Cadangan YB. Datuk Dr. Puad Zarkashi yang juga mantan KP JASA suatu ketika dahulu, jelas menunjukkan beliau bukanlah pemimpin yang meletakkan kepentingan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat melebihi agenda politik.

Selaku Ahli MKT UMNO (dilantik), cadangan sedemikian tidak seharusnya keluar daripada beliau yang sememangnya cukup berpengalaman dalam arena politik negara. PRN Johor yang telah melabuhkan tirainya pada 12 Mac 2022 lalu, seakan tidak memberi pengajaran berguna kepada semua pihak khususnya pemimpin UMNO bahawa rakyat telah muak dengan perangai gila ahli politik yang lebih mementingkan kuasa politik melebihi aspek kebajikan rakyat yang terus terhimpit sejak negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

Jika diamati, PRN Johor merekodkan peratusan keluar mengundi yang paling rendah (54.92%) berbanding dengan PRN terdahulu iaitu Sabah - 26 September 2020 (66.61%), PRN Melaka - 20 November 2021 (65.86%) dan PRN Sarawak - 18 Disember 2021 (60.67%). Jika diamati daripada peratusan keluar mengundi yang direkodkan, ahli politik seperti Puad Zarkashi seharusnya sedar bahawa rakyat sudah muak dengan sikap ahli politik. Tindakan memboikot PRN adalah simbol dan isyarat jelas bahawa rakyat inginkan kerajaan dan ahli politik berganding bahu dan mengetepikan perbezaan pandangan dan ideologi politik demi membantu rakyat yang tidak hanya terhimpit dengan krisis politik yang semakin meruncing, bahkan juga krisis ekonomi, bencana alam serta krisis membabitkan mental rakyat sepanjang Covid-19 melanda seluruh dunia.


Gesaan Puad agar Muhyiddin dan Menteri dalam kerajaan meletakkan Jawatan dalam Kabinet setelah gagal dalam PRN Johor dangan menuduh Menteri PN berbelanja besar sepanjang PRN Johor untuk memburukkan calon UMNO/BN, jelas ibarat meludah ke muka sendiri. Adakah Puad lupa bagaimana UMNO/BN menggunakan agensi kerajaan untuk aktiviti kempen UMNO/BN ketika berkuasa? Tidak perlu lagi diungkit bagaimana RTM, Penerangan dan agensi sospol (sosio-politik) digunakan untuk membantu kemenangan UMNO/BN pada PRU terdahulu. Adakah Puad lupa bagaimana beliau menggunakan JASA untuk melobi sebagai calon PRU-14?

Jika bercakap soal bermaruah, adakah Puad juga seorang pemimpin atau ahli politik bermaruah?  Puad sendiri pernah mengkritik kepimpinan UMNO setelah namanya tidak dicalonkan untuk bertanding mewakili BN pada PRU-14 bagi kerusi P.150 Batu Pahat, dengan menuduh berlaku kerosakan dalam kaedah pemilihan calon dalam UMNO. Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah mengugut untuk bertanding atas tiket calon Bebas pada PRU-14 namun kemudiannya membatalkan hasrat tersebut setelah mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Puad seharusnya berasa malu bila menyentuh soal maruah, kerana beliau sendiri (Puad) pernah melafaskan ikrar "Janji Mati" atau "Harakiri" dengan lafas yang penuh bersemangat "Projek SMK Nabalu akan dimulai dua bulan daripada tarikh lawatan saya pada hari ini (22 Ogos 2009). Saya sanggup mengerat leher saya sendiri jika projek berkenaan tidak dijalankan segera". Demikianlah lafaz janji mati puad dihadapan penduduk dan pengundi di Parlimen P. 170 Tuaran. Untuk rekod sehingga kini, projek berkenaan belum bermula, dan Puad hanya diam membisu berkenaan janji tersebut. Layakkah Puad Zarkashi bercakap soal MARUAH? Jika benar Puad BERMARUAH, seharusnya beliau menunaikan 'Janji Mati' iaitu mengerat leher beliau kerana janji tersebut gagal direalisasikan sehingga kini.


"Projek SMK Nabalu akan dimulai dua bulan daripada tarikh lawatan saya pada hari ini. Saya sanggup mengerat leher saya sendiri jika projek berkenaan tidak dijalankan segera".
Datuk Dr. Puad Zarkashi: 22 Ogos 2009


Perlu diingat, kerajaan dan kabinet yang terbentuk pada ketika ini juga bertitik tolak daripada perbuatan segelintir MP UMNO yang bertindak menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 03 Ogos 2021 yang lalu. Gesaan Puad memperlihatkan seakan UMNO inginkan PRU-14 diadakan segera demi kepentingan segelintir pihak dalam UMNO tanpa memikirkan implikasinya kepada rakyat dan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya.

Tidak dinafikan, peratusan keluar mengundi yang rendah memberi kelebihan kepada calon UMNO/BN, namun ia tidak seharusnya dijadikan batu loncatan untuk mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat. Protes rakyat terhadap kecelaruan politik yang wujud ketika ini selain krisis kesihatan dan ekonomi yang menghimpit rakyat, telah diterjemahkan pada PRN Johor dan PRN terdahulu (Sabah, Melaka dan Sarawak). Adakah Puad dan UMNO masih tidak sedar?

Sekali lagi diulangi, Jika benar Puad BERMARUAH, seharusnya beliau menunaikan 'Janji Mati' beliau yang sehingga kini gagal ditunaikan.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron