"ASSALAMUALAIKUM"

Memandangkan enjin carian terhadap kata kunci "JUMLAH PENERIMA BRIM 2.0 DI SABAH" bermula dari tarikh BR1M mula diagihkan (Bulan Februari 2013) kepada rakyat di seluruh negeri Sabah untuk kelompok pertama (1) menunjukkan peningkatan, maka di sini DKM kupilkan senarai penerima BR1M yang diperolehi daripada Laman Sesawang milik Kerajaan Negeri Sabah

Daripada jumlah tersebut, seramai 224,413 orang (Sila perbetulkan jika silap) rakyat di Negeri Sabah layak untuk menerima bantuan tersebut. Pecahan agihan yang diperolehi daripada laman sesawang kerajaan negeri adalah mengikut DUN (Dewan Undangan Negeri).

INGAT!!!!
Wang tersebut adalah hak anda sebagai rakyat. Tidak wujud lagi kes atau aduan daripada penerima yang mana mereka dipaksa undi kerajaan ketika terima BR1M. Ini hak anda, wang anda, anda nak ambil atau tidak...itu juga hak anda. Kalau rasa benci kerajaan sekali pun, ambil saja wang itu, dan jika tidak berminat untuk menggunakan wang tersebut... sedekah kan saja wang tersebut ke rumah-rumah kebajikan, tabung bersamamu TV3, tabung Save GAZA, atau boleh juga ada sedekahkan kepada jiran tetangga yang lebih susah dan daif daripada anda. Kurang-kurang dapat juga pahala. Kerajaan memberi dan seharusnya rakyat merasa... Undi hak anda bukan hak parti, kalau rasa ini kerajaan terbaik yang pernah anda rasa hasilnya selama anda hidup, maka undila apa yang sepatutnya.

Jumlah penerima berserta senarai nama penerima. Sumber Sabah.Gov
Parlimen P167 Kudat 
N01 Banggi: 3448 
N03 Pitas: 3842
Jumlah: 11,850

P168 Kota Marudu
N05 Tandek: 6971
Jumlah: 13,266

P169 Kota Belud
N08 Usukan: 1912
Jumlah: 11,851

P170 Tuaran
N11 Kiulu: 966
Jumlah: 14,901

P171 Sepanggar
N13 Inanam: 5781
Jumlah: 8,712

P172 Kota Kinabalu
N14 Likas: 8488
N16 Luyang: 1841
Jumlah: 16,069

P173 Putatan
N17 Tg Aru: 1891
Jumlah: 6,259

P174 Penampang
N20 Moyog: 2758
Jumlah: 8,008

P175 Papar
N21 Kawang: 5187
N22 P. Manis: 2758 
Jumlah: 7,945

P176 Kimanis
Jumlah: 3,010

P177 Beaufort
N25 Klias: 5636
Jumlah: 8,466

P178 Sipitang
Jumlah: 5,263

P179 Ranau
Jumlah: 9,984

P180 Keningau
N34 Liawan: 6235
Jumlah:  13,612

P181 Tenom
Jumlah: 7,504

P182 Pensiangan
N37 Sook: 5206
Jumlah: 8,636

P183 Beluran
N39 Sugut: 4603
N40 Labuk: 2937
Jumlah: 7,540

P184 Libaran
Jumlah: 7,798

P185 Batu Sapi
N43 Sekong: 3015
Jumlah: 4,834

P186 Sandakan
Jumlah: 7,760

P187 Kinabatangan
N47 Kuamut: 5012
N48 Sukau: 1569
Jumlah: 6,581

P188 Silam
N49 Tungku: 1510
N51 Kunak: 2001
Jumlah: 9,917

P189 Semporna
N54 Bugaya: 1641
Jumlah: 7,724

P190 Tawau
N55 Balung: 2929
N56 Apas: 4419
Jumlah: 10,400

P191 Kalabakan
Jumlah: 6,523

JUMLAH PENERIMA BR1M 2.0 bagi Negeri Sabah adalah: 224,413 Orang. 

Antara masalah yang dikenal pasti dan keluhan yang datang daripada rakyat sepanjang sesi pengagihan BR1M di seluruh Sabah termasuklah;
1. Kaunter yang disediakan oleh pihak terlibat untuk tujuan semakan dan pengambilan baucer BR1M (Hanya sesetengah tempat sahaja - di mana jumlah penerimanya adalah ramai)

2. Ada penerima yang telah datang seawal pagi, namun tidak tersenarai sebagai penerima kelompok pertama. Penerima disarankan untuk balik dan datang semula pada sesi/ kelompok penerima kedua.
- Masalah ini akan menyukarkan rakyat yang tinggal jauh di pedalaman. Lagi menyukarkan jika penerima terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk datang ke pusat penerimaan BR1M yang terdekat. Masalah ini amat menyukarkan penerima daripada golongan OKU dan warga emas yang hidup sebatang kara.

3. Agensi Perbankan mempunyai kouta tertentu dalam sehari untuk menunaikan baucer BR1M. Ada sesetengah tempat, setelah penerima menerima baucer masing-masing mereka juga boleh menukar baucer tersebut kepada wang tunai ditempat yang sama. Masalah yang wujud adalah, wang yang tersedia adalah terhad. Penerima adakalanya terpaksa pergi ke bank terdekar untuk menunaikan baucer tersebut. Namun, masalah serupa juga berlaku seperti mana yang berlaku di pusat-pusat penerimaan baucer BR1M tersebut, yang mana bank juga ada had/ kouta tertentu dalam sehari untuk menunaikan baucer tersebut. Maka sekali lagi masalah ini menyukarkan penerima BR1M. Mungkin warga emas dan OKU perlu diberi sedikit keistimewaan dalam situasi sebegini.

4. Kekeliruan antara alamat kediaman, tempat mengundi dan tempat mengambil baucer BR1M 2.0. Masalah ini memang wujud dan yang paling nyata adalah, masalah yang berlaku di antara Parlimen P175 Papar dan P176 Kimanis. Jika anda perhatikan, di DUN N24 Membakut hanya terdapat seorang penerima sahaja. Menurut maklumat yang diperolehi, ada penerima yang tinggal di sekitar DUN N24 Membakut terpaksa hadir ke pusat-pusat pengagihan BR1M di daerah Papar kerana nama mereka berada di Daerah/ Parlimen P175 Papar.
- Masalah ini dipercayai berlaku bukan atas kesilapan pihak LHDN semata-mata, tapi juga penerima kerana pengarang sendiri mengalami masalah tersebut. Ketika penghantaran borang BR1M, jika anda perasan, kerani-kerani yang mendaftarkan BR1M di LHDN akan mengajukan soalan "Di mana mau ambil BR1M". Jika anda ditanya oleh kerani tersebut maka pengarang yakin masalah sebegini tidak akan berlaku. Namun jika kerani tersebut tidak menanyakan soalan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklukan kerani tersebut jika alamat dalam I/C tidak sama dengan alamat kediaman sekarang. Adalah tidak releven untuk anda yang tinggal di KK tapi dalam I/C menggunakan alamat Keningau dan terpaksa kembali ke Keningau hanya semata-mata untuk mengambil baucer BR1M anda.

Cadangan:
Mungkin di masa akan datang, pengagihan BR1M kepada rakyat seharusnya melibatkan lebih banyak agensi-agensi kerajaan seperti Kemas ke, Jabatan Kebajikan ke, YB kawasan ke dan lebih elok jika melibatkan pemimpin-pemimpin di peringkat kampung dan mukim (iaitu dalam skop yang lebih kecil). Jabatan kebajikan seharusnya dilibatkan kerana, pengarang beranggapan hanya Jabatan kebajikan ada senarai penerima bantuan untuk warga emas, Oku dan miskin. Jadi inilah masanya untuk melibatkan seluruh warga agensi yang sering dikaitkan dengan pelbagai isu untuk turun ke peringkat bawah, sekali gus jika berkesempatan menjejaki dan mendaftarkan penerima-penerima baru yang difikirkan layak. Pengarang yakin, akan ramai penerima yang berkelayakan berjaya didaftar jika agensi ini turun ke peringkat akar umbi.

Teguran yang baik jadikan ilmu berguna untuk dikongsi dan jika terasa pahit atau tidak releven, sila abaikan, kerana itu semua hanyalah cadangan yang diperolehi melalui pengamatan dari mata dan minda pengarang sendiri.

Sekian