PENCERAHAN: CERITA SEBENAR DI SEBALIK ISU PENGISLAMAN PELAJAR DI SMK KINARUT PAPAR








(Kenyataan Madius Tangau: Hanya Indah Khabar Dari Rupa) 


Berikutan cadangan daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan DKMSabah di sekitar Papar dan Tuaran untuk mendapatkan gambaran sebenar cerita sebenar di sebalik pengislaman pelajar SMK Kinarut, pelbagai pihak telah membantu menjayakan usaha ini. Terima kasih DKMSabah ucapkan kepada mereka (Tuaran dan Papar) yang sudi berkongsi maklumat termasuk keluarga pasangan guru berkenaan. Diharap kupasan ringkas ini dapat menjawab pelbagai soalan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap pasangan guru berkenaan.


BENARKAH PELAJAR TERSEBUT DIPAKSA MASUK ISLAM/ BENARKAH DAKWAAN BAHAWA GURU TERLIBAT MENGISLAMKAN PELAJAR TANPA PENGETAHUAN IBU BAPA

Ustazah yang didakwa mengislamkan pelajar SMK Kinarut TIDAK terlibat secara langsung dalam pengislaman pelajar berkenaan. Berikut ringkasan sebenar cerita disebalik dakwaan pelajar SMK Kinarut di Islamkan tanpa pengerahuan ibubapa.

Suami ustazah berkenaan telah bertugas di SMK Kinarut selama 7 tahun dan telahh menjadi warden asrama selama 5 tahun. Kejadian berlaku pada tahun 2014 pertengahan bulan 7 (Ramadhan). Pelajar tersebut datang ke rumah warden asrama bersama-sama lima (5) orang pelajar lain (4 muslim dan 1 bukan muslim). Pelajar tersebut datang ke rumah warden asrama dengan memakai tudung, dan ini menyebabkan warden asrama (suami kepada ustazah yang didakwa mengislamkan pelajar) terkejut. Rakan-rakan pelajar berkenaan (Jaselin) memaklumkan warden asrama yang pelajar (Jaselin) berkenaan hendak memeluk agama Islam. Warden berasa terkejut lantas mempelawa pelajar-pelajar berkenaan masuk ke dalam rumah kerana beliau menganggap bahawa isu itu sensetif.

Ketika barada di dalam rumah warden, rakan-rakan pelajar (Jaselin) sekali lagi memberitahu bahawa pelajar berkenaan (Jaselin) hendak memeluk agama Islam. Warden memarahi pelajar berkenaan dan menjelaskan yang tindakan membenarkan pelajar berkenaan memeluk agama Islam merupakan satu kesalahan dan mungkin boleh menyebabkan ia menjadi kes Polis. Warden mencadangkan kepada pelajar berkenaan, sekiranya benar-benar ingin memeluk Islam, dia perlu tunggu sehingga berusia 18 tahun.

Namun, pelajar berkenaan terus melafaskan dua kalimah syahadah sejurus selepas warden berkenaan mencadangkan agar pelajar berkenaan hanya memeluk agama Islam selepas berumur 18 tahun. Tindakan pelajar tersebut turut disaksikan oleh rakan-rakan yang mengiringinya bertemu warden. Isteri warden asrama (ustazah yang didakwa mengislam pelajar) berada di dapur serta melakukan tugasan lain serta tidak terlibat secara langsung, namun tahu apa yang berlaku pada ketika itu.

Selepas pelajar tersebut selesai mengucap dua kalimah syahadah, rakan-rakan pelajar tersebut memaklumkan kepada warden yang pelajar (Jaselin) berkenaan turut boleh membaca surah al-Fatihah. Pelajar (Jaselin) berkenaan lantas membaca surah al-Fatihah tanpa perlu diarah.

