pikas sabah
Hajiji menerima vaksin Covid-19 (Pfizer-BioNTech) sempena majlis pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Serbaguna Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi. (Gambar JKM)


Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersetuju supaya Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilancarkan untuk melengkapkan Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) bagi mempercepatkan imunisasi Rakyat.

PIKAS adalah program kerjasama awam-swasta yang disokong oleh sektor swasta yang bersetuju untuk menyediakan fasiliti di tempat kerja, pusat konvensyen dan pusat pameran sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang merangkumi kedua-dua perkhidmatan iaitu kakitangan perubatan, bukan perubatan dan perkhidmatan keselamatan.

Objektif program kerjasama awam-swasta (PIKAS) ini adalah untuk memudahkan usaha Kerajaan untuk mempercepatkan vaksinasi untuk Rakyat dan mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dengan meningkatkan pengambilan vaksinasi di kalangan tenaga kerja di Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja. Ini akan melindungi kesejahteraan pekerja-pekerja dan seterusnya membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia.

Kerajaan Persekutuan telah memasukkan Sabah dalam pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dalam Fasa 4 yang akan bermula Julai ini. Program PIKAS Sabah bakal beroperasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) mulai Julai 2021, yang menyasarkan 1,500 pekerja dalam sektor ini dijangka menerima vaksin sehari (PPV SICC berkapasiti 3,500 orang sehari). Inisiatif akan mempercepatkan imunisasi di kalangan pekerja sektor swasta seterusnya sektor ekonomi yang menjadi antara penyumbang utama pendapatan negeri akan dapat beroperasi seperti biasa. 

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah antara pihak swasta yang menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) di Sabah. 

MICCI dan ahlinya di Sabah akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah untuk mempercepatkan pelaksanaan PIKAS yang diumumkan MITI pada 12 Jun 2021.

Pengerusi MICCI Sabah, Datuk Wong Khen Thau berharap golongan pekerja berumur 21 tahun hingga 60 tahun dalam semua sektor industri diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Ini kerana golongan pekerja industri lebih terdedah kepada risiko mendapat jangkitan COVID-19 ketika melaksanakan kerja dan tugas harian masing-masing.

vaksinasi
Senarai PPV Di Sabah

Untuk rekod negeri Sabah kekal menjadi negeri terendah daftar vaksin. Sehingga 22 Jun 2021, seramai 818,931 (29.69%) telah mendaftar vaksin di Sabah, sementara yang telah menerima vaksin adalah seramai 342,002 (12.40%).

Senario ini mendorong kerajaan negeri untuk menggerakkan sepenuhnya agensi kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mempercepatkan proses pendaftaran vaksin khususnya di kawasan pedalaman menerusi Program Jangkau Luar Komuniti, untuk mendaftar penduduk sebagai penerima vaksin COVID-19 yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi negeri Sabah, sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam beroperasi bagi membantu program imunisasi yang sedang giat dilaksanakan serta mula diperluaskan kepada penduduk Sabah berumur 18 tahun ke atas.

Bermula bulan Jun, Hospital Gleneagles dan Rafflesia Medical Center dan 36 buah klinik swasta juga terlibat dalam memberi vaksin kepada penduduk di negeri ini. kadar semasa penerima vaksin bagi negeri Sabah adalah 13,000 sehari. Bermula 1 Julai 2021, kadar vaksin harian yang disasarkan adalah 30,000 orang sehari.

Bekalan vaksin yang diterima oleh negeri Sabah adalah Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Sabah akan menerima lebih banyak bekalan vaksin pada bulan Julai dan seterusnya.

Cadangan untuk penambahbaikkan PIKAS Sabah;
i. Perluaskan sektor swasta yang terlibat dalam PIKAS, termasuk sektor pelancongan dan golongan peniaga.

ii. Pelajar sekolah menengah yang layak menerima perlu diberi keutamaan agar pelajar dapat Kembali ke sekolah.

iii. Pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA/S perlu diberi kelonggaran untuk menerima vaksin (walk-inn).

iv. Guru-guru perlu diwajibkan menerima vaksin sebelum mereka memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, ini kerana terdapat golongan pendidik yang enggan menerima vaksin dan ini mendedahkan pelajar kepada risiko jangkitan di Kawasan sekolah.

v. Pekerja yang terlibat dalam sektor e-hailing juga perlu diberi pertimbangan untuk menerima vaksin kerana pekerja terlibat dalam sektor e-hailing terdedah secara dan berisiko dijangkiti.

Kerjasama erat sektor swasta dan kerajaan ini diharap akan dapat merealisasikan sasaran negeri untuk mencapai imuniti kelompok 80% sebelum akhir tahun ini seterusnya sektor ekonomi dan pelancongan yang terjejas teruk akan dapat beroperasi seperti sedia kala.


#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #DSSA