PICK

Kemaskini: 23.06.2021

Daerah-daerah yang tidak ‘aktif’ mendaftar menarik turun (pull down) statistik keseluruhan bagi Sabah.

Kadar vaksinasi - proses vaksinasi bergantung kepada bekalan vaksin. Bekalan vaksin kepada negara kita (& semua negara di dunia kecuali negara pengeluar vaksin) masih rendah kerana pengeluar tidak mampu menampung permintaan seluruh dunia. Pengeluar hanya boleh bekalkan secara perlahan dalam jumlah yang kecil. 

Kadar Kemampuan Sabah untuk memberi vaksin ialah sekitar 30,000 dosaj sehari (& boleh dipertingkatkan) tetapi buat masa ini kita terpaksa perlahankan pada kadar 12 ribu hingga 13 ribu dosaj sehari kerana bekalan vaksin yang tidak mencukupi. 

Pengeluar vaksin bersetuju meningkatkan pembekalan & penghantaran vaksin ke negara kita pada bulan Julai dan Ogos. Sabah akan menerima 729 ribu vaksin pada bulan Julai & 1.1 juta vaksin pada bulan Ogos. Bekalan ini akan membolehkan Sabah meningkatkan pemberian vaksin kepada semua warganegara.

Pada bulan Julai dan Ogos, lebih banyak PPV (pusat pemberian vaksin) akan diwujudkan diseluruh negeri Sabah termasuk program outreach ke kawasan-kawasan terpencil. Program ‘daftar & suntik’ (walk-in) akan diperkenalkan.

Hampir seluruh dunia mengadu kekurangan vaksin. Pengeluaran vaksin dimonopoli oleh negara-negara maju dan negara-negara lain menjadi ‘peminta sedekah’ kepada negara pengeluar dan syarikat pengeluar. Malaysia telah menempah dan membayar 120% keperluan vaksin kita, tetapi syarikat pengeluar vaksin tidak mampu menghantar bekalan (yang kita sudah bayar) sekali gus. Jumlah dan kadar Penghantaran bergantung kepada kemampuan kilang syarikat pengeluar. 

Secara purata hanya sekitar 10% penduduk negara kita yg telah menerima dosaj kedua. Sabah cuma 4% tetapi jumlah penerima lebih ramai daripada banyak negeri yang peratusan penerima lebih tinggi daripada Sabah kerana penduduk kita lebih ramai. Ada negeri-negeri tertentu yang telah dibekalkan dengan jumlah vaksin yang lebih banyak daripada negeri-negeri lain kerana pertimbangan kadar jangkitan mereka lebih tinggi daripada Sabah. Keseluruhan penduduk Labuan akan diberi vaksinasi lebih awal kerana adanya varian Delta (Indian variant) disana yang lebih merbahaya & merebak lebih cepat.

Gerakan pendaftaran penerima vaksin diluar bandar sedang aktif dibuat oleh pelbagai agensi. Statistik Sabah mungkin tidak mencerminkan jumlah pendaftaran sebenar kerana pendaftaran secara ‘manual’ lambat dikemaskinikan untuk dimasukkan dalam statistik MySejahtera.

#trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp
#beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal