MAHATHIR DAKWA RCI BERMOTIF POLITIK


Keliptokrasi, RCI Forex, Skandal Forex


Mohd Puad Zarkashi 
MT UMNO

Mahathir dakwa, banyak hujah dia masa dipanggil oleh RCI tidak dimasukkan dalam laporan RCI. Justeru penubuhan RCI bermotif politik. Tetapi dia tidak dedahkan pula apa hujah hujah tersebut.

Tetapi apa masalahnya? Mahathir boleh kemukakan hujah tersebut kalau dia dipanggil ke mahkamah nanti. Pihak RCI sudah pun membuat laporan polis supaya tindakan lanjut diambil. Sudah tentu Mahathir, Anwar, Daim dan TS Nor Yackop tidak senang duduk.

Sitegiant E-commerce
Bermotif politik? Apakah pembohongan Mahathir mengenai isu 1MDB bukan bermotifkan politik? Apakah menaja pelobi Amerika supaya kes itu dibawa oleh DOJ untuk tindakan sivil bukan bermotif politik? Sampai ke hari ini walauoun sudah masuk DOJ 2.0 saman sivil tersebut (bukan kriminal) tidak pernah dibicarakan. Apakah mahkamah Amerika terlalu lemah kerana saman sivil hampir tiga tahun itu masih tidak ada bukti untuk dibicarakan.

Lim Kit Siang pula mempersoalkan kenapa sekarang baru tubuh RCI. Sepatutnya dia tanya Tun M sekutu barunya itu, kenapa RCI tidak diwujudkan semasa Tun M jadi PM berbelas tahun. Sedangkan laporan RCI itu telah membongkar ada pihak yang mahu menutupnya sehingga sanggup melaporkan di kabinet ia hanya “paper lost” dan kerugian yang dilaporkan cuma RM5 Bilion. Maka, siapa yang bermain politik dan bermotif politik?

RCI dibentuk walaupun sudah lama berlaku kerana ditutup oleh seorang diktator dan kedua setelah terdapatnya pihak seperti Datuk Murad tampil ke depan membuat pendedahan.

Maka siapakah pengamal kleptokrasi sebenarnya? Kerugian forex RM31.5 Bilion tidak akan dapat diganti sampai bila bila. Duit rakyat hangus begitu sahaja.

Sedangkan 1MDB hanya berhutang RM42 Bilion untuk membeli aset. Bukan dicuri. Najib tidak bailout 1MDB. RM2.6 Bilion bukan dari 1MDB. Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM18 Bilion sudah selesai dibayar. Bahkan 1MDB sudah mula menampakkan keuntungan.

Tun Razak Exchange (TRX) akan menjana RM40 Bilion dan 40 ribu peluang pekerjaan. Bandar Malaysia akan menjana RM170 Bilion dan 200 ribu peluang pekerjaan. Menara Warisan Merdeka PNB akan menyediakan 10 ribu peluang pekerjaan.

Maka beranikah Lim Kit Siang membuat kenyataan terbuka bahawa Tun M adalah pengamal kleptokrasi sebenar kerana tidak dapat memulangkan kerugian forex RM31.5 Bilion dan bailout pula PERWAJA, syarikat perkapalan milik Mirzan, dan MAS.

The only thing consistent with them (DAP) as the opposition is that, they are continuously in-con-sis-tent.

No comments:

Post a Comment