DKM adakalanya dipenuhi dengan cerita-cerita politik, tapi kalau hari2 politik pun pening juga, kadang-kadang sampai naik muak. So hari ni, untuk pengunjung Blog DKM, DKM ingin berkongsi suatu kisah benar yang berlaku kepada seorang blogger di semenanjung. DKM yg rock keras ni pun pandai mengalirkan air mata juga bila terbaca kisah ni. So mungkin ada yang suka, mungkin ada yang kagum dan mungkin ada juga yang ingin tahu siapa penulis sebenar cerita ini. Nak tau lanjut, Just hantar komen di Blog ini Tq.
Assalamualaikum. 
Ini sebuah cerita cinta yang pada mulanya, tak   masuk dek akal langsung, tapi end up dengan sebuah peristiwa, sebuah   kenangan yang terpaling manis dalam kamus hidup seseorang tersebut.   Tiada yang lain, seindah kenangan ini. Insya Allah. 
 Sebuah cerita tentang seorang lelaki   berbangsa Cina ingin berkenalan dengan seorang budak sekolah, berumur 16   tahun, so called, seorang Melayu. Itu memang biasa. Mungkin,   schoolmate, kawan lama, kawan sepermainan masa tadika? Dan sebagainya.   Apa apa tanggapan, dibenarkan. Jujur. 
Si lelaki Cina, 5 tahun lebih tua, yang mana,   ketika di awal perkenalan, beliau berusia 21 tahun. Beliau merupakan   seorang interior designer muda, yang penuh kotak fikirannya dengan idea   yang bernas, inspirasi yang cantik, otak geliga, kreatif. Sumpah, ada  je  idea idea yang boleh diguna pakai sebagai jalan alternatif. Mungkin,   itu kebolehan yang beliau perolehi untuk bekerja sebagai seorang   interior designer. Beliau juga seorang yang peramah, suka sangat   bercerita dan suka sangat senyum. Manis sangat. Handsome sangat. Tinggi   sangat. Putih sangat. Kidal. Melalui cara beliau bercakap, memang  nampak  yang beliau confident dengan apa yang ingin disampaikan.  Ideanya.  Brilliant!
Si gadis Melayu, berusia 16 tahun, jauh lebih   muda. Si gadis Melayu, seorang yang innocent, berbekalkan hati yang   busuk, gedik mengada, bahasa kasar. Memang orang yang biasa. Tak expect   apa apa sebab beliau, budak baik yang selalu ikut ibunya pergi ke sana   ke sini. Ibunya bekerja sebagai seorang businesswoman. Banyak urusan di   merata tempat dan kena jumpa ramai orang. Sesekali beliau terasa,  macam  beliau laa seorang usahawan muda. Di usia muda, dah kena check  tender,  buat sebutharga, jumpa supplier, dan juga customer lain. Kadang  kadang  beliau berasa seronok. Penat, sudah tentu! Tapi, ini pengalaman  baru  kan? Beliau teringin juga untuk menjadi perintis perniagaan  keluarganya,  bakal bergelar usahawan muda, detik hati kecilnya. 
Dipendekkan cerita, keluarga si gadis Melayu,   bakal masuk rumah baru dan nak buat renovation sikit. Dan, si lelaki   Cina yang kena handle projek tersebut. Beliau dipilih berdasarkan   quotation, harga yang berpatutan, sesuai dengan servis yang diberikan.   Si lelaki Cina mula mengenali si gadis Melayu, dan semakin rapat. Rapat   hanya dalam kerja. Selain kerja, mereka tak kenal each other. Jujur.   Kerja di sini, maknanya melawat projek (renovation rumah keluarga si   gadis Melayu). Okayy, faham sikit dah?
Mari kita teruskan. 
Dalam tempoh projek tersebut dijalankan, ada   beberapa kali, si gadis Melayu dengan si lelaki Cina itu, berbual.   Bergurau. Bercerita. Minum semeja. Berbincang. Bergaduh sedikit. Semua   sebab kerja. Dan tak lupa juga, bertukar number telefon. Dan pada saat   itulah, perkenalan antara si gadis dan si lelaki, bermula. Berputik.   Boleh rasa tak indahnya? Haha. Mungkin belum lagii. Okayy sambung lagi. 
