(ADUAN RAKYAT SABAH) APA JADI DENGAN PROJEK SMAKK?

Berikut merupakan aduan rakyat yang hanya disebarkan melalui sabahkini.net. Sebagai seorang rakyat yang bertanggung jawab, terpanggil rasa hati untuk menghebohkan keluhan dan luahan hati rakyat yang rasa-rasanya hanya disebarkan melalui sabahkini. Umum sudahpun mengetahui akan status sabahkini.net merupakan aliran media alternatif yang bebas, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk menyebarkan setiap berita yang berupa rungutan dan keluhan rakyat kepada pemerintah dengan mengetepikan aliran dan fahaman politik, demi kesejahteraan negara. Semoga dengan post ini, kita semua akan mendapat jawapan.


Saudara Pengarang,
SEBAGAI ibubapa di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu, Sabah saya ingin merujuk kepada projek ‘Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Yang Mengandungi 6 Bilik Darjah dan Kemudahan Berkaitan’ yang dilaksanakan Nicaria Sdn. Bhd dengan kos RM15.1 juta yang mula dibina pada 15 September 2008.
Mengikut notis pada papan tanda projek, tarikh siap projek penting ini pada Mei 2010, tetapi sekarang sudah Oktober 2011, namun kenapa bangunan berkenaan masih tidak dapat digunakan sehingga kini?
Kelewatan penyiapan projek ini sangat dikesali kerana dalam keadaan kerajaan menyatakan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan’, keadaan bangunan di sekolah ini tidak selamat; keperluan kepada bangunan yang dibina oleh Nicaria Sdn. Bhd sangat kritikal.
Kelewatan berkenaan telah mengakibatkan ketidak selesaan para pelajar, wang rakyat dibazirkan kerana belanja telah dikeluarkan tetapi bangunan masih tidak dapat digunakan.
Mohon kepada pihak berwajib yang bertanggungjawab, terutama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran agar memberi perhatian dan menyelesaikan isu ini sebelum pilihanraya umum akan datang.
SPRM juga sewajarnya menyiasat kerana kelewatan ini mungkin terjadi akibat Projek ‘Top-Up’ sehingga kontraktor utama gagal menyiapkan projek penting ini kerana terlalu banyak komisyen yang perlu dibayar.
Salam Hormat,

IBUBAPA KESAL



No comments:

Post a Comment