SINDIRAN KJ BUAT PENGURUSAN TERTINGGI SURIA KLCC












Saya merujuk kepada berita berkenaan sebuah jenama terkemuka dari Malaysia yang menyaman pusat membeli belah Suria KLCC kerana dipaksa keluar dari premis yang sedia ada kepada premis lain. Artikel berita tersebut saya link dibawah.

Ini bukan kali pertama jenama dari Malaysia dipaksa pindah atau diusir keluar daripada Suria KLCC. Sebelum ini kedai-kedai tempatan yang dipaksa tutup atau pindah oleh pengurusan Suria KLCC walaupun mereka berjaya membayar sewa yang dikenakan.

Kali ini, jenama yang diminta keluar adalah antara butik tempatan yang terkenal dengan outlets bukan hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Saya difahamkan, jenama ini diminta pindah ke premis yang tidak strategik berbanding dengan lokasi yang sediada untuk memberi laluan kepada butik jenama asing.

Saya tiada masalah untuk kita mempelawa dan mengalakkan jenama asing membuka outlets mereka di Malaysia. Ini amat penting untuk kita menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat dengan shopping experience yang setanding dengan bandaraya besar yang lain.

Sudah pasti, pengurusan Suria KLCC mahu mempromosikan pusat membeli belah mereka sebagai world class retail destination dengan jenama-jenama antarabangsa yang popular.

Tetapi saya rasa Suria KLCC juga perlu memainkan peranan untuk mempromosikan jenama-jenama Malaysia. Kalau pergi ke Suria KLCC hari ini, jenama tempatan semakin kurang di premis-premis strategik. Kebanyakkan 'disorok' di lokasi-lokasi pinggiran. Berita terbaru ini sahkan trend pengurusan Suria KLCC yang nampak tidak bersungguh mempromosikan jenama Malaysia.

Sebelum dilantik sebagai Menteri, saya pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Saya telah terima banyak aduan daripada usahawan tempatan yang tidak dilayan oleh pengurusan Suria KLCC. Usahawan ini tidak minta sewaan diberi secara percuma. Mereka sanggup bayar sewa Suria KLCC yang tinggi. Tetapi oleh kerana mereka tidak menjual jenama international, mereka tidak dipandang oleh Suria KLCC.

Suria KLCC dimiliki Petronas. Saya percaya pengurusan tertinggi Petronas mempunyai semangat nasional yang tinggi. Tetapi mungkin semangat tersebut tidak dikongsi oleh pengurusan Suria KLCC. Mungkin pengurusan Suria KLCC perlu diingat bahawa pusat membeli belah tersebut bukan hanya dibina untuk membawa jenama antarabangsa tetapi juga untuk menyediakan ruang kepada jenama Malaysia untuk bertapak dan bersaing dengan kedai dan butik dari luar negara. Apa salahnya mengimbangi butik dan kedai antarabangsa dengan jenama tempatan?

Mungkin pengurusan tertinggi Suria KLCC tak faham bahasa kebangsaan. Jadi saya terjemahkan pepatah ini supaya beliau faham:

"The monkeys in the jungle are given milk;
But our children at home die of starvation.........."

No comments:

Post a Comment