KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
berkata Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.
Kami akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih
dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya.
Hajiji berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan
Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Hj Yahya, semalam, susulan
kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen
diadakan secepat mungkin.
18 Jun 2021
#pkp2021
#pkp
#COVID19
#wawa
#wahir
#sjrkepayan
#MCO3
#kitajagakitastaysafe
#kitapastimenang
#PKPchallenge
0 Comments