(Berita Dari Sabah) MUSA: Jangan Gaduh, Tumpu Tanggungjawab pada Rakyat





Tuaran; Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menasihatkan parti komponen bergaduh sesama sendiri sebaliknya memfokuskan kepada tugas dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Katanya, semua pihak harus menghentikan segera kata-kata kurang enak antara satu sama lain yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan sedangkan mereka sebenarnya mempunyai hubungan yang baik ketika ini.
"Perkara seperti agihan kerusi sebenarnya, boleh dibawa berbincang. Ini bukan kali pertama kita berhadapan pilihanraya dan seperti sebelum ini, kalau kita duduk berbincang pasti perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah," katanya yang juga dengan mudah," katanya yang juga merupakan pengerusi BN Sabah.
Musa menambah, semua parti komponen mahukan yang terbaik untuk BN tetapi perkara itu hanya boleh dicapai sekiranya mereka menumpukan kepada tanggungjawab dan komitmen mereka kepada rakyat serta bekerjasama antara satu sama lain.
"Jangan terlalu ghairah mahu kerusi lebih atau memikirkan siapa yang dapat kerusi banyak, siapa yang dapat kurang tetapi paling penting sekarang adalah semua pihak mesti bekerja dan berusaha dengan turun padang untuk mengetahui masalah rakyat. "Dengan semangat kekeluargaan yang ada dalam BN, semua parti komponen harus bersatu dan bekerjasama untuk membantu rakyat". "Apabila rakyat tahu yang kita ambil berat tentang keadaan dan masalah mereka, maka sudah tentu BN akan jadi pilihan mereka dalam pilihanraya kelak," katanya pada majlis pelancaran Program Sentuhan Harapan Petronas peringkat negeri, kelmarin.
Tambah musa, kerajaan pentadbiran BN telah merancang pelbagai program untuk membantu rakyat dan menjadi tugas wakil rakyat untuk menjelaskan perkara itu kepada rakyat melalui perkhidmatan dan prestasi mereka.
Mengakui terdapat ramai wakil rakyat BN yang bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat, beliau meminta semua wakil rakyat BN terus berusaha untuk membuktikan prestasi dan perjuangan merekada dalam membantu rakyat.
"Paling penting adalah kerjasama dan budaya saling menghormati antara semua parti komponen untuk memantapkan BN sekaligus menjamin kejayaan besar BN dalam pilihanraya nanti. "Oleh itu, sebagai rakan dalam BN, beliau meminta semua parti komponen sama-sama turun padang untuk mendekati rakyat dan membincangkan tentang kerusi apabila masanya sesuai untuk isu itu diperbincangkan," katanya.


Sumber: Utusan Borneo (Jumaat; 28 Okt 2011)



No comments:

Post a Comment