.
“Sebagai pemimpin, kita kena tadbir kawasan kita dengan adil. Seperti halnya dengan PAS yang menawarkan keadilan undtuk semua. Tidak kira siapa pun dia, apa pun fahaman politiknya, PAS tetap akan memberikan keadilan,” kata Hamzah.

Sambungan: Klik Di Sini


PAS SOKONG TUNTUTAN MASYARAKAT TIDUNG
OLEH: MEDIA PAS SABAH
“TUNTUTAN agar masyarakat Tidung dikitiraf sebagai Bumiputera Sabah yang dibuat oleh Presiden Kelab Masyarakat Tidung Tawau, Yakub Uton, mendapat sokongan kuat PAS Sabah,” demikian ditegaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj. Hamzah Abdullah.
Kegagalan pemimpin UMNO/BN sejak puluhan tahun bagi memperbetulkan kepincangan ini, kata Haji Hamzah adalah bukti kukuh bahawa mereka tidak serius melaksanakan apa yang mereka gelar sebagai program transformasi negara.
"UMNO/BN memang hebat mencanangkan pelbagai slogan dan tema, tetapi hakikatnya mereka hanya serius melakukan sesuatu perkara jika membawa pulangan jutaan ringgit dalam bentuk habuan yang mereka perolehi," sambungnya lagi.
Masyarakat Tidung dan Brunei adalah penduduk asal Negeri Sabah tetapi kedua-dua suku kaum masyarakat ini dikategorikan sebagai pendatang dan tidak layak mendapat hak sebagaimana dinikmati oleh suku kaum Kadazan, Sungai, Suluk, Bajau, Simunol dan Murut yang dikategorikan sebagai Anak Negeri Sabah

Sambungan: Klik Di Sini


Biasala menjelang PRU ramaila puak2 pakatan yang senyap membisu sebelum ni tiba-tiba menjadi aktif. Itulah politik cermin puak2 pakatan

Sumber: Sabahkini.net

No comments:

Post a Comment