Friday, October 14, 2011

 

 
PAS mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan semua janji yang dibentangkan menerusi Bajet 2012 Jumaat lalu sebelum membubarkan Parlimen sekiranya ikhlas mahu membantu rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib telah memberikan janji kepada semua lapisan masyarakat menerusi Bajet 2012 dan ia perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
“Dengan kedudukan ekonomi dunia terus muram, dan krisis zon Euro dan kewangan Amerika terus berlanjutan sekali gus menguncupkn pemintaan dan pertumbuhan global, meramalkan pertumbuhan negara sebanyak 5.5 peratus adalah tidak realisitik.
“Juga begitu ramalan defisit fiskal sebanyak 4.7 peratus KDNK sebagai satu yang sukar dicapai, tambahan kerajaan pastinya akan membentangkan bajet tambahan tahun depan,” katanya. 

Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.