Ketua Menteri Sabah Adakan Interaksi Secara Maya Bersama 241 Orang Pelajar Cemerlang 2020

SIDANG MAYA KM DENGAN PELAJAR CEMERLANG SABAH
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berinteraksi bersama 241 pelajar yang diadakan secara maya pada majlis Ketua Menteri bersama Pelajar Cemerlang SPM 2020 di Pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu, hari ini (18 Jun 2021).


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berpeluang berinteraksi bersama 241 yang diadakan secara maya, pada Majlis Ketua Menteri bersama Pelajar Cemerlang SPM 2020 di Pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini. 

Ketua Menteri yang menyifatkan mereka sebagai hebat, turut mengambil peluang itu merakamkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar cemerlang itu dan berharap mereka akan meneruskan pelajaran hingga ke tahap lebih tinggi sekali gus mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. 

Pada majlis itu, Hajiji turut menjawab soalan yang dikemukakan beberapa pelajar termasuk berkaitan pengalaman manis dan pahit sebagai ketua menteri, isu semasa berkaitan hala tuju pimpinannya dan usaha kerajaan membantu pelajar di negeri ini. 

Beliau turut menjelaskan bahawa lebih banyak lagi usaha akan dilaksanakan kerajaan terutama dalam pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat kerana mereka adalah tenaga yang penting untuk membangunkan negeri ini. 

Antara bantuan untuk membantu pelajar di negeri ini ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), iaitu pemberian tunai RM2,000 secara one-off kepada pelajar yang layak; Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) sebanyak RM200 secara one-off kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 

Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) membabitkan 10,000 komputer riba yang akan diagihkan mulai Julai ini dan terbaharu ialah Tabung Pendidikan Negeri Sabah, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Majlis itu adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan taklimat berkaitan tajaan biasiswa turut diadakan oleh Petronas, secara maya.

#pkp2021
#pkp
#COVID19
#wawa
#wahir
#sjrkepayan
#MCO3
#kitajagakitastaysafe
#kitapastimenang
#PKPchallenge
 #HajijiNoor

No comments:

Post a Comment