LAPORAN POLIS HINA SULTAN SELANGOR



Lima laporan polis dibuat terhadap Prof Kangkung Abdul Aziz Bari kerana didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, sebagai ahli akademik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Mereka mahu Aziz dan Malaysiakini disiasat bawah akta hasutan. Laporan itu dibuat di balai polis seksyen 6 Shah Alam petang ini. Turut membuat laporan Pengerusi Gaps Hamidzun Khairuddin.

Sultan sebelum itu bertitah, siasatan JAIS mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu, Ezam mendakwa, institusi agama dan raja dicerobohi dengan "biadap" oleh Aziz dan Malaysiakini.

"Ini adalah agenda jahat yang terancang. Ini bukan pertama sekali Malaysiakini tampil dengan berita yang merosakkan institusi agama dan raja-raja,"

Katanya, beliau percaya Malaysiakini akan terus menyiarkan berita yang merosakkan institusi negara "setiap minit" dan "setiap saat".

No comments:

Post a Comment