PM MENGGARISKAN PELAN EKONOMI, MENGALU-ALUKAN PELABUR UNTUK SERTAI ARENA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA




12 April 2016

Pagi ini, Perdana Menteri Najib Razak mengalu-alukan kedatangan tokoh-tokoh terkenal dari komuniti keawangan antarabangsa ke Invest Malaysia, sebuah acara tahunan utama Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.

Ketika menggariskan pelan ekonominya, Perdana Menteri berkata:

“Pada 2010, iaitu enam tahun yang lalu, saya memperkenalkan sebuah Model Ekonomi Baru – di sini, ketika berlangsungnya Invest Malaysia. Model ini direka khusus untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, dan tidak ada rakyat yang ketinggalan, serta dibina berdasarkan asas-asas yang mampan supaya ianya dapat memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya dan generasi yang akan datang.

“Kita memiliki sebuah pelan ekonomi.  Dan […] boleh kita katakana dengan yakin bahawa pelan ekonomi kita berhasil.”

Ketika membentangkan bukti, Perdana Menteri turut menekankan bahawa antara tahun 2009 ketika beliau mula-mula mengambil alih tampuk pimpinan sehingga 2015, kadar pendapatan negara kasar telah meningkat sehingga hamper 50 peratus, pelaburan langsung asing meningkat sehingga lebih dari 22 peratus setiap tahun, dan saiz pasaran modal juga telah melonjak sehingga lebih dari 150 peratus kepada RM 2.8 trilion.

Di samping itu, walaupun keadaan global yang tidak menentu pada 2015, ekonomi Malaysia tetap kukuh apabila masih berkembang sehingga 5% sepanjang tahun, menjadikan ianya salah satu negara yang paling pesat berkembang di rantau ini. Dan, tahun ini menyaksikan bahawa nilai eksport dan import meningkat kepada 6.7 dan 1.6 peratus pada Februari 2016 berbanding tahun sebelumnya, dengan perluasan lebihan dagangan dari RM5.4b kepada RM7.5b pada jangka waktu yang sama.

Dan hasil positif ini berjaya dicapai walaupun wujudnya serangan politik terhadap ekonomi untuk melemahkan kerajaan. Perdana Menteri juga berkata:

“Ringgit masih merupakan matawang Asia yang paling beprestasi tinggi pada tahun ini. Ini mungkin bakal mengejutkan pihak lawan politik saya, yang mengatakan sekiranya saya terus memegang jawatan ini, nilai ringgit pasti jatuh sehingga 4.80 berbanding dolar. Sekarang ianya adalah 3.88 berbanding dolar!

“Sepertimana yang dilaporkan oleh Bloomberg dua minggu lepas, “Aliran masuk luar negara ke Malaysia adalah yang terbesar di Asia Tenggara” dan “Kuala Lumpur mempunyai mempunyai kadar turun naik yang rendah di kalangan pasaran di rantau ini.”

“Dan pasaran saham berterusan yang paling lama di Bursa Malaysia – dibantu, menurut sesetengahnya, oleh rombakan kabinet saya pada 28 Julai 2015!

“Ini sekaligus membuktikan bahawa pasaran-pasaran ini bergantung kepada  kepimpinan yang kukuh , kestabilan politik dan perancangan ekonomi yang boleh dipercayai.

“Kita telah membuktikan bahawa keraguan yang ada adalah salah. Kini tiba masanya untuk kita sama-sama meneruskan langkah kita, dan kembali fokus kepada agenda asal untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara dan segala khabar yang baik tentang negara kita.”

Memetik kenyataan penghargaan ke atas ekonomi Malaysia oleh wakil-wakil badan antarabangsa yang dihormati – seperti World Bank, International Monetary Fund, World Economic Forum, Fitch, IMD, ACCA dan KPMG, Perdana Menteri berkata:

“Itu adalah pengiktirafan pencapaian yang bukanlah mudah untuk diperolehi atau bergantung kepada nasib. Itu adalah hasil daripada pelan ekonomi kita, dan usaha berterusan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mesra perniagaan. Itu juga adalah hasil komitmen kita yang utuh untuk mengukuhkan, meliberalisasikan dan membuka jalan kepada ekonomi kita.

“Apa yang telah kita capai tidak mungkin akan terjadi sekiranya negara kita tidak ditadbir urus dengan urus tadbir yang sesuai dan mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi terhadap Malaysia dan rakyatnya.”

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri juga mengakui bahawa terdapat banyak lagi yang harus dilakukan. Khususnya, dari segi peningkatan taraf pendidikan dan kemahiran, peningkatan pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, dan menggalakkan penyertaan wanita dalam ekonomi.

Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang ketara untuk mencapai objektif tersebut, dan Perdana Menteri juga telah menjemput sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan mereka dan membentuk satu perkongsian baru yang boleh memacu pelaburan ke dalam Malaysia.

Memetik peranan utama Malaysia dalam ASEAN Free Trade Area, ASEAN Economic Community dan Regional Comprehensive Economic Partnership dan Trans-Pacific Partnership, Perdana Menteri telah menggariskan peluang-peluang kepada para pelabur hasil daripada inisiatif ini, dengan berkata:

“Ini adalah salah satu dari kepercayaan kita tentang rantau yang terbuka, yang mana bila ada peluang untuk perdagangan bebas, kami mahu turut serta. Kerana kami percaya bahawa ini akan membawa kebaikan kepada ekonomi dan rakyat kami.”

Dalam ucapan penutupnya, beliau berkata:

“Kini telah terbukti bahawa pelan ekonomi kita membuahkan hasil, dan ianya masih efektif. Ia adalah pelan jangka masa panjang  yang memberi manfaat kepada rakyat, bukan sahaja untuk hari ini, bahkan esok dan untuk tahun-tahun mendatang.

“Kita ambil satu contoh: kerajaan telah memotong separuh kebergantungan kepada industri minyak mentah dan gas daripada 41.3 peratus daripada jumlah hasil pada 2009 ketika saya mula-mula memegang tampuk pemerintahan, kepada hanyan 21.5 peratus pada 2015. Fikirkan di mana kita mungkin berada sekarang sekiranya keputusan tersebut tidak diambil. Itu merupakan keputusan yang sukar untuk dilakukan, namun kita laksanakannya kerana ianya adalah tepat.

“Dan inilah apa yang anda harus percaya kerajaan ini boleh lakukan. Perkara yang tepat, walaupun ianya tidak popular. Demi kebaikan rakyat dan para pelabur. Demi masa depan negara ini dan mereka yang kami alu-alukan di sini.

“Beginilah kami membina ekonomi yang berdaya tahan, mampan dan inklusif; dan kerana itulah saya menggesa anda semua untuk menyertai para pelabur asing yang telah membeli RM 5.5b nilai saham domestik pada suku pertama 2016 – dan melaburkannya di Malaysia.”

Klik pautan untuk teks ucapan penuh Perdana Menteri:
https://www.najibrazak.com/en/blog/invest-malaysia-2016/‎

PRIME MINISTER'S OFFICE

Kredit: DLNA & Najibrazak.com

No comments:

Post a Comment