AMEKAW !!! Tun Mahathir pula belasah DAP..

Dipetik daripada: MPP Online


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat DAP untuk mengecilkan jumlah penjawat awam dengan memecat mereka merupakan satu langkah yang tidak wajar.

Namun katanya, DAP perlu menjelaskan terlebih dahulu kaedah yang akan digunakan mereka bagi memastikan kakitangan awam itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, beliau juga pernah mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan semasa pentadbirannya, namun penjawat awam itu diserapkan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan.

‘‘Bila mereka bekerja dengan syarikat, syarikat itu yang membayar gaji mereka, sekali gus kuranglah perbelanjaan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program dari kaca mata Tun Dr. Mahathir Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Dr. Mahathir dalam pada itu menyifatkan jumlah kakitangan awam kira-kira 1.3 juta ketika ini adalah wajar dan seimbang dengan jumlah penduduk Malaysia yang kini berjumlah 28 juta.

Beliau berkata, untuk mentadbir urus negara yang mempunyai penduduk sebanyak itu memerlukan kerajaan untuk meningkatkan jumlah kakitangannya.

Katanya, memberi contoh, kegiatan mencuri hasil kayu di Pulau Langkawi berlaku oleh kerana kurangnya penguatkuasaan berikutan jumlah kakitangan pegawai perhutanan kurang.

‘‘Dahulu masa saya jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia hanya sebanyak 13 juta namun semasa saya berhenti, jumlah itu meningkat sehingga 26 juta. Jadi, takkan kita mahu mentadbir 26 juta rakyat tanpa memerlukan banyak kakitangan,” katanya.

Ulasan Pengarang
Jika DAP berkuasa, dan cadangan ini dilaksanakan, bukankah kerajaan tersebut boleh dianggap sebagai menzalimi rakyat. Kerajaan bertanggung jawab untuk menyediakan dan mewujudkan seberapa banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya, dan bukannya mengurangkan peluang pekerjaan. Hina sangatkah penjawat awam di sisi DAP dan puak2 pakatan rakyat. 

Pembangkang seringkali melaungkan bahawa kerajaan membazir dan gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat yang menganggur, tapi jika kenyataan DAP ini diambil kira, bukankah dengan jelas telah terserlah ketidak cekapan DAP dan Pakatannya mengurus tadbir negara. Jika sekarang mereka sering katakan kurangnya peluang pekerjaan, dan jika mereka mendapat mandat untuk berkuasa, maka mereka akan mengurangkan bilangan penjawat awam, bukankah dengan jelas bahawa tindakan tersebut akan meningkatkan kadar pengangguran??. Bagaimana pula nasib Bumiputra Sabah dan Sarawak jika Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk membentuk kerajaan. 

Kenapa PR sabah hanya berdiam diri. Kalau sudah PR pusat cakap macam tu, jangan mimpi PR sabah mampu untuk mengubah keputusan tersebut, biar dengan air mata darah sekalipun. 

Hakikatnya.... jika PR memerintah Malaysia.... "SABAH AKAN SEMAKIN MUNDUR MESKIPUN SAPP MENYALAK IBARAT SERIGALA SAKIT TEKAK

No comments:

Post a Comment