Kenyataan Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia


Jabatan Aduan Keadilan Awam Amerika Syarikat:

21 Julai 2016

1MDB sebeum ini telah dijadikan subjek serangan bermotifkan politik, dengan objektif untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Terlalu banyak tuduhan, seperti penipuan yang dibuat Tun Mahathir Mohamad mengenai 42 bilion yang telah hilang, akhirnya terbukti palsu – oleh Jawatankuasa Kira-kira bi-patisan.

Ini membawa maksud bahawa sebarang tuntutan berkaitan 1MDB haruslah diperhalusi dengan berhati-hati, mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Tiada individu yang perlu tergesa-gesa untuk membuat penilaian sebelum dakwaan dibuktikan di dalam mahkamah.

Sumbangan kepada Perdana Menteri adalah satu perkara yang berasingan. Selepas siasatan menyeluruh oleh pelbagai badan berkuasa, telah disahkan bahawa dana tersebut adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi – seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi pada 14 April.

Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Malaysia‎

No comments:

Post a Comment