:D
Si gadis Melayu, pindah masuk rumah yang sudah   siap direnovate, dalam awal tahun 2008. Dan dalam masa yang sama, si   gadis Melayu, bakal menghadapi SPM. Dalam tempoh tersebut juga, si   lelaki Cina ada berjumpa dan bercerita melalui surat elektronik (baca ;   email). Dalam tempoh si gadis Melayu untuk selesai SPM, jarang jarang   sekali beliau dapat meluangkan masa bercerita dengan si lelaki Cina.   Cuma perkara perkara penting yang ingin disampaikan sahaja yang dapat   menghubungkan mereka. Tak lama selepas result SPM keluar, si gadis   Melayu, dapat tawaran untuk menyertai PLKN. 3 bulan, tempoh. Pada ketika   itu, projek si lelaki Cina, dahh selesai. So, tak jumpa dah. Kemudian,   si gadis Melayu, dapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah  universiti  di Johor. 
Dalam tempoh si gadis belajar di univerisiti,   mereka ada saling berhubung. Tapi, hanya sebagai kawan biasa. Yang text   bila rindu, yang nak call bila tak tau nak buat apa, yang bercerita   kisah masing masing, sebab dah lama tak jumpa. Cerita penat kerja,   cerita malas belajar. Cerita tolong buatkan assignment, cerita busy ke   sana ke mari. Cerita cerita kosong, yang tak ada apa makna. Hanya   sebagai kawan biasa. Saling mendengar kisah masing masing, dan biar   berlalu. 
Awal tahun 2010, ibu kepada si gadis Melayu,   dapat satu tawaran kerja ; projek membina sebuah rumah bungalow sekali   dengan rekaan dalaman. Ini berikutan, tuan rumah yang menetap di Kuala   Lumpur, dan tersangat busy. Tuan rumah dan ibu si gadis Melayu, kawan   sejak zaman anak dara. Jadi, setelah berbincang dengan tuan rumah, ibu   si gadis, memilih untuk memanggil semula, si lelaki Cina tadi. Pada   waktu itu, gadis Melayu tadi, sedang cuti semester. Kebetulan.  
Pada suatu hari, pertemuan dengan si lelaki   Cina diadakan. Ibu si gadis mintak tolong si gadis untuk bawa beliau   pergi ke tapak projek. Dalam masa yang sama, si lelaki Cina tadi   langsung tidak memberitahu si gadis Melayu yang mereka bakal berjumpa.   Bila sampai tapak projek, si gadis Melayu terkejut. Si lelaki Cina,   seperti biasa, suka tersenyum. Manis. 
*melting*
Projek tersebut sedikiit, sedikit berjalan   dengan baik. Cuma bila ada masalah, ibu si gadis akan berjumpa dengan si   lelaki Cina, untuk berbincang. Kadang kadang, call sahaja. Bincang,   bincang. Dan bincang. Dalam perbincangan tersebut juga, si gadis Melayu   ada semeja dengan si lelaki Cina. Dan buat seperti biasa. Sebab ibu si   gadis tau yang si lelaki Cina, berkawan dengan si gadis Melayu.   Bercerita, bergaduh nak bilik ni warna apa, yang ini nak buat macam   mana. Tak nak warna ni, nak yang ini. Untuk dapatkan yang terbaik.   Bergaduh di sini bukan bertumbuk segala, ianya adalah (baca ; tukar   pendapat).
Perhubungan si lelaki Cina dengan si gadis   Melayu, semakin rapat. Sebab, dalam masa yang sama, si gadis Melayu   sedang cuti semester. So, memang si gadis kena ke sana ke mari. Kadang   kadang, ibu si gadis serahkan sahaja tugas apa yang patut untuk si gadis   berbincang dengan si lelaki Cina. Rindunyaaa! :')
Pada suatu hari, si lelaki Cina propose si   gadis Melayu, untuk berkawan dengan lebih rapat. So called, "teman tapi   mesra". Si lelaki Cina, memang jenis yang tak rajin text. And, dia pun   tak rajin call. Cuma, lately ni, sebab dah makin rapat, beliau suka.   Kadang kadang, email je dah cukup. Teknologi di hujung jari kan? :D   Contact macam tu pun, jadi laa. Hahaha! Kata kata manis dari si lelaki   Cina, selalu menjadi status si gadis Melayu. Cumanya, si gadis Melayu,   tidak terlampau menaruh perasaan, sebab si gadis tau. Itu adalah   hubungan 2 bangsa yang berbeza dan tak mungkin terjadi. Tapi, si gadis   Melayu, layankan jugak. 
The special thing about me is you, fifa. - Yip. ♥
Your happiness is my everything laa, fifaaaaaaaa - Yip. ♥
 Baby,   without you, I am nothing. I am so lost, hug me. Then tell me how ugly  I  am, but that you'll always love me. - Nyanyi lagu Rihanna. Yip ♥
That is the way I love you, fifa. - Yip ♥
Saya suka you pakai baju kurung meh. Manis laa ini Fifa. - Yip ♥
The best thing ever in my life, is you, fifa. - Yip ♥
You are the designer of my heart. - Yip ♥
My heart is for you, fifa. Seriously. - Yip ♥
 You changed me a lot sayang. - Yip ♥
It's okay sayang, everything will be fine. I am sure your result will be okay. Good luck, love. - Yip ♥
I was born to give my heart for you. - Yip ♥
Fifa. I am your die hard fan, love! Hihihi. - Yip ♥
I love to take care of you, because you are my everything, love. - Yip ♥
I   nak petik bintang banyak banyak and keep it tightly in a colourless   glass vase, and hadiahkan kat you, so that you can keep and look at it   forever when there is anytime that I am not with you anymore. I love   you, fifa. - Yip ♥
 I teringin nak buat love letter untuk you laa fa, bila you dah balik kampus nanti. Agak agak postman jealous tak nanti? - Yip ♥
 I can't forget the things that related to you. It is beautiful enough for me to love you more and more. - Yip ♥
I   just wondering, why I keep on loving you non-stop sayang. And I got  the  answer, because I know, you will always be mine. - Yip ♥
The love is spreading over you sayang. I can see it from your eyes. - Yip ♥
The love drug is you, and that is the reason why I always being high! - Yip ♥
By   doing something for our future, we sacrified something. Keep on   observing my work. You will make them as one of your addiction later on,   heartbeat. - Yip ♥
 Loving you is my passion. - Yip ♥
Your love make me stronger, sweetheart! :) - Yip ♥
You are my alarm clock everyday, love. Thank you! - Yip ♥
 Business   is like love. Love is about trust. The trusity make the future of the   business. So do love, nah? With trust, there will be the love. - Yip ♥
I am looking for a love, not a girl. Yet, you are the love. - Yip ♥
 You are one in a million. - Yip ♥
 Antara kata kata dari si lelaki Cina untuk si gadis Melayu.
Sejak mendapat lampu hijau dari ibu si gadis   Melayu, si lelaki Cina kadang kadang ada bawa si gadis Melayu keluar.   Makan, berjalan, shopping. Dan kerja. Itu semestinya! Perhubungan si   gadis Melayu dengan si lelaki Cina, semakin serious. Madah madah cinta   buat si gadis Melayu, selalu ada. Indah sangat! :D Tempoh perkenalan   yang makan masa hampir 4 tahun ini, betul betul diidamkan oleh si lelaki   Cina. Dalam masa yang sama, oleh si gadis Melayu juga.
Dipendekkan cerita lagi, tak lama lagi, si   gadis Melayu bakal masuk belajar kembali. Beliau masuk pada Januari 2,   2011. Projek belum lagi siap, dan ibu si gadis bakal mengambil alih   tugas si gadis. 
Sejak akhir akhir ini, si lelaki Cina kurang   sihat. Berjumpa pun, sebab kerja. Email sahaja yang dapat beliau kirim.   Katanya, sejak mendapat projek bersama si gadis Melayu, rezekinya   melimpah ruah. Sampai tak terkejar dibuatnya. Tapi, si lelaki Cina,   still can handle all those things. Uruskan perkara perkara penting.   Alasan boleh diterima pakai. :D
Malam tahun baru, si gadis Melayu pulang ke   kampung halaman. Berikutan hendak berjumpa dengan atok dan wannya,   sebelum naik cuti semester nanti. Dalam perjalanan, si lelaki Cina ada   text si gadis Melayu, yang si gadis bakal menerima kejutan pada   1-1-2011. Si gadis Melayu, jadi excited. Tak sabar. Setelah selesai   urusan di kampung, ayah si gadis Melayu ajak pergi ke Melaka untuk   membeli sedikit keperluan, shopping lah senang cerita. di samping ingin   berjumpa dengan salah seorang kawannya. Dalam perjalanan hendak ke   Melaka, si gadis Melayu mendapat panggilan telefon dari si lelaki Cina.   Sayup. Senyap sunyi. Si gadis Melayu pelik. Beliau terdengar, ada suara   yang menyebut,
'ASHADUALLA ILA HA ILLALLAH
WA ASHADUANNA MUHAMMADURRASULULLAH'
WA ASHADUANNA MUHAMMADURRASULULLAH'
Si gadis Melayu terkejut. Panggilan telefon terputus. 
Kemudian, ada panggilan masuk semula dari number yang tak dikenali. Si gadis angkat.
'Babe, Yip passed away. All this while, he   was suffering of the brain cancer. You have to see him before the   funeral okay. Get here as soon as possible. I am sorry.'
Si gadis Melayu, tak mampu nak bercakap.   Beliau terdiam. Beliau mintak tukar pemanduan dengan ayahnya untuk terus   balik ke Nilai. Si lelaki Cina, tinggal di Seremban 2. Terus shoot ke   sana. Menurut kawan si lelaki Cina, si lelaki masih di Hospital   Columbia. Dalam perjalanan pulang ke Seremban, bermacam macam menda yang   bermain di fikiran si gadis Melayu. Kata kata si lelaki Cina. Lagu  yang  si lelaki Cina kirimkan. Kenangan bergelak tawa, bercerita segala  kisah  mereka. Makan malam bersama keluarga. Dan sebagainya. Air mata  tidak  berhenti bercucuran. Sedu sedan si gadis Melayu turut diratapi si  ibu  gadis. Sedih melihat nasib anaknya, barangkali.  
Sampai sahaja di rumah, ibu si lelaki Cina,   senyum kelat dan dalam masa yang sama, beliau menangis. Ditahankan agar   tak gugur. Namun, tewas. Anak kesayangannya, pergi. Tanpa meninggalkan   apa apa pesanan, tanda tanda. Adik si lelaki Cina, datang memeluk si   gadis Melayu. Kakaknya juga. Masing masing, cuba untuk gagahkan diri,   atas pemergian orang tersayang. Si gadis Melayu, tidak dapat berbuat apa   apa, selain menangis. Dipeluk erat oleh ibu si lelaki Cina. 
Ibu si lelaki Cina berbisik ke telinga si   gadis Melayu untuk naik ke bilik si lelaki Cina. Dalam bilik tersebut,   si gadis Melayu mendengar segala luahan hati ibu si lelaki Cina. Satu   persatu. 
'Faa, I am really sorry for not telling   you the truth. This was his last request. He did suffering of brain   cancer. When he knew you, he felt that you are the person that he's   waiting for. He felt in love with you. For the first time, he fall in   love. And, the love that he want was, yours. It was you. He became   stronger just because your love. He learned about Islam, when you are   not here. He was very happy when he met you. Eventhough he's not feeling   well. You thought him about life, about the happiness, about the   difficulty through many circumstances, about the future. He converted to   Islam almost two years back. I am really sorry.' 
'In this box, there were many things for   you from him. He kept them all this while and as he wished to meet you   yesterday. But, you are going back to your hometown. So, he canceled.'
Si gadis Melayu tak dapat menahan sebak. Menangis. T___T
 Si   gadis membuka kotak tersebut. Dalam kotak itu, terdapat beberapa  diari.  Satu persatu si gadis belek, dan baca. Baca, nangis. Baca,  nangis. Tak  dapat menahan. Sedihh!
17 Mei 2007
Today   was her birthday. I would like to give her this necklace. But, I don't   think she will accept it. I am worrying about this now. I missed to  look  at her smile. She was so cute! :D
Si gadis Melayu melihat rantai tersebut, terukir huruf F dan Y. 
T___T
17 Mei 2008
I   converted into Islam, this morning. My new name is Ahmad Amirul Afifi.   Near to her name. I felt really nervous at first, so do excited. But,   through my studies, learning from the Ustaz, the stories about the   prophet. I did it. I made it! It was the precious time ever. Very   excited now to tell her the truth! Hope she will not be fainted.   Hahaha. 
Si gadis menangis terus. Ya Allah, inilah   dugaan yang terpaling besar pernah kau beri pada aku. Berikanlah   kekuatan kepada hambamu ini untuk menerima pemergian ini, detik hati   kecilnya.
 T___T
17 Mei 2009 
Saya nak beli telekung ni untuk dia dengan ummi dia. Hope she like it. May she remember me always, like I did. Insya Allah.  
Si gadis Melayu mencium kain telekung tersebut. Menangis! 
17 March 2010
I   banked in, RM5000 today in Bank Tabung Haji. Ni gaji first saya .  Kalau  panjang umur, saya nak pergi haji dengan dia! Insya Allah. 
Si gadis Melayu semakin tersedu sedu. Dipeluk erat ibu si lelaki Cina.
17 Mei 2010
I did this Ayat Kursi for her, write in tulisan khat and framed it. I wished to give her. Insya Allah! Lil bit dirty, because saya tak mahir lagi. I loved her handwriting in Jawi. Wished to learn more writing in Jawi.  
Si gadis, peluk erat frame ayat kursi tersebut. Tiada yang lain, menangis.
Ada satu lagi bag kertas Roxy di sebelah katil si lelaki Cina. 
Untuk you! <3 
Ada sepucuk surat dalam beg tersebut. Si gadis baca. 
'Assalamualaikum awakk. Hihi. Ada banyak   sangat cerita saya nak bagitau awak. I wrote it for you already in those   diaries. Wished you read all of them. It about us baby. About you,   about me. I sayang you laa! Sampai I mati. Maybe, when you read this   letter, I am off. I am not with you anymore. I dah pergi jumpa Dia dulu.   He would love to choose me you know. I am really sorry sebab tak   bagitau you the truth. But, you knew how I am right? Secret is my   priority. I wished to meet you on the first day of your class, by   wearing this beg and this watch. But, I don't think I manage to do that.   This was your upcoming birthday present. Hope you liked it and will   wear it. Okayy sayang? You remembered right all those words that I told   you? Tolong jaga diri baik  baik. I dah takde. I don't have time to  talk  a lot here. Just wishing the best in your future. You made my  days, my  life, so do my future. I love you till death. I promised with  you right.  And I made it. I hoped that you will not regret in anything  that we  made together. Promises that we made together. You must be  stronger when  I am not around. Don't you cry, and be moody all the  time. That is not  good kan? You thought me to spread the love kan? So,  you should do it  too. Promised me that you will remember me always  okay? I missed you  seriously. I wished to meet you before. But, you  can't. It's okay. Thank  you for everything sweetheart. EVERYTHING! I  love you till death,  heartbeat. Assalamualaikum!' 
Pengebumian berlalu. Sedih sangat. Si gadis   Melayu tak dapat menahan. Nangis terus. Si gadis Melayu merasakan itulah   cinta terpaling agung pernah beliau ada. Semuanya kerana Allah. 
Januari 1, 2011.
Tarikh   yang tersemat dalam hati sanubari si gadis Melayu. Tak kan pernah  lupa.  Tak pernah hilang. Ingat sampai mati. Insya Allah! 
Si-lelaki-Cina ; Ahmad Amirul Afifi.(Michael Yip)
Si-gadis-Melayu ; saya. 
 Rest in peace,
Ahmad Amirul Afifi. 


 







32 Comments
menitis airmata baca kisah dorg..cinta kerana Allah sungguh indah :)
ReplyDeleteboleh sy taw kisah nie milik siapa? nk kenal penulis sebenar dia boleh? :) Thanks..
Thank u for sharing this luvly love
ReplyDeleteSebenarnya blog tuan empunya ni dah tak wujud... kali terakir aku jenguk tahun lalu sbelum aku post story ni... aku tgk follower dia berduyun2 masuk add dia sbagai member.... selang beberapa minggi blog tu tak wujud...... Sory ;P
ReplyDeleteSebenarnya blog tuan empunya ni dah tak wujud... kali terakir aku jenguk tahun lalu sbelum aku post story ni... aku tgk follower dia berduyun2 masuk add dia sbagai member.... selang beberapa minggi blog tu tak wujud...... Sory ;P
ReplyDeleteowh..ye ke?? heheh..xpe la.. :)thanks 4 sharing sweet story
ReplyDeletetapi orang dia biasa2 je... kicik2 comel... ;P
ReplyDeletesedih..nangis gak.
ReplyDeleteramai dah yg nangis.... huhuhuu
ReplyDeletekalo saya mahu buat cerita ini untuk storyline saya bole kata menarik jugak.. bole share sikit x pasal kisah cerita ini... hehe
ReplyDeleteBoleh tn, ni pun aku copy paste kt tn dia.... Syg je tn punya blog dah tak dpt nk di kesan...... :-)
ReplyDeleteHai Tuan Blog, minta izin na amek cite ni wat idea cite pendek leh tak? btol ke tuan blog tak tai siapa empunya kisah ni or no contact dia?
ReplyDeleteyup... sy folow dia, tapi bila buka akaun dia... url blog tersebut tidak wujud... kamu try la mana tau luck kamu jumpa tuan empunya punya blog.. kalau jumpa syer la dengan semua pembaca, sebab cerita dia ni bersambung2... dan semua best2
ReplyDeletemngalir jgk airmata ku baca ni story..mula2 bored tp smpai kat konflik tu dah sedih plak..btw nice laa trbaikkkkk fifa <3
ReplyDeleteSedihnya cerita.ada sikit persamaan dgn sy..
ReplyDeleteSedih crita ni. Mengingatkan sy pd aiman yg sntiasa ada d sisi sy smasa Dia masih hdup. Semoga ai tenang di alam sana sayang. Andai ai masih d CNI psti za xkn mnangis. Ai pemberi semangat za Dari dlu. Bersemadilah dengan a man ai Dan juga afifi.
ReplyDeleteMohd aiman rafiq
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesedih kali
ReplyDeleteJudi Online
Judi Bola
Taruhan Bola Online
Agen Judi Bola
don't mind kalau nak tanya admin blog yg sebenar perempuan ni apa nama?saje nk try tengok eventhough dye dah tak aktif:)
ReplyDeletesaya sendiri pun xdapat dah cari owner blog tu... dulu sy simpan link tu.. tapi bila klik, url xwujud :)
ReplyDeletesaya sendiri pun xdapat dah cari owner blog tu... dulu sy simpan link tu.. tapi bila klik, url xwujud :)
ReplyDeletehttp://afifahyusof.blogspot.com/2013_09_01_archive.html
ReplyDeleteafifah yusof... tu la url dia... mmg dah xaktif... mungkin sb dia dah jumpa cinta baru kot :)
ya allah .sedih sgt .menagis tengah mlm ni
ReplyDeleteMinta izin copy ya.
ReplyDeleteMinta izin copy ya.
ReplyDeleteBoleh copy ka? kalau xboleh copy bagi tau ja... nanti sy email
ReplyDeleteBuat novel.
ReplyDeleteBuat novel.
ReplyDeleteApa yg sedih ye.... biasa je
ReplyDeleteTerlalu amat sedih apabila sya bca mseh adkah cinta seperti itu....����������
ReplyDeletemacam nivel tapi memang sedih angst type 😭
ReplyDeleteMinta izin copy boleh?
ReplyDelete