Warden masih mempertahankan tindakannya melarang pelajar tersebut memeluk agama Islam dengan menanyakan soalan “adakah pelajar tersebut berminat dengan agama Islam kerana faktor teman lelakinya beragama Islam”? Pelajar tersebut menafikan yang beliau berminat untuk memeluk Islam kerana faktor teman lelakinya, sebaliknya atas kerelaan hati.

Warden masih tidak berpuas hati lalu mengajukan soalan “adakah pelajar berkenaan tertarik dengan Islam kerana pengaruh rakan-rakan”? sekali lagi pelajar berkenaan menafikan yang beliau berminat dengan Islam kerana faktor pengaruh rakan-rakan. Semua yang berlaku pada ketika itu adalah atas kerelaan pelajar terbabit dan tidak wujud unsur paksaan.


BENARKAH DAKWAAN BAHAWA PELAJAR BERKENAAN DIISLAMKAN SECARA PAKSA/ GURU ISLAMKAN PELAJAR SECARA PAKSA?

TIDAK BENAR: Pelajar berkenaan berkata dia telah tertarik dengan Agama Islam sejak berusia 12 tahun lagi iaitu ketika berada di darjah 6. Pelajar terbabit dilaporkan telah memeluk agama Islam pertengahan bulan Julai 2014 (Bulan Puasa). Ketika kejadian, pelajar berkenaan ditemani lima (5) orang rakannya (4 Muslim dan 1 Bukan Muslim) bertemu dengan warden asrama (suami kepada ustazah yang didakwa mengislamkan pelajar SMK Kinarut dan turut didakwa menyebarkan ajaran Islam kepada pelajar bukan Islam di SMK Tamparuli) untuk memeluk Islam. Tidak berlaku unsur paksaan dalam pengislaman pelajar berkenaan. Rakan-rakan pelajar terbabit telah memaklumkan kepada warden asrama akan hasrat rakan mereka itu untuk memeluk agama Islam.

Hasrat pelajar berkenaan untuk memeluk Islam tidak dipersetujui oleh Warden Asrama kerana mengetahui bahawa jika beliau membenarkan pelajar tersebut memeluk Islam dan menjadi saksi pengislaman, beliau (warden asrama) boleh dikenakan tindakan tatatertib dan ini turut menyalahi perundangan kerana pelajar berkenaan masih di bawah umur.

Pelajar berkenaan telah mengucap dua kahlimah syahadah di hadapan warden dan disaksikan oleh rakan-rakannya tanpa meminta keizinan daripada warden terlebih dahulu untuk berbuat demikian. Daripada maklumat yang diperolehi, pelajar berkenaan turut boleh membaca surah al-Fatihah dan telah mempelajari ajaran Islam daripada rakan-rakannya di Asrama.

Memandangkan tindakan pelajar berkenaan memeluk Islam tanpa pengetahuan ibubapa merupakan suatu kesalahan, warden telah menasihatkan pelajar berkenaan untuk menanguhkan hasratnya untuk memeluk Agama Islam sehingga dia berusia 18 tahun. Warden turut mencadangkan agar pelajar berkenaan tidak memakai tudung di kawasan sekolah atas alasan pengislaman pelajar berkenaan masih belum sah di sisi Perlembagaan.

Selapas kejadian itu dan sepanjang pasangan guru berkenaan mengajar di SMK Kinarut, pelajar terbabit tidak pernah memakai tudung. Pelajar tersebut hanya memakai tudung, memohon untuk mengambil kelas pendidikan Islam dan bersembahyang di Surau setelah pasangan guru berkenaan telah berpindah ke Tuaran.


KENAPA GURU TERLIBAT MERAHSIAKAN PENGISLAMAN PELAJAR BERKENAAN?

