APA MOTIF PENGURUSAN BARU IPIC. DISEBALIK CERITA IPIC






1. Kita maklum, IPIC sekarang ini berada di bawah pasukan pengurusan baru. Di bawah pengurusan baru, cara dan kerenah mereka tidak sama dengan pengurusan yang lama.

2. Bagaimanapun segala dokumen kemasukan wang dan siapa yang terlibat tetap ada, ia telah diaudit dan ia tetap boleh dikesan tidak kira transaksinya di British Virgin Islands, Malaysia ataupun di Abu Dhabi.

3. Jika betul, Aabar BVI tiada kaitan dengan IPIC dan Aabar PJS, kenapa sejak 2013, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh IPIC dan Aabar PJS mengenai status Aabar BVI dan kehilangan deposit yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Aabar PJS?

4. Pada waktu yang sama, kenapa pula IPIC terlibat dalam pelbagai urusan pembayaran hutang 1MDB termasuk sanggup memberikan AS$1 bilion kepada 1MDB pada 4 Jun 2015, bagi membantu pembayaran hutang 1MDB?

5. Jika benar Aabar BVI dan deposit ke dalam akaunnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Aabar PJS dan IPIC, kenapa pula IPIC tidak membatalkan jaminan ke atas sukuk dan bon 1MDB, serta membuat laporan polis berkaitan kehilangan wang ini?

6. IPIC hendakah mengemukakan bukti jika ada sebarang laporan polis dan kenyataan akhbar dari IPIC dan Aabar PJS yang menyebut tentang ketidakwujudan Aabar BVI, kehilangan deposit atau wang yang sepatutnya diserahkan kepada Aabar PJS dan pembatalan jaminan ke atas bon dan sukuk 1MDB sejak tahun 2013.

No comments:

Post a Comment