BANJIR PENAMPANG

Sabah telah dilanda hujan lebat dan angin kencang pada 15 September 2021 yang berpunca daripada Monsun Timur Laut (MTL). MTL bagi tahun ini dijangka berlaku pada awal November hingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak. MTL yang berlaku saban tahun ini, membawa bersama hujan lebat, angin kencang dan ribut petir. Secara kebiasaanya hujan lebat ini akan berlangsung lebih daripada 3 jam, dan kawasan-kawasan rendah akan terdedah dengan risiko banjir kilat.


Kejadian bajir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Pantai Barat Sabah pada 15 September 2021 yang lalu yang berpunca daripada hujan lebat dan ribut petir berlanjutan sehingga lebih daripada empat (4) jam, menyebabkan sebahagian besar kawasan sekitar Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Putatan dan Papar dilanda banjir kilat. Fenomena banjir yang berpunca daripada hujan lebat, merupakan kejadian bencana alam yang tidak dapat dielakkan khususnya di Kawasan Pantai Barat Sabah. Namun, hujan lebat dan ribut petir yang berlaku baru-baru ini merupakan antara yang terburuk hingga tempiasnya turut dirasai khususnya di kawasan rendah dan kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan lereng bukit.

BANJIR KILAT PENAMPANG

Ini merupakan kejadian banjir kedua dalam tempoh kurang sebulan, yang berpunca daripada fenomena alam (Monsun Timur Laut) dengan kejadian banjir pertama berlaku pada 03 September 2021 yang turut mengorbankan dua (2) nyawa (pemandu dan penumpang perodua Myvi – Jalan Kionsom Lama, Inanam) dan kejadian tanah runtuh yang turut memusnahkan fasiliti kesihatan Queen Elizabeth Hospital 1 (QEH1) iaitu stor simpanan ubat-ubatan KKM di Kampung Kopungit Kota Kinabalu. 


QEH1

Hujan lebat kali ini (15 September 2021) tidak hanya menyebabkan banjir kilat, bahkan juga melibatkan kejadian tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang jauh lebih teruk berbanding dengan kejadian banjir tahun sebelumnya. Malah lebih menyayat hati, malapetaka alam yang berlaku kurang sehari sebelum sambutan Hari Malaysia (16 September 2021), telah meragut tiga (3) nyawa dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kg. Madsiang Penampang. Malah hujan lebat akibat Monsun Timur Laut (MTL) berkenaan turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar Putatan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir telah digenangi air.


Bersempena dengan lawatan YAB Perdana Menteri (DSP Ismail Sabri Yaakob), PM telah meluangkan masa melawat beberapa kawasan terlibat banjir termasuk kawasan tanah runtuh yang meragut nyawa. Dikesempatan itu, PM turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa terlibat. Malah keluarga yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh turut menerima bantuan awal daripada komponen GRS dan NGO yang bertindak pantas menghulur bantuan. YAB PM yang simpati dengan apa yang menimpa mangsa terlibat banjir telah membuat empat (4) pengumuman penting iaitu,  peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM18,241,250 dari Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada Negeri Sabah, kenaikan Bantuan Wang Ihsan dari RM500 ke RM1,000, Peruntukan Perbelanjaan Operasi dalam MTL 2021/2022 berjumlah RM9.5 juta yang akan disalurkan dari KWABBN dan membangunkan platform eSumbangan NGO bagi melancarkan pengagihan bantuan dari NGO dan penderma.

ismail sabri

Disebalik keprihatinan yang ditunjukkan dengan beberapa pengumuman YAB PM yang bertujuan untuk meringankan beban mangsa bencana alam yang terlibat, wujud usaha pihak berkepentingan politik sempit untuk memanipulasi keprihatinan tersebut. Antara isu yang sengaja ditimbulkan adalah, perbandingan antara peruntukan RM78 juta untuk fenomena kepala air Gunung Jerai di daerah Yan dan Kuala Muda Kedah dan RM18.2 juta pengurusan bencana di Sabah.

Sabah hanya dapat RM18.2juta?
Kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh Pemimpin dan cybertrooper Warisan adalah berkenaan dengan peruntukan yang tidak setara dengan memainkan sentimen banjir di semenanjung (Yan Kedah) menerima Bantuan RM78 Juta dan Sabah hanya menerima RM18.2 juta. Lebih teruk dari itu, ada juga yang membandingkan keluasan negeri Kedah dengan Sabah dalam mengukur kewajaran bantuan yang dihulurkan kepada kerajaan Sabah dalam mendepani kejadian bencana alam yang berlaku di Sabah. 

Berikut antara fakta yang perlu difahami oleh ahli WarisanPlus termasuk pemimpinnya;

RM18.2 Juta yang diumum oleh YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk Sabah adalah peruntukan awal kepada Sabah bagi melancarkan proses pengurusan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara. Ia adalah PERUNTUKAN AWAL dan bukannya PERUNTUKAN KESELURUHAN (kerosakan harta benda, kediaman dan kerosakan infrastruktur). Peruntukan awal RM18.2 juta untuk negeri Sabah adalah peruntukan merangkumi;
1. RM160,000: Perolehan 2,000 unit Kit Makanan 
2. RM961,250: Pembelian 2,500 unit C-Tent 
3. RM20,000: Pengurusan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri 
4. RM1,100,000: Pengurusan operasi di 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana
5. RM16 juta: Pengurusan operasi Covid-19 di Sabah. 

Proses penilaian kerosakan ke atas harta benda dan infrastruktur yang terkesan semasa banjir sedang dilakukan oleh agensi terlibat. Ia perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan duit rakyat dan bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada penerima yang benar-benar terkesan akibat kejadian bencana alam tersebut.  Arahan No. 20 (Semakan Semula) Dasar dan Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah terpakai dalam Pentaksiran kerugian. 

Perkara 7 Bidang Kuasa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD): Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian di Peringkat Negeri sekiranya perlu bagi tujuan taksiran kerugian dan Pemulihan yang diakibatkan oleh Bencana.

Perlu diingat proses penilaian kerosakan dan kemusnahan harta benda perlu dilakukan dengan teliti. Malah terdapat beberapa kawasan yang masih digenangi air akibat limpahan air hujan khususnya di kawasan-kawasan sekitar Putatan yang dikatakan berpunca daripada projek Pan Borneo menyebabkan kelewatan dalam proses pentaksiran kerosakan harta benda.


Memahami keperitan dan kesusuhan yang dihadapi rakyat khususnya di negeri-negeri (Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak) yang terlibat Monsun Timur Laut (MTL), YAB Perdana Menteri turut bermurah hati mengumumkan;
1. Menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

2. Peruntukan Perbelanjaan Operasi Dalam MTL 2021/2022 juga akan disalur menggunakan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara berjumlah RM9.5 juta bagi membantu kelancaran proses dan memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.

3. Pembangunan Sistem e-Sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada mangsa bencana.


Peruntukan awal adalah berbeza dengan peruntukan RM78 juta akibat fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai di daerah Yan dan Kuala Muda Kedah (20 Ogos 2021), kerana RM78 juta yang diumumkan selang beberapa hari selepas kejadian fenomena kepala air adalah peruntukan yang diumumkan setelah melalui proses penilaian dan taksiran kerosakan oleh pelbagai agensi kerajaan bertanggunjawab. Alokasi peruntukan RM78 Juta merangkumi;
1. RM5 juta membaiki dan naik taraf sistem saliran sepanjang 27 kilometer
2. RM23 juta Pembinaan dua (2) jambatan baharu 
3. RM3 juta peruntukan kepada KPLB bagi membaiki rumah mangsa terjejas akibat tragedi 
4. RM20 juta peruntukan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk pembinaan    Empangan Sabo
5. RM2 juta menaik taraf saliran Loji Rawatan Air (LRA) Gurun dan Tupah 
6.   RM22 juta peruntukan untuk pembaikan kemudahan pihak berkuasa tempatan (PBT), sektor pelancongan desa, membaiki sistem bekalan air masyarakat dan kerosakan kawasan tanaman padi serta pelbagai infrastruktur kecil lain. 


Kejadian fenomena kepala air yang berlaku di Yan Kedah pada 20 Ogos 2021 merupakan bencana alam yang tidak hanya menyebabkan kerosakan teruk kepada harta benda, bahkan juga infrastruktur jalan raya dan kerosakan fasiliti di pusat peranginan yang terdapat di sekitar kawasan terlibat. Berkenaan peruntukan segera, untuk rekod peruntukan RM78 juta bukanlah peruntukan segera tapi sebenarnya merupakan peruntukan yang diumumkan setelah melalui proses penilaian kerosakan oleh agensi bertanggungjawab. Jika ianya peruntukan segera, PM tidak perlu untuk mengumumkan peruntukkan tersebut seminggu selepas kejadian kerana ia boleh dilakukan sehari selepas kejadian tersebut sepertimana peruntukan bernilai RM18.2 juta yang diumumkan ketika beliau tiba di Sabah. 

Warisan Hero Tidak Bertempat
Seharusnya pemimpin dan ahli WarisanPlus kurangkan bermain politik khusunya ketika rakyat ditimpa dengan musibah seperti yang berlaku kini. Kerajaan GRS bukanlah kerajaan One Man Show seperti WarisanPlus. Sebelum mengkritik, WarisanPlus perlu sedar, apakah mereka benar-benar kerajaan terbaik ketika berkuasa? Mungkin WarisanPlus terlupa akan janji yang pernah ditabur kepada mangsa bencana alam termasuk perilaku dan tindakan pemimpin WarisanPlus melayani rakyat yang ditimpa musibah seperti banjir dan kebakaran.

RINDU ZAMAN WARISAN?

Kesimpulannya, bacalah dan fahami intipati sesuatu berita yang cuba disampaikan. Perlu fahami apa yang dimaksudkan Peruntukan Awal (banjir di Sabah) dengan Peruntukan yang telah melalui proses pentaksiran dan penilaian oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab (Yan, Kedah). Peruntukan keseluruhan kerosakan harta benda dan infrastruktur perlu dilakukan dengan teliti dan rakyat akan mengetahui jumlah sebenar setelah kerja-kerja pentaksiran dan penilaian selesai.


RUJUKAN
[1] HMetro: Pemandu Perodua Myvi masih hilang, penumpang ditemukan lemas, 04 September 2021.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/750838/pemandu-perodua-myvi-masih-hilang-penumpang-ditemukan-lemas

[2] MKini: Kerajaan naikkan bantuan wang ihsan bencana kepada RM1,000, 16 September 2021.
https://www.malaysiakini.com/news/591614

[3] Sinar Harian: Salur lebih RM18.24 juta pengurusan bencana Sabah, 16 September 2021.
https://www.sinarharian.com.my/article/161783/BERITA/Nasional/Salur-lebih-RM1824-juta-pengurusan-bencana-Sabah

[4] Sinar Harian: Peruntukan segera RM78 juta baik pulih kawasan bencana di Kedah, 23 Ogos 2021.
https://www.sinarharian.com.my/article/157193/BERITA/Nasional/Peruntukan-segera-RM78-juta-baik-pulih-kawasan-bencana-di-Kedah

[5] Bharian: Tiga maut tanah runtuh di Penampang, 15 September 2021.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/09/864601/tiga-maut-tanah-runtuh-di-penampang

[6] Astro Awani: Tanah Runtuh: Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth dikosongkan, 05 September  2021.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-runtuh-lima-bangunan-berisiko-di-hospital-queen-elizabeth-dikosongkan-317966
full-width
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga