BILA TAK BAGI.... MEMAKI. BILA BAGI PULA... KATA MACAM-MACAM...

kwsp

Kadang rasa hairan dengan sikap segelintir individu yang tidak berterima kasih atau menghargai setiap pemberian, tanpa mengira bangsa, jantina dan peringkat umur. Adakah ini semua telah menjadi lumrah khususnya rakyat yang meletakkan akal fikiran dihujung jari ibarat kata-kata warga net "taip dahulu, fikir kemudian" yang sering dikaitkan dengan figura politik DAP yang sering "cakap dulu fikir kemudian".

Seakan menjadi lumrah, bila tidak diberi akan memaki dan bila diberi, ucapan terima kasihpun tidak kedengaran sebaliknya dilempar dengan kata-kata yang kurang elok didengar atau lebih buruk lagi ada yang sampai tahap mencaci dan memaki.

Ketika semakin ramai rakyat marhaen khusunya dinegara-negara miskin yang semakin terhimpit dengan tindakan kerajaan yang mengenakan perintah berkurung tanpa sebarang inisiatif untuk membantu rakyat dan golongan miskin, di Malaysia pula berbeza. Pelbagai bantuan dan saluran diumum oleh kerajaan yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat yang terkesan secara langsung dengan PKP yang diisytiharkan.


Mungkin ramai yang menyanjungi DS Najib Tun Razak dan UMNO, kerana beliau konsisten memperjuangkan pengeluaran KWSP akaun 1 tanpa syarat. Namun, perlu diingat, rakyat ini juga suatu ketika dahulu yang memaki hamun dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap beliau ketika menjadi Perdana Menteri, hingga BN berjaya ditumbangkan pada PRU-14 dan PH memerintah.

Kesedaran dan rasa dizalimi oleh pemimpin PH itulah yang menjadikan ramai rakyat menyokong pembentukan kerajaan yang disifatkan sebagai "Kerajaan Pintu Belakang". 


Walau siapapun yang menjadi Perdana Menteri dan Parti Gabungan yang menang pada PRU-15 nanti, ia tidak akan mengubah apa-apa selagi mentaliti dan sifat tidak pernah bersyukur ini terus menjadi kebiasaan rakyat. Pemikiran "UNDI jika kerajaan memberi dan TIDAK UNDI jika kerajaan tidak memberi" akan menjadikan negara untuk sekali lagi kembali kepada kancah ketidak stabilan politik yang lebih parah.

#StaySafe
#StayAtHome




No comments:

Post a Comment