Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Ahli Parlimen P.169 Kota Belud)
Sabah akan terus kekal sebagai ‘simpanan tetap’ UMNO dan BN berikutan ketidakmampuan parti pembangkang menandingi dasar dan perancangan kerajaan membangunkan negara ini. Menurut beliau, dakyah pembangkang di Sabah hanya bersandarkan kepada sentimen kenegerian serta isu-isu bersifat peribadi. Katanya, sedangkan UMNO-BN sudah menggariskan pelbagai inisiatif serta mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan hingga membawa banyak kemajuan bukan saja kepada Sabah tetapi juga Malaysia.
“Secara perbandingan, pembangkang tidak mempunyai sebarang perancangan atau agenda membela rakyat sedangkan UMNO dan BN telah menggariskan pelbagai inisiatif serta berwawasan jauh ke hadapan. “Pembangkang hanya bergantung kepada satu atau dua isu, misalnya ‘Sabah for Sabahan’ dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu-isu peribadi bagi menjatuhkan individu tertentu”.
Mereka tidak mampu menyaingi kerajaan UMNO Bn dengan dua isu ini yang bagi saya terlalu remeh,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC pada Jumaat (08.12.2017). Abdul Rahman berkata, keseluruhannya rakyat Sabah tidak terikut-ikut rentak sentimen ‘Sabah for Sabahan’ walaupun isu itu bersifat emosi namun ia tidak akan mampu menarik undi untuk menyokong pembangkang.
“Jika isu ini dijadikan sandaran, sudah tentu pada PRU13, parti Star memenangi semua kerusi ditandingi, namun mereka cuman menang satu kerusi manakala SAPP kalah semua kawasan. “Mereka tidak mampu memenanginya sebab rakyat Sabah memahami bahawa isu MA63 bukan pilihan untuk tidak menyokong UMNO/BN kerana rakyat lebih memerlukan kerajaan yang mampu membawa pembangunan lebih mapan.
“Bagi saya, jika bercakap soal MA63, Dr Jeffrey Kitingan (Presiden STAR) lebih berkredibiliti berbanding Shafie Apdal yang sebelum ini dalam UMNO. Saya melihat Shafie dan Warisan tidak akan mampu meraih sokongan rakyat,” katanya.
Sumber; Daily Express
0 Comments