BAJET 2022

KOTA KINABALU (29 OKTOBER 2021): Kerajaan negeri mengalu-alukan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebagai inklusif tanpa meminggirkan mana-mana sektor dan tiada mana-mana pihak tertinggal ketika negara terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata Bajet Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera berjumlah RM332.1 billion itu adalah yang terbesar kerana tahun depan dijangka menjadi tahun pemulihan bagi semua sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik itu.


“Peningkatan peruntukan kepada RM5.6 bilion bagi pembangunan kemudahan asas, infrastruktur, bekalan air dan elektrik serta penjagaan kesihatan kepada Sabah adalah satu berita baik,” katanya. Ketua Menteri berkata Sabah menghargai keprihatinan berterusan kerajaan Persekutuan terhadap keperluan negeri ini dengan mencadangkan RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri turut mengalu-alukan cadangan peruntukan RM746 juta itu, dengan sebahagian besar daripadanya adalah untuk 112 projek menaiktaraf sekolah usang di Sabah. Turut disambut baik ialah jaminan bahawa projek infrastruktur bernilai RM3.5 bilion, termasuk Lebuhraya Pan Borneo diteruskan tahun depan.

Cadangan pelepasan cukai dan insentif untuk pelbagai sektor dalam Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan melengkapkan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya. “Kita melihat Bajet 2022 sebagai melengkapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan kita menyambut baik cadangan peruntukan untuk Sabah pada tahun depan,” katanya selepas memantau pembentangan Bajet 2022 di Menara Kinabalu, pada Jumaat.


Hajiji turut menyambut baik subsidi RM309 juta yang terus disediakan untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak. Cadangan mewujudkan kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pagulungan amat membantu dalam memperkukuhkan lagi keselamatan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia, katanya.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga