(Berita Dari Sabah) MASwing mendarat cemas


Kota Kinabalu: Sebuah pesawat MASwing ATR-71 MH3183 milik Penerbangan Malaysia (MAS)membuat pendaratan cemas di Terminal 1, Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini, selepas mengalami masalah tayar.

Pesawat yang membawa 22 penumpang bersama empat anak kapal mendarat pada jam 9:05 pagi selepas terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan menuju ke Sibu dari Kota Kinabalu. Difahamkan bahagian kotak tayar kapal berkenaan dipercayai tidak boleh tertutup sepenuhnya sejurus berlepas dan terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika mendarat di LTAKK.

Tinjauan bagaimanapun mendapati, operasi Terminal 1 dan 2, LTAKK berjalan seperti biasa dan pendaratan cemas itu tidak menjejaskan operasi di kedua-dua lapangan terbang berkenaan. Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mat Nor Amit berkata , semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

"Bomba menerima panggilann pada jam 8:28 yang memaklumkan mengenai masalah itu. kami kemudian bergegas ke LTAKK dan tiba 5 minit kemudian". Sebanyak empat jentera bomba dengan kira-kira 28 anggota selain 2 ambulans bersiap sedia berhampiran kawasan landasan berkenaan" katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Sumber: Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment