Kerajaan PKR Selangor membazir guna dana RM1 juta bantah daftar pengundi

 


Beginila kerajaan pakatan HAPRAK yang dikatakan cekap, tulus dan efektif... kalau kerajaan melancarkan apa jua projek pembangunan dan pada masa yang sama memperjuangkan kebajikan rakyat, mereka akan menentang dan mengatakan itu projek yang membazir la, untuk kroni2 UMNO la, dan berbagai lagi NGO milik mereka yang berselindung dan mendapat pembiayaan daripada kerajaan pembangkang dan dana daripada yahudi akan menyuarakan pantahan...

1 juta duit rakyat digunakan untuk kepenting politik sempit pakatan haprak, hanya semata-mata untuk memelihara kelangsingan politik milik mereka... apa yang menghairankan kenapa pula mereka tidak menggunakan peruntuk tersebut untuk membantah usaha menggerakkan penggundi yang dilakukan oleh DAP ke kawasan milik melayu yang mempunyai bilangan pengundi dalam julat 50% Melayu dan 45% cina... yang itu dorang senyap... Pakatan hampar boleh pula menggerakan penggundi2 hantu mereka... hairan bin ajaib



KUALA LUMPUR 4 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggunakan dana rakyat untuk membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baharu.


Menurut mereka, sepatutnya bantahan yang dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menggunakan wang parti politik.


Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan tersebut merupakan satu pembaziran kerana dana rakyat seharusnya digunakan untuk tujuan pembangunan negeri bukannya bagi kepentingan politik.


"Tindakan tersebut dilihat hanya sebagai gimik politik. Jika mereka berasa sistem daftar pemilih yang ada sekarang tidak telus, mengapa tidak bantah dari dulu dan saya lihat mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, PKR Selangor kini telah jauh menyimpang dari landasan politik sebenar kerana dilihat menggunakan kuasa pemerintahan yang ada secara sewenang-wenangnya.


"Saya lihat perkara ini sebagai satu salah satu cara untuk mengalihkan pandangan dan fokus rakyat terhadap kelemahan mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.


Sementara itu Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berpendapat, tiada salahnya kerajaan PKR Selangor membuat keputusan menyediakan dana untuk membuat bantahan itu bagaimanapun ia mestilah menggunakan wang parti.


"Mereka boleh menyediakan dana tetapi bukan dengan cara menggunakan wang rakyat kerana ia seharusnya digunakan untuk tujuan lebih berfaedah termasuk kebajikan dan rancangan pembangunan negeri," katanya.


Sementara itu, Presiden Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan PKR Selangor menyediakan dana kepada rakyat di negeri itu sebagai sesuatu yang wajar.


"Biarpun duit yang mereka gunakan adalah duit rakyat di negeri itu tetapi ia digunakan untuk membantu kepentingan rakyat yang hendak membuat bantahan dan tidak semestinya dana disediakan oleh parti yang memerintah," katanya.

No comments:

Post a Comment