KENAPA BUNG TERLALU SAYANG PENGARAH JABATAN AIR (JANS) SABAH?


Jabatan Air (JANS) Sabah sekali lagi menimbulkan suasana panik dan marah di kalangan rakyat Sabah. JANS pada 11 November 2021 yang lalu, telah mengeluarkan Notis Gangguan Bekalan Air. Berdasarkan notis berkenaan, gangguan bekalan air dijangka berlaku untuk 1 hingga 3 hari, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, dimana gangguan bekalan air telah berlanjutan untuk tempoh seminggu. Gangguan bekalan air untuk kawasan sekitar Sepanggar telah berlarutan sejak bulan Jun 2021 lagi.

Pelbagai pihak telah meluahkan kekecewaan berhubung dengan gangguan bekalan air yang semakin kerap sejak JANS dipimpin oleh Pengarah baharu lantikan Warisan (Ir Edward Lingkapo), menggantikan Amarjit Singh yang juga lantikan Parti Warisan Sabah. Untuk rekod, kedua-dua individu berkenaan pernah terpalit dengan skandal rasuah.

Portal Sabahkini2 mendedahkan bahawa SPRM pernah menahan reman beliau (Ir. Edward Lingkapo)  selama empat (4) hari untuk siasatan berhubung Projek Infrastruktur JKR ketika beliau (Ir Edward Lingkapo) menjawat jawatan Timbalan Pengarah JKR (Jeraya).

Pelbagai pihak mendesakan dan merayu campur tangan Ketua Menteri Sabah (DSP. Hj Hajiji Noor). Menurut sumber yang rapat dengan Ketua Menteri Sabah, beliau (DSP Hajiji) dikatakan tidak dapat campur tangan berhubung dengan isu pemecatan Pengarah JANS (Ir Edward) kerana hal berkenaan berada di bawah bidang kuasa Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Menteri Kerja Raya Sabah.

Buktinya, atas arahan DSP Bung Moktar Radin JANS Sabah telah mengadakan mesyuarat tergempar (18 November 2021) setelah video penghuni UUC memarahi pihak pengurusan UUC2, tular di media sosial sejak minggu lalu.


Antara yang lantang mendesak agar Pengarah JANS meletak jawatan atau dipecat termasuklah Datuk Yaakub Khan (Adun UMNO N.16 Karambunai). Menurut beliau, “masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini, namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tindakan serius dan segera JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan”.


Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera seterusnya menyelesaikan isu ini yang telah berlarutan selama enam (6) bulan iaitu sejak pelaksanaan PKP lagi (Jun 2021). Air merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup selain untuk kegunaan seharian seperti mandi, basuh kain dan sebagainya. Kerajaan Negeri mahupun Menteri bertanggungjawab seharusnya bertindak segera untuk mengatasi masalah ini. 

PECAT SEGERA Pengarah JANS lantikan Warisan atau rakyat yang bakal menghukum kealpaan kerajaan kini.


Rujukan:





No comments:

Post a Comment