Mohon sedekahkan bacaan al-fatihah kepada dua sahabat seperjuangan dari Papar yang telah menghadap PenciptanyaNYA (Lina & Ojot)



Proses penamaan calon pada 05 November 2022 yang lalu telah berjalan lancar di seluruh negeri Sabah meskipun terdapat kawasan (P.181 Tenom) dilaporkan berlaku rusuhan daripada penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik (PKDM) hingga memaksa petugas keselamatan bertindak membaling gas pemedih mata kepada kumpulan yang tidak berpuas hati dengan tindakan SPR yang menolak borang pencalonan Presiden PKDM (Datuk Peter Anthony). Rusuhan yang berlaku di kerusi Parlimen P.181 Tenom itu, tidak merencatkan perjalanan proses penamaan calon di lain-lain kerusi parlimen seluruh Sabah.

Proses penamaan calon yang berlangsung di Parlimen P.175 Papar antara proses penamaan yang mencuri tumpuan. Ianya sesuatu yang sukar untuk dilihat di mana-mana proses penamaan calon. Elemen kekeluargaan dari latar politik berbeza serta disulam dengan penyatuan yang seakan tidak dihalangi oleh tembok fahaman dan ideologi politik yang berbeza mengiringi proses penamaan calon GRS. Mantan-mantan ahli Parlimen, Mantan Adun, kepimpinan parti, mahupun masyarakat berbilang latar belakang bangsa dan agama, hadir mengiringi calon GRS Datuk Armizan Mohd Ali. Meskipun dikhabarkan berlaku tindakan boikot daripada segelintir pemimpin parti yang tidak berpuas hati dengan keputusan rundingan agihan kerusi Parlimen antara GRS dan BN bagi mengelak pertembungan sesama sendiri pada PRU-15, ianya tidak menghalangi rakan-rakan dan keluarga terdekat daripada pelbagai ideologi politik untuk hadir dan memberikan sokongan kepada calon GRS.

Perarakan calon GRS tampak lebih bermakna dengan kehadiran Trio Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Mantan Ahli Parlimen P.175 Papar), Datuk Rahim Ismail (Mantan Adun N.22 Pantai Manis – sebelum persempadanan baharu) dan Datuk Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (Adun N.28 Kawang). Suasana gembira dan penuh harmoni mengiringi calon GRS sepanjang proses penamaan calon tersebut. Jelas kelihatan daripada gambar yang dimuat naik menerusi FB rasmi Datuk Armizan Mohd Ali atau lebih mesra dipanggil DARMA, memperlihatkan ikatan kekeluargaan dan semangat setiakawan yang utuh. Jika suasana sebegini disajikan kepada rakyat seterusnya arus pentadbiran negara, nescaya perbezaan ideologi politik bukan lagi tembok pemisah yang menghalangi perjuangan membela nasib rakyat seterusnya membangunkan negara.


Pemilihan DARMA mewakili GRS bagi kerusi Parlimen P.175 Papar adalah keputusan yang tepat kerana beliau tidak hanya bertindak selaku duta GRS tapi lebih dari itu selaku penghubung dalam menyatukan GRS-BN dan penerus legasi kepimpinan Datuk Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar yang terkenal dalam kalangan masyarakat Papar selaku “YB yang Humble”. Semoga imej bersih DARMA dan Datuk Ghulam dapat menyatukan semua kepimpinan dan ahli GRS-BN P.175 Papar seterusnya menjadi batu loncatan pengukuhan hubungan GRS-BN di negeri Sabah.

https://picasion.com/