KENYATAAN MEDIA OLEH 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD






21 Julai 2016

Untuk Sebaran Segera

Sidang Media Peguam Negara AS

1MDB maklum akan satu sidang media yang diketuai oleh Peguam Negara AS hari ini mengenai tindakan mahkamah sivil yang difailkan oleh Kerajaan AS.

1MDB menekankan bahawa kami BUKAN pihak yang terlibat dengan saman sivil tersebut, TIDAK mempunyai sebarang aset di AS dan TIDAK menerima sebarang manfaat daripada pelbagai transaksi yang disebut di dalam saman sivil tersebut.

1MDB juga TIDAK dihubungi oleh Jabatan Kehakiman AS dan mana-mana agensi asing berkaitan dengan siasatan mereka.

Seperti yang disebut sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang asing, mengikut protokol pentadbiran antarabangsa atas nasihat daripada agensi penguatkuaan undang-undang tempatan.

No comments:

Post a Comment