Tuduhan bahawa guru (warden) tersebut sengaja merahsiakan pengislaman pelajar terbabit tidak wujud kerana warden asrama telah terlebih dahulu menjelaskan kepada pelajar berkenaan yang tindakan pelajar itu merupakan suatu kesalahan dan warden boleh dikenakan tindakan tatatertib dan didakwa di Mahkamah kerana mengislamkan pelajar bawah umur. Warden tersebut tidak pernah menyuruh pelajar tersebut untuk memeluk agama Islam, malah beliau (warden) sendiri melarang pelajar tersebut memeluk agama Islam kerana masih di bawah umur. Selain itu, warden turut melarang pelajar berkenaan daripada memakai tudung ketika berada di kawasan sekolah kerana dia (Jaselin) belum lagi sah memeluk agama Islam.

Memandangkan anggapan warden yang pelajar berkenaan masih belum beragama Islam, maka beliau beranggapan yang tidak wujud keperluan untuk beliau memanjangkan perkara tersebut ke pengetahuan pihak sekolah. Malah, warden terbabit tidak mengambil sebarang langkah-langkah atau usaha (daftar kepada JHEAINS, tukar agama pada kad pengenalan dan sebagainya) dalam mengislamkan pelajar terbabit kerana beranggapan yang pelajar itu masih belum beragama Islam dan tiada sebab untuk berbuat demikian. Selain itu, warden turut beranggapan yang tindakan pelajar berkenaan dilakukan atas kerelaan hati dan keinginan sendiri dan bukan atas pengaruh mana-mana pihak.

Turut menguatkan fakta ini adalah, pelajar tersebut tidak pernah memakai tudung sepanjang warden dan isterinya bertugas di SMK Kinarut. Pelajar terbabit hanya dilaporkan bertudung di kawasan sekolah, menunaikan solat di Surau dan memohon untuk mengambil subjek pendidikan Islam hanya setelah pasangan guru berkenaan telah berpindah sekolah.


BENARKAH DAKWAAN BAHAWA GURU TERLIBAT DIPINDAHKAN KE SEKOLAH LAIN KERANA KES PENGISLAMAN PELAJAR DI SMK KINARUT?

TUDUHAN INI JUGA TIDAK BENAR: Guru (Warden) dan isterinya (Guru Pendidikan Islam) telah memohon untuk berpindah ke sekolah sekitar Tuaran yang juga merupakan kampung halaman isteri warden berkenaan. Permohonan berpindah ke Tuaran telah dibuat sebanyak dua (2) kali secara online. Masing-masing permohonan dibuat pada Bulan September 2014 (gagal) dan pada bulan Disember 2014 (rayuan). Permohonan pertukaran sekolah dilakukan secara normal. Pada pertengahan Disember 2014, rayuan pasangan berkenaan untuk bertukar sekolah telah diluluskan yang mana warden asrama ditempatkan di SMK Taman Ria dan isterinya di SMK Tamparuli.


TUDUHAN DAN FITNAH BAHAWA PELAJAR DI SMK KINARUT DIISLAMKAN SECARA BERAMAI RAMAI.

Tuduhan Ini merupakan fitnah dan tuduhan liar yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab terhadap pihak sekolah dan pasangan guru berkenaan. Dua (2) hujah dan kes yang boleh dijadikan fakta untuk menyangkal tuduhan liar ini.

Hujah pertama: Adalah benar Warden berkenaan pernah terlibat dalam mengislamkan seorang pelajar Tingkatan 6 atas yang bernama Marlina. Namun pengislaman berkenaan dilakukan mengikut lunas-lunas perundangan (telah berumur 18 tahun) dan pelajar tersebut memeluk agama Islam atas kerelaan dan persetujuan ibubapa pelajar. Gambar dan cerita yang disebarkan (telah dipadam) merupakan gambar warden asrama dan pelajar tingkatan enam yang memeluk Islam di sekolah yang sama sekitar 5 atau 6 tahun lepas. Gambar berkenaan dijadikan tuduhan dan fitnah yang konon-kononnya warden tersebut telah mengislamkan pelajar beramai-ramai.

Hujah kedua: Tuduhan pengislaman beramai-ramai (secara paksa) dilakukan di SMK Kinarut mungkin merujuk kepada penerangan bahawa seramai 6 orang pelajar (pelajar terlibat bersama 5 orang rakan-rakanya) berjumpa warden pada hari kejadian. Bagi mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar, mereka telah menyebarkan berita ini tanpa menyelidik terlebih dahulu. Enam (6) orang pelajar (termasuk pelajar terbabit) yang berjumpa warden pada hari kejadian bukan kerana dipaksa tetapi kerana menamani rakan mereka (Jaselin) yang ingin berjumpa warden untuk memeluk agama Islam.

  
TUDUHAN DAN FITNAH YANG DITERIMA PASANGAN GURU BERKENAAN.
TUDUHAN ISTERI WARDEN MENYEBARKAN AJARAN ISLAM KEPADA PELAJAR BUKAN ISLAM DENGAN MEMBERI SENASKAH AL-QURAN DAN WANG.

TIDAK BENAR: Tuduhan ini telah diviral menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa meminta penjelasan daripada guru terlibat. Pengguna FB (telah dipadam) memaklumkan nama saksi yang sanggup mengesahkan kesahihan tuduhan (tuduhan Guru menyebarkan ajaran Islam dengan memberi senaskah al-Quran dan duit) iaitu Penyelia Asrama SMK Tamparuli (Max Nanuwil). Maklumat yang diperolehi menyatakan, pasangan guru berkenaan telah menghubungi Penama yang disebutkan sanggup menjadi saksi untuk mengesahkan tuduhan itu (Max Nanuwil). Namun, Max Nanuwil turut menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa nama beliau telah difitnah dan dicanang tanpa kebenarannya. Max Nanuwil juga telah membuat laporan Polis untuk membersihkan nama beliau.

Individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan tuduhan palsu ini adalah Michael Frederick (Presiden Agaras). Beliau telah mention nama ustazah berkenaan sebanyak dua (2) kali tanpa menyiasat dan mendapatkan cerita sebenar daripada pasangan guru berkenaan. Sebanyak dua (2) kali Michael Frederick mention nama ustazah (12.2.2015 dan 19.02.2015) yang dituduh mengislamkan pelajar SMK Kinarut meskipun ustazah tersebut tidak terlibat. Michael Frederick juga mengeluarkan ugutan akan membawa hal ini ke muka pengadilan, namun berlaku sebaliknya. Pemerhatian DKM mendapati bahawa, hampIr 95 peratus post berkenaan pengislaman pelajar di SMK Kinarut yang di muatnaik melalui page rasmi AGARAS telah dipadam.


GAMBAR ISTERI DAN ANAK WARDEN DISEBARKAN MENERUSI APLIKASI WHATSAPP DAN FACEBOOK.

Tindakan viral gambar isteri warden dan anak-anaknya dilakukan oleh Claudia (penama yang dimaklumkan kepada DKM). Pasangan terlibat dimaklumkan telah menghubungi Claudia untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya viral gambar isteri dan anak beliau. Claudia memaklumkan kepada warden berkenaan yang dia hanya bertindak “Copy and Paste” tanpa menyiasat kebenaran berita tersebut. Tindakan ini amat dikesali oleh pasangan guru berkenaan.


TINDAKAN PASANGAN GURU TERHADAP INDIVIDU YANG MENJADI PUNCA SEBENAR KEPADA FITNAH DAN TUDUHAN YANG MEREKA HADAPI KINI.

Maklumat memaklumkan bahawa, sekurang-kurangnya tiga (3) laporan Polis termasuk memberi keterangan kepada Polis telah dilakukan oleh pasangan tersebut iaitu di Balai Polis Kinarut dan Balai Polis Tuaran. Selain itu, mereka turut dimaklumkan telah mengambil tiga (3) peguam untuk bertindak balas kepada individu yang menjadi dalang utama, individu yang menyebarkan tuduhan palsu dan individu yang mengeluarkan kutukan dan ugutan bunuh ke atas pasangan tersebut. Dijangka setelah siasatan dan maklumat mencukupi, tindakan perundangan bakal diambil.


TINDAKAN MADIUS TANGAU MENGECEWAKAN

Sebagai seorang ahli politik dan ahli Parlimen P170 Tuaran, tindakan dan kenyataan oleh MP berkenaan amat mengecewakan ramai pihak khususnya pengundi di DUN N10 Sulaman. Majoriti pengundi di DUN berkenaan merupakan pengundi Bumiputra Islam, dan ini pastinya mendatangkan kesan kepada UPKO dalam mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13 yang lalu.

Berikut tindakan Madius Tangau yang diliha sebagai tidak bertanggungjawab;

Ramai penduduk telah mengetahui bahawa beliau telah menaja segala perbelanjaan perpindahan dan perbelanjaan pelajar berkenaan dan adik-beradiknya ke salah sebuah sekolah di Kiulu. Namun bukan itu yang dipersoalkan, apa yang mengecewakan ramai pihak adalah, Madius Tangau tidak bertindak sebagai pemimpin yang berkecuali (iaitu mendengar cerita sebenar dari kedua-dua pihak). Beliau lebih sanggup mengunjungi keluarga pelajar berkenaan yang tinggal di Kaiduan (Papar) terlebih dahulu daripada berjumpa pasangan guru yang menjadi mangsa fitnah yang menetap di Tuaran. Madius lebih berminat untuk membela keluarga pelajar berkenaan daripada membersihkan nama baik pasangan guru sekaligus memulihkan keadaan.

Tindakan Madius Tangau bertemu dengan Pengarah Pelajaran Negeri untuk mendesak agar pasangan guru berkenaan dipindahkan ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu menyiasat cerita sebenar disebalik dakwaan yang ustazah berkenaan mengislamkan pelajar dengan memberi senaskah al-Quran dan wang di SMK Tamparuli juga sesuatu yang amat mengecewakan. Tiada sebarang usaha untuk menyiasat kesahihan berita berkenaan, sebaliknya terus menjatuhkan hukuman tanpa memikirkan kesan dan akibat yang bakal dihadapi oleh pasangan guru tersebut. Tindakan yang diambil oleh PBS menerusi Datuk Jahid Jahim jauh lebih bertanggungjawab berbanding apa yang dilakukan oleh Madius Tangau. DKM difahamkan bahawa, Datuk Jahid Jahim telah terlebih dahulu menghubungi SMK Tamparuli untuk mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan bahawa ustazah berkenaan menyebarkan ajaran Islam kepada pelajar bukan Islam. Penafian daripada SMK Tamparuli disampaikan oleh Datuk Jahid Jahim kepada warga PBS Tuaran dan minta agar cerita sebenar di sebarkan.

Madius Tangau dilaporkan telah mengadakan pertemuan tertutup dengan keluarga dan pasangan guru berkenaan untuk meredakan keadaan. Pertemuan telah di atur pada khamis (5 Mac 2015) yang lalu. Dalam pertemuan yang diadakan itu, Madius masih mempertahankan tindakannya mendesak agar pasangan guru berkenaan dipindahkan ke sekolah agama yang bertujuan konon-kononnya untuk meredakan keadaan. Madius dilaporkan turut berjanji untuk membersihkan nama pasangan berkenaan namun sehingga sekarang, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Madius Tangau samada melalui Facebook rasmi Madius Tangau mahupun kenyataan rasmi daripada akhbar tempatan. Keadaan ini amat dikesali oleh mereka yang hadir pada pertemuan tersebut.



2 comments:

  1. persoalan mengenai negara atau negeri sabah dalam blog:
    http://www.negara-sabah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. persoalan mengenai negara atau negeri sabah dalam blog:
    http://www.negara-sabah.blogspot.com

    ReplyDelete