UCAPAN TAKZIAH PEMIMPIN BN SABAH KEPADA TOK GURU NIK AZIZ





















Ucapan takziah kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada pemimpin dan Komponen Barisan Nasional (BN) Sabah; 


Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri Sabah/ ADUN N42 Sg. Sibuga)
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para solehin. Alfatihah.


Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal Official (MP P189 Semporna)
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Kita kehilangan seorang pemimpin yang dihormati dan banyak memberi sumbangan khususnya kepada rakyat Kelantan. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian yang dihadapi dan marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin...Al-Fatihah....


Datuk Anifah Aman (MP P176 Kimanis)
Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia sebentar tadi. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Al-Fatihah.


Azizah Mohd Dun (MP P177 Beaufort)
Assalamualaikum di pagi jumaat penghulu segala hari. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Tuan Guru Nik Aziz dan semua rakyat kelantan khususnya. Kehilangan beliau turut dirasai semua termasuk kami di Sabah ini. Marilah kita bersama2 mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.


Datuk Bung Moktar Radin (MP P187 Kinabatangan)
Takziah dan Al'Fatiha kepada seluruh keluarga Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..semoga allah menerima amal kebaikan beliau..amin


Datuk Arifin Arif (ADUN N24 Membakut)
Semoga Allah SWT mengurniakan maghfirah dan rahmah ke atas roh Allahyarham Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, dan memberikan ketabahan kepada seisi keluarga beliau. Allahumaghfirlahu Warhamhu. Amin


Datuk Saddi Abdul Rahman (ADUN N48 Sukau)
Innalillahi Wainnailaihi Roji'un
Saya merasa sedih menerima berita kembalinya Tok GuruDatuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmat Allah SWT. Kepergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara selaku ilmuan islam dan pemimpin yang banyak menyumbang kepada system demokrasi negara ini.
Alfatihah.


Masiung Banah (ADUN N47 Kuamut)
Tak pernah jumpa. Tak pernah menyokong secara fizikal.Tapi antara pemimpin yang saya sangat kagumi. Pemimpin yang mempunyai kekuatan tersendiri. Pemimpin yang tak sibuk menyorong diri. Antara pemimpin lambang Demokrasi Berparlimen d Malaysia. Berehatlah bersama damai Tuk Guru. Salam takziah untuk keluarga Tuk Guru.Dari Pemimpin kecil bersama warga DUN Kuamut.



No comments:

Post a Comment