Umat Islam Perlu Kuasai Pengaliran Data, Maklumat



KUC Khayr Ummah Conference 2017 JASA


1. Umat Islam perlu menguasai pengaliran data dan maklumat, termasuk membangunkan aplikasi media sosial sendiri, bagi menangani cabaran dunia siber yang semakin rumit.

2. Malah jika perlu, umat Islam perlu mengambil alih media sosial digunakan ramai, yang kini diguna pihak tertentu untuk memburukkan Islam, termasuk kelompok ekstremis untuk tujuan rekrut.

3. Felo Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat 3.8 bilion pengguna media sosial di dunia dengan 24 juta darinya adalah rakyat Malaysia.

4. Dalam konteks Malaysia, 19.5 juta pengguna aktif di Facebook dan 3.5 juta aktif Twitter menunjukkan besarnya pengaruh media sosial kepada masyarakat khususnya golongan muda.

"Dunia sekarang adalah mengenai penguasaan maklumat dan kita perlu menguasai bidang ini (atau umat Islam akan ketinggalan)," 

"Menangani ancaman media sosial tidak memadai dengan pendidikan atau kempen. Perlu ada usaha intergrasi semua pihak, termasuklah penguatkuasaan undang-undang," katanya menegaskan kabinet Malaysia membentuk jawatankuasa khas dalam menangani perkara ini.

Sitegiant E-Commerce

5. Tun Faisal berkata, dunia Islam juga perlu bekerjasama dalam perkongsian maklumat di media sosial sama ada di peringkat kerajaan atau masyarakat sivil (pertubuhan bukan kerajaan) untuk mengekang tohmahan musuh Islam melalui medium siber.

6. Perkongsian maklumat itu juga bertujuan menangani penyebaran maklumat palsu mengenai negara atau pemimpin Islam.

"Kalau tidak maklumat itu terbuka kepada tafsiran sendiri," katanya merujuk kepada insiden yang berlaku di Dataran Tahrir (Mesir) dan krisis diplomatik di Qatar serta isu dalam negara, termasuk kenaikan harga minyak, perhimpunan BERSIH, 1MDB dan kleptokrasi.

7. Penyalahgunaan media sosial secara umumnya boleh menyebabkan ancaman jenayah siber, penyebaran berita palsu, ancaman kepada keselamatan dan kestabilan sesebuah negara.

Sumber: Bharian

No comments:

Post a Comment