Dipetik dan diubahsuai: YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan & Menteri Kewangan II



A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19


1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 318 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,562 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tuaran. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.


2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 199 menjadikan jumlah kumulatif 59,952  orang.  Seramai  1,527  pesakit  sedang  menerima  rawatan  iaitu  469  orang di hospital, 1,056 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dua (2) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 68 orang dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
 
3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Daerah Nabawan berubah dari zon hijau ke zon kuning.

4 Pecahan daerah mengikut zon:
Zon Merah 15 daerah
Zon Jingga dua (2) daerah
Zon Kuning enam (6) daerah
Zon Hijau empat (4) daerah

5 Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

i Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan yang agak ketara dengan kenaikan 111 kes iaitu daripada 207 kes kelmarin (31 Mei 2021) kepada 318 kes (1 Jun 2021).\

ii Daripada 318 kes jangkitan baharu hari ini, 217 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 44 kes adalah daripada saringan kluster, 29 kes adalah daripada saringan bergejala, 16 kes daripada saringan bersasar dan 12 kes adalah daripada lain-lain kes.

iii Terdapat 13 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala lima (5) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Tawau 90 kes (+62), Lahad Datu 43 kes (+31), Kota Belud 22 kes (+12),
Kalabakan 12 kes (+11) dan Papar 13 kes (+10).

iv Walau bagaimanapun, lapan (8) daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh (7) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala satu (1) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan (-31).

v Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Keningau dan Tambunan.

vi Perubahan kes bagi setiap daerah adalah tidak statik kecuali daerah-daerah yang masih mengekalkan status Zon Hijau dan berlakunya peningkatan kes menunjukkan kebarangkalian bahawa masih terdapat ketidakpatuhan SOP di kalangan masyarakat.

vii Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik COVID-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

6 Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

7 Jumlah kapasiti katil 3,930 unit
Hospital 605 unit
Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 2,905 unit
Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 420 unit. Jumlah peratusan penggunaan katil ialah                  38.85%


B KELULUSAN OPERASI MEDIA MASSA SEPENUHNYA

1 Peranan media massa penting dalam membantu kerajaan menyampai serta menyebarluaskan maklumat sahih dan terkini kepada rakyat jelata.

2 Menyedari hakikat itu, Kerajaan Negeri hari ini memberi kelulusan sepenuhnya kepada semua agensi media massa untuk beroperasi dari semasa ke semasa mengikut keperluan masing-masing.

3 Kelulusan ini diberikan dengan mewajibkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


C SEKTOR PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN

Tidak ada sebarang perubahan ke atas mana-mana SOP yang telah diumumkan kelmarin (31 Mei 2021) buat masa ini.
 

D PKPD 3 LOKALITI DI KOTA BELUD

1 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini juga melaporkan situasi COVID-19 di 3 lokaliti         di Kota Belud yang melibatkan:
Taman Nikmat
Kampung Pirasan
Kampung Dundau

2 KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di ketiga-tiga lokaliti ini apabila sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan di Taman Nikmat, tujuh (7) kes di Kampung Pirasan dan lapan (8) kes di Kampung Dundau.

3 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di ketiga-tiga lokaliti seperti yang dinyatakan bermula dari 3 Jun sehingga 16 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

4 Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan mengasingkan kontak rapat sekaligus mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.


E PKPD KAMPUNG SIMPANGAN, TUARAN

1 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini juga melaporkan situasi COVID-19 di Kampung Simpangan, Tuaran.

2 KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di lokaliti ini apabila sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan hasil daripada 10 ujian saringan yang dijalankan.

3 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Simpangan, Tuaran bermula dari 3 Jun sehingga 16 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
 
4 Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes bagi tujuan pengasingan serta melaksanakan saringan bagi kontak rapat.


F PENAMATAN PKPD LORONG 2, KAMPUNG KONGSI 8, TAWAU

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lorong 2, Kampung Kongsi 8, Tawau yang dijadualkan tamat pada 12 Jun 2021.

2 Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 295 ujian saringan dan 40 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Lorong 2, Kampung Kongsi 8, Tawau, Sabah pada 2 Jun 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.


G STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH

1 Setakat hari ini, tiada suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 57,645 orang.

2 Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, tiada suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 53,027 orang.

3 Manakala, bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 1,109 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 75,040 orang.

4 Bagi Dos 2 Fasa 2, 239 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,298 orang.
 
5 Pendaftaran penerima vaksin pada hari ini ialah 5,548 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 559,376 (mysejahtera 495,202 : laman web 63,963 : talian vaksinasi
211) bersamaan 19.1%.


H BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Setakat hari ini, sejumlah 326,519 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.


I LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN AWAM INFO ON WHEELS

1 Sejumlah 79 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 29,536 buah kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 92 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 66 hebahan melalui kereta peronda dengan satu (1) tangkapan dibuat.

2 Sebanyak 65 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.

29 orang : Tidak memakai pelitup muka/Tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul.
11 orang : Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan.
13 orang : Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran
Satu (1) orang : Premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran
11 orang : Lain-lain kesalahan.
 
3 Laporan Pihak Berkuasa Tempatan Pelanggaran SOP COVID-19

i Satu (1) kompaun dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kinabatangan. Pemilik premis gagal menyediakan laluan keluar masuk premis.

ii Orang awam dan pemilik premis perniagan hendaklah mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya. Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan pemeriksaan dan akan mengkompaun kepada mereka yang gagal mematuhi SOP tersebut.

4 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia  (APMM)  melibatkan  87  pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 34 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. Hasil pemeriksaan, tiada tangkapan dibuat.

5 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dilaksanakan di 370 lokasi melibatkan seramai 196 anggota APM.

6 Sementara, rondaan sama oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan melibatkan 77 anggota di 63 lokasi.

7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan sanitasi awam di dua (2) premis, melibatkan dua (2) buah daerah iaitu di daerah Sandakan dan Keningau.

8 Sejumlah 176 hebahan awam dibawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dilaksanakan di enam (6) daerah pada hari ini.

9 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebanyak 155 hebahan di seluruh Sabah
 
J KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB pada hari ini ialah 97.5%. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
 

BIL

DAERAH

PERATUS

1

Tenom

98%

2

Beluran

98%

3

Kota Marudu

98%

4

Kinabatangan

98%

5

Kunak

98%

6

Kudat

98%

7

Sipitang

98%

8

Tuaran

98%

9

Beaufort

98%

10

Kota Belud

97.5%

11

Kota Kinabalu

97.5%

12

Lahad Datu

97.5%

13

Semporna

97.5%

14

Keningau

97.5%

15

Ranau

97.5%

16

Tawau

97%

17

Papar

97%

18

Penampang

97%

19

Sandakan

96.5%

 

2 Ayuh, segera daftarkan diri anda untuk menerima vaksin COVID-19 melalui MySejahtera.


Sekian.

#LindungDiriLindungSemua

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN
MENTERI KEWANGAN II