JAWAPAN DI SEBALIK PENJUALAN PEGANGAN SAHAM KWSP DALAM SYARIKAT TOP GLOVE


top glove


Jawapan Bahagian 1 [1]

Penulis media sosial PH ini agak molek 

Dia puji melambung syarikat Top Glove sebagai pengeluar sarung tangan terbesar dalam dunia dan tanya kenapa KWSP jual sebahagian pegangan saham mereka minggu lepas sehingga KWSP tidak lagi menjadi antara pemegang saham terbesar syarikat tersebut.

Lalu dia tuduh Najib membisu kenapa pegangan saham KWSP dikurangkan.

Biar Najib bagi beberapa fakta:

1. Ya, Top Glove memang syarikat yang berjaya dan menjadi gergasi dunia dalam industri sarung tangan.

2. Najib pun tahu. Sebab itu, KWSP merupakan pemegang saham terbesar syarikat tersebut sebelum PRU14. KWAP dan PNB juga antara pemegang saham terbesar syarikat itu masa itu. Sebelum PRU14 pun, KWSP asyik menambah pemilikan saham dalam Top Glove sehingga memiliki 77,266,061 saham pada 06 Mar 2018. [2] 

(77.3 juta saham ini berganda menjadi 154.6 juta saham kerana saham Top Glove telah dibahagi dua (bonus issue) pada akhir tahun 2018)

3. Top Glove banyak membina kilang pada masa saya PM dan menjadi pengeluar terbesar dunia pada masa saya PM.

4. Saya kenal pengasas syarikat Top Glove dan dia sering puji saya masa dahulu. Sehingga penulis-penulis PH asyik tuduh dia kroni saya dan tuduh KWSP hanya melabur dalam Top Glove kerana syarikat itu kononnya terlibat dengan saya.

RM800 million of EPF money in Najib’s political-appointee’s company [3] 
Top Glove Chairman associated honesty and integrity with Najib [4]

5. Sekarang harga saham Top Glove melonjak naik kerana permintaan sarung tahan mencanak naik akibat krisis Covid, PH mahu claim kredit pulak. (Penulis media sosial PH ini puji PH kerana KWSP dan KWAP pernah membeli 2.2 juta saham pada akhir tahun 2018 padahal, KWSP sudah pun memilik 154 juta saham masa BN saya PM)

6. Sekarang PH mahu ambil kredit pulak kerana harga saham tinggi padahal harga saham Top Glove naik 10 kali ganda masa saya PM kerana tempoh itu juga bisness mereka paling banyak berkembang.

7. Penulis media sosial PH ini pula nak samakan penjualan saham Top Glove oleh KWSP dengan penjualan syarikat IHH Berhad (yang diwujudkan dan dibina masa saya PM untuk menjadi syarikat rangkaian hospital kedua bersar dalam dunia) oleh Khazanah pada akhir tahun 2018 di bawah PH.

Tak sama. KWSP ini jual kepada pasaran tempatan. Pemegang saham terbesar masih orang Malaysia.

IHH pulak dijual PH kepada Jepun pada masa tiada krisis besar dan akibatnya syarikat Jepun menjadi pemegang saham terbesar - bukan lagi Khazanah.

Mana sama?

Tetapi kenapa pulak KWSP jual saham Top Glove masa ini dan kenapa saya tak mengadu?
Kerana:

1. KWSP perlu membiayai mereka yang mengeluarkan simpanan akaun 2 mereka untuk kelangsungan hidup masa Covid. Ini antara pakej bantuan prihatin untuk melawan krisis Covid. Bukan jual saham kerana mahu bayar 30 ringgek.

2. KWSP mengambil peluang mejual pada ketika harga Top Glove sudah melonjak naik akibat Covid dan juga pada ketika boleh membeli saham dalam syarikat-syarikat yang telah jatuh mendadak akibat Covid.

Tapi bagus pulak penulis media sosial ini kerana dalam kesungguhan dia cuba menghentam PN, dia telah buka lagi satu cerita kejayaan Malaysia masa saya PM.

Posting PH: Adrian Lim Chee En Official [5]


Jawapan Bahagian 2 [6]

Propaganda PH banyak buat hal kerana KWSP menjual sebahagian pegangan saham mereka dalam syarikat sarung tangan Top Glove dan Hartalega yang telah melonjak naik kerana krisis Covid. Harga saham Top Glove naik 54% dari RM5.65 ke RM7.17 manakala Hartalega naik 42% dari RM5.35 ke RM7.60 sejak permulaan tahun.

KWSP pun jual minggu lepas dan PH banyak bising:

"April 14, 2020: EPF trims stake in Top Glove and Hartalega as share prices soar"

Pada tempoh yang sama, KWSP juga banyak menambah saham-saham mereka dalam:

1. YTL Corp (jatuh 35% dari RM1.01 ke 66 sen masa KWSP beli)

2. YTL Power (jatuh 39% dari 81 sen ke 50 sen masa KWSP beli)

March 31, 2020: EPF raises stake in YTL Corp, YTL Power [7]

3. Allianz Malaysia Bhd (jatuh 25% dari RM16.60 ke RM12.60 masa EPF beli)

"April 09, 2020: EPF re-emerges as substantial shareholder in Allianz Malaysia" [8]

Tapi PH tak sebut pun KWSP mengambil kesempatan untuk beli saham-saham YTL Corp, YTL Power dan Allianz Malaysia selepas harga saham mereka telah jatuh teruk akibat krisis Covid.

Adakah KWSP salah untuk mengambil kesempatan menjual pegangan mereka dalam syarikat Top Glove dan Hartalega setelah harga melonjak naik untuk membeli saham syarikat-syarikat yang telah jatuh teruk walaupun mereka adalah dalam bisness yang agak stabil dan menguntungkan?

Jika tak salah, kenapa PH menghasut Rakyat pula?


RUJUKAN;


No comments:

Post a Comment