Ehsan: FB Hajiji Noor
Kerja-kerja membaik pulih, pembersihan dan pengagihan bantuan di kawasan Penampang yang terjejas dengan bencana banjir.
Selepas kejadian banjir yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Penampang, saya telah mengarahkan dengan kadar segera semua agensi untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.
Pembersihan dan pembaikan kawasan tanah runtuh sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi yang lain. Beberapa jalan raya yang terputus akibat kerosakan juga sedang diselenggara bagi memudahkan laluan keluar masuk di kawasan yang terlibat.
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah diarah melakukan pembaikan dan penyambungan bekalan air paip yang banyak rosak dan terputus akibat bencana ini. Alhamdulillah kebanyakan bekalan air sudah dipulihkan dan Jabatan Air Negeri Sabah juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan tekanan air mencukupi.
Berkenaan dengan kerosakan tiang-tiang dan sambungan wayar elektrik, saya telah mengarah pihak SESB untuk membuat kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan adanya bekalan elektrik demi menjamin keselamatan penduduk kampung kerana banyak wayar sambungan yang tercabut dan terjatuh akibat bencana ini.
4,000 bakul makanan sedang diagihkan kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Bebebapa penduduk telah menerima bantuan ini antaranya daripada Kg Suok, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Ramayah, Kg Terawi, Kg Tinduzon, Kg Baru Penampang, Kg Kuai Kandazon, Kg Kivatu dan Kg Penampang Proper. Insya Allah kita akan terus mengenal pasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan ini.
Aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah, dewan, sekolah dan lain-lain bangunan akan diteruskan. Insya Allah, pasukan-pasukan yang terlibat akan mengadakan pembersihan rumah-rumah yang terlibat esok di Kg Sugud dan akan meneruskan aktiviti pembersihan ini di Sekolah Kebangsaan Sugud pada hari Isnin.
Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Penampang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan YB Senator Datuk John Ambrose untuk menyelaras dan memantau keadaan gerak kerja di kawasan ini sepanjang masa.
Terima kasih kepada semua agensi -agensi kerajaan, badan-badan NGO, pimpinan-pimpinan parti politik dan orang awam yang bersama-sama dengan kita dalam mengurus bencana ini. Kita akan memastikan perkara-perkara yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga
0 Comments