(Berita Dari Sabah) Sabahkini Diserbu pembaca Kerana Artikel "Skandal Di Sebalik Salib Gereja"



Terdapat petikan Sabahkini yang didapati telah menggores pembaca dan pengunjung setianya. Artikel tersebut didapati menyinggung perasaan dan sensitiviti agama berikutan penggunaan Simbol Salib sebagai gambar latar dalam artikel panas bertajuk "SKANDAL DI SEBALIK SALIB GEREJA".

Tinjauan DKM Sabah mendapati, Terdapat beberapa pengarang dan individu yang menuntuk agar Identiti pengirim Artikel "Skaldan Di Sebalik Salib Gereja"  didedahkan dan laporan Polis akan dibuat ke atas penulis artikel berkenaan.

Namun Sabahkini.net dipetik sebagai, tidak akan mendedahkan maklumat penulis sekalipun melalui perintah mahkamah sejajar dengan Akta Perlindungan Saksi, Bill of Guarantee (BOG) dan Kebebasan Akhbar di Malaysia. Sila kemukakan saman atau buat laporan polis berdasarkan paparan artikel Sabahkini.net).

Terdapat juga segelintir pengunjung yang beranggapan peggunaan gambar Salib sebagai gambar latar menggores perasaan dan sensetiviti agama. Pandangan dan komen yang dikeutaran oleh setiap pengunjung juga agak panas dan dikhuatiri mampu menimbulkan ketegangan dikalangan masyarakat sabah yang berbilang agama, bangsa dan budaya.

Pihak DKM berharap agar sebarang penerbitan artikel yang ada menyentuh sensitiviti agama, budaya dan bangsa ditapis terlebih dahulu. Keamanan adalah suatu nikmat yang hanya bernilai bagi mereka yang tahu menghargainya... Janganlah nikmat keamanan yang telah kita kecapi kini tercemar hanya kerana penerbitan artiker yang berbaur keagamaan dan perkauman.


Sekian


Sumber Sokongan: Sabahkini.net

No comments:

Post a